Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Bersoraklah para pelancong! Sekarang ini telah ada penerbangan terus ke Shenzhen, China di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai!
Selain daripada dua penerbangan terus ke rantau Cina yang pertama, lapangan terbang antarabangsa ini mempunyai penerbangan antarabangsa lain yang anda mungkin mahu semak.
Setelah disiasat secara teliti, terbukti bahawa penerbangan terus ini lebih menjimatkan masa, tidak menyusahkan dan berbaloi harganya. Ianya juga sesuai untuk pengembara yang mahu ke luar negara dan mengambil kesempatan cuti panjang tujuh minggu pada tahun ini!

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

  • Shenzhen, China

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
Spring Airlines menawarkan penerbangan sewaan ke Shenzhen dua kali seminggu pada setiap hari Isnin dan Jumaat. Terdapat empat penerbangan dalam seminggu, di mana setiap penerbangan mengambil masa 3 jam.
Sebaik sahaja tiba di Shenzhen, jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat-tempat tarikan pelancong di sana, termasuklah Window of the World, Happy Valley Shenzhen, Dameisha dan Xiaomesha, Bandar China Timur Luar Negeri, Taman Botani Fairy Lake, Pusat Meridian dan Jalan Chung Ying.
Bagi menjadikan perjalanan anda lebih berbaloi dan tidak dapat dilupakan, jangan ketinggalan untuk mencuba pelbagai makanan di jalan China Timur!

  • Guangzhou, China

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
Kepada mereka yang mahu berjalan-jalan di Guangzhou, AirAsia dan Sichuan Airlines menyediakan penerbangan terus ke Guangzhou yang mengambil masa 4 jam – agak memudahkan bagi orang-orang bisnes.
Guangzhou merupakan bandar ketiga terbesar di China selepas Shanghai dan Beijing, dan ianya merupakan salah satu bandar pelabuhan terbesar di dunia. Dalam bulan Oktober hingga Disember, bandar ini mengalami suhu sejuk dan berangin, yang menjadikannya musim terbaik untuk melawat Guangzhou.
Guangzhou menawarkan pelbagai tempat cantik yang sememangnya anda tidak dapat menahan diri untuk menjenguknya. Antara tumpuan pelancong ialah Plaza Bandar Bunga, Muzium Guangdong, Gereja Sacred Heart (yang digelar Stone House oleh orang tempatan) dan Sungai Mutiara. Tambahan pula, pelancong boleh menaiki roda Ferris tertinggi di dunia, yang berukuran 485 meter ketinggiannya.

  • Bangkok, Thailand

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
Tiba di Bangkok, Thailand yang mengambil masa perjalanan selama 2 jam 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Ini merupakan suatu perkara yang baik kepada mereka yang mahu menyertai dan menyambut Festival Songkran yang diadakan setiap tahun dari 13 April hingga 15 April.
Atau anda boleh memilih untuk bersiar-siar di sekitar tanah air Buddha ini kerana terdapat banyak kuil yang boleh dilawati, termasuklah Thai Grand Palace, Temple of Emerald Buddha, Temple of Dawn dan pelbagai lagi kuil lain. Selain itu, di sana juga terdapat pusat membeli-belah untuk membeli cenderahati yang anda boleh bawa pulang ke rumah anda.

  • Bandar Ho Chi Minh, Vietnam

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Untuk sampai ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam, ianya mengambil masa 2 jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Ho Chi Minh yang sebelum ini dikenali sebagai “Saigon” ini merupakan bandar terbesar di Vietnam yang memfokuskan kepada pusat pembangunan ekonomi dan budaya.
Anda juga boleh merasai warisan penjajahan Perancis melalui sebahagaian reka bentuk seni bina di negara ini.
Ada banyak tempat tarikan yang anda boleh lawat di Ho Chi Minh, seperti Pusat Pejabat Pos, Notre Dame Gereja Saigon, Muzium Thien Hau dan lain-lain. Anda semestinya tidak boleh terlepas daripada melawat gereja berwarna merah jambu yang cantik di sana, Tan Dinh, yang juga merupakan gereja kedua terbesar di Vietnam.
Untuk pengembara backpack yang mahu menghabiskan masa semalam dua di bandar ini, di sana terdapat banyak hotel yang anda boleh daftar masuk, pelbagai jenis restoran dan kedai serbaguna yang membolehkan anda untuk mendapatkan makanan.

  • Surabaya, Indonesia

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Panduan Perjalanan Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *