Aura Thailand di Kelantan

Aura Thailand di Kelantan

Dalam sistem kepercayaan penduduk Melayu Kelantan terdapat beberapa elemen yang berasal dari luar sistem keagamaan Islam. Oleh kerana agama Hindu dan Buddha mendahului kedatangan agama Islam, beberapa elemen Hindu dan Buddha telah diserap ke dalam sistem kepercayaan orang Melayu tempatan.

Tiga daripada elemen kepercayaan berbentuk magis, iaitu besi bat, air jampi tok ca dan minyak mati dibunuh telah lama mempengaruhi persepsi kepercayaan tradisional orang Melayu. Penyerapan tersebut berpunca daripada pertembungan di antara budaya Siam dengan budaya Melayu, yang telah menghasilkan beberapa ciri budaya Sanskrit. Besi bat dan air jampi tok ca berkait rapat dengan institusi keagamaan Buddha, sementara minyak mati dibunuh berasal daripada sistem kepercayaan Brahman (phram) yang juga menjadi sebahagian penting daripada sistem kepercayaan orang Siam.

Penerimaan elemen Buddha dan Siam oleh orang Melayu Kelantan dapat dilihat daripada beberapa sudut. Contoh yang paling ketara adalah kewujudan wat-wat siam sekitar Kelantan.

  • Wat Machimmaran ( Sitting Buddha)

Wat Machimmaram adalah sebuah tokong yang dikenali sebagai ‘Sitting Buddha’ yang merupakan ‘Sitting Buddha’ kedua terbesar di Asia Tenggara. Ia terletak di kampung Jubakar,Tumpat. ‘Sitting Buddha’ tersebut telah dibina pada tahun 1991 dan ia telah dibina oleh masyarakat Thai Kelantan iaitu masyarakat siam yang sudah bercampur dengan budaya cina tempatan. Oleh sebab itu, seni bina ‘Sitting Buddha’ tersebut mempunyai campuran pengaruh budaya siam dan cina. Untuk membina ‘Sitting Buddha’ tersebut, ia telah dibelanjakan sebanyak empat juta dan ia telah dibina atas sumbangan orang ramai yang kebanyakannya orang siam dan orang cina. ‘Sitting Buddha’ tersebut juga mempunyai ketinggian 30 meter, 47 meter dan tapak kawasan ‘Sitting Buddha’ adalah tujuh ekar.

Aura Thailand di Kelantan
Credit to Utusan.my
  • Wat Phothivihan

Wat Photivihan pula ialah sebuah tokong buddha yang dikenali sebagai ‘Sleeping Buddha’. Ia merupakan sebuah patung buddha yang kedua terbesar di dunia selepas patung buddha Myanmar dan telah dibina pada tahun 1973. Tapak ‘Sleeping Buddha’ tersebut telah berusia 300 tahun dan bangunan pula berusia 40 tahun. ‘Sleeping Buddha’ tersebut terletak di Kampung Jambu, Tumpat yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Beruk. Ia telah dibina dengan perbelanjaan dua juta dan dibina atas sumbangan orang ramai tanpa menerima  sumbangan dari kerajaan. ‘Sleeping Buddha’ tersebut mempunyai panjang 41 meter, lebar 11 meter dan tapak kawasan sebanyak enam ekar. Di Wat Photiviam terdapat empat orang sami dan dua orang pekerja menjaga dan membersihkan ‘Sleeping Buddha’ tersebut.

Aura Thailand di Kelantan
Credit to flickr
Aura Thailand di Kelantan
Credit to flickr
  • Wat Wat Phikul Thong Buddist

Wat Wat Phikul Thong Buddist mempunyai sebuah patung buddha berdiri yang terletak di Kampung Terbok, Tumpat. Ianya telah wujud selama 200 tahun yang lalu dan telah dibina selama 13 tahun yang lalu. Patung Buddha tersebut mempunyai ketinggian 12 meter dan besar sebanyak empat meter. Ia merupakan patung buddha yang terbesar di negara ini. Warna patung buddha berdiri ini juga adalah berwarna emas dan apabila terkena cahaya matahari ia akan berkilau dan kelihatan seperti patung emas. Kawasan Wat Phikul Thong Buddist ini pula kelihatan seperti sebuah perkampungan Thai dan seni bina bangunan serta rumahnya pula sangat unik.

Credit ravel.my
Credit travel.my
Credit travel.my
Credit travel.my
  • Wat Mai Suwankiri

Wat Mai Suwankiri adalah salah satu tokong Thai yang terkenal di Kelantan. Wat Mai Suwankiri terletak di Kampung Bukit Tanah, Tumpat yang berdekatan dengan Kampung Laut. Tokong Wat Mai Suwankiri dikenali sebagai ‘Dragon Boat’ kerana tokong ini terdapat ‘bot’ yang sering menjadi tumpuan masyarakat yang datang di tempat tersebut. ‘The Dragon Boat’, terletak di perkarangan kuil dan ia mempunyai empat naga sebagai penjaga dan ‘bot’ tersebut dikelilingi air. Di tokong Thai tersebut terdapat patung buddha berdiri di atas bumbung yang sering menjadi penghormatan oleh masyarakat yang beragama buddha.  Tokong thai-buddha tersebut telah dibina lebih dari seratus tahun yang lalu oleh tukang pakar dari Thailand. Selain itu, terdapat sebuah bangunan besar yang sangat cantik dan menakjubkan di perkarangan kuil iaitu Dewan Utama Wat Mai Suwankiri. Di dalam Dewan Utama tersebut pula terdapat patung-patung dan mayat ketua sami yang dijadikan sebagai bahan paparan kepada pelancong. Hampir seluruh bangunan yang terdapat di Wat Mai Suwankiri berwarna keemasan.

Credit travel.my
Credit travel.my

 

 

Kuala Sepetang. Percutian yang Menenangkan di Pinggir Kota

Kuala Sepetang. Percutian yang Menenangkan di Pinggir Kota

Kuala Sepetang atau juga lebih dikenali sebagai Kuala Sepetang Eco Tourism antara destinasi perlancongan di Negeri Perak yang semakin dikenali yang terletak 15 kilometer daripada Bandar Taiping disebabkan oleh kepelbagaian hasil laut yang fresh, mempunyai pusat penyelidikan paya laut, tarikan sejarah dan semestinnya tarikan  keindahan alam semulajadi yang sangat mengagumkan!

Merupakan destinasi pelancongan Perak yang ideal bagi mereka yang ingin mendekatkan diri dengan flora dan fauna. Keunikan ekosistem yang terjalin antara tumbuhan hutan paya bakau dan fauna Kuala Sepetang sentiasa menggamit para pelancong dalam dan luar negara.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda dalam lawatan ke Kuala Sepetang.Memang tidak lengkap kunjungan ke Taiping, Ipoh, jika tidak singgah ke Kuala Sepetang yang  juga dikenali sebagai Port Weld.

  • Hutan Paya Bakau Matang

Pelajari tentang ekosistem hutan paya bakau. Ia menjadi tumpuan orang ramai terutamanya dari kalangan pelajar untuk penyelidikan dan pendidikan. Hutan Paya Bakau Matang berkeluasan 40,446 hektar dan terletak dalam daerah Kerian, Larut dan Matang dan Manjung.

Ada dua spesis pokok pakau yang terdapat di sini iaitu Rhizophora apiculata dan Rhizophora mucronata. Ada pokok bakau yang tinggi dan ada juga anak-anak benih yang baru ditanam oleh pihak perhutanan. Hutan Paya Bakau Matang sungguh menakjubkan kerana usianya yang dikatakan tertua di dunia. Ada pokok yang berusia antara 100 – 200 tahun. Tidak hairanlah jika anda dapati pokok-pokok bakaunya setinggi 20 – 30 meter dan membentuk kanopi yang sangat menarik.

Pihak pengurusan telah menyediakan laluan yang selamat dan selesa untuk kemudahan pengunjung. Selain itu, terdapat chalet disediakan bagi mereka yang ingin menginap. Lain-lain kemudahan seperti tapak perkhemahan, surau, ruang makan dan tempat letak kereta juga disediakan.

Untuk sebarang pertanyaan tentang chalet dan lain-lain info, sila hubungi maklumat disediakan ini :

Pejabat Hutan Daerah
Jalan Muzium Hulu, 34000, Taiping
Tel : 05 – 807 276

Matang Mangrove
Matang Mangrove
  • Kilang Arang Kayu

Berhampiran Hutan Paya Bakau Matang ini terletaknya sebuah kilang membuat arang yang sering menjadi tumpuan para jurugambar merakamkan pelbagai tema penggambaran termasuklah penggambaran perkahwinan.  Anda juga boleh saksikan bagaimana proses penghasilan arang kayu ini dilakukan.

Kuala Sepetang. Percutian yang Menenangkan di Pinggir Kota
flickr.com
Kuala Sepetang. Percutian yang Menenangkan di Pinggir Kota
flickr.com
Kuala Sepetang. Percutian yang Menenangkan di Pinggir Kota
flickr.com
Kuala Sepetang. Percutian yang Menenangkan di Pinggir Kota
flickr.com
  • Kampung Nelayan

Menerusi pelayaran bot yang dibayar dalam kadar tambang antara RM30 – RM80, anda akan dibawa menyusur sungai sekitar perkampungan nelayan Kuala Sepetang.

Semasa pengembaraan atas bot ini, anda berpeluang menyaksikan kehadiran burung helang yang sedang memburu mangsa sebagai makanan. Jika cukup bertuah, anda juga berpeluang melihat ikan lumba-lumba yang berenang-renang dengan riang.

Kuala Sepetang. Percutian yang Menenangkan di Pinggir Kota
sepetang.my
Kuala Sepetang. Percutian yang Menenangkan di Pinggir Kota
sepetang.my
  • Kelip-Kelip

Pada waktu malam pula, pengunjung dapat menghayati keindahan cahaya kelip-kelip yang sememangnya sinonim dengan kawasan hutan paya bakau.

sepetang.my
sepetang.my
  • Kereta Api Pertama Tanah Melayu

Port Weld merupakan stesen keretapi yang pertama di Tanah Melayu. Pada masa awal pembinaannya, ia dijadikan sebagai pengangkutan untuk mengangkut perolehan bijih timah dari Taiping ke Port Weld.

portweld.my
sepetang.my

 

Pesona Lima Lukisan Mural Penuh Kreativiti di Muar, Johor

Pesona Lima Lukisan Mural Penuh Kreativiti di Muar, Johor

Potret adalah sebuah lukisan, foto, patung, atau perlambangan, gambaran seni dari seseorang, yang mana wajah atau ekspresinya adalah hal yang utama. Dimaksudkan untuk menampilkan, model personaliti faktor dan juga kadang perasaan seseorang. Untuk alasan ini, fotografi potret pada umumnya bukanlah foto spontan (snapshot), namun susunan seseorang dalam keadaan tidak bergerak dan dipersiapkan. Sebuah potret seringkali menampilkan seseorang yang melihat langsung ke pelukis atau jurugambar dengan tujuan yang berkaitan antara subjek dengan yang melihat potret tersebut.

  • The Loving Sister

Lukisan memaparkan wajah Nur Najwa Alisyah Abdul Rashid, 7, dan adiknya, Nur Najiyah Armani, 3, yang berasal dari Bakri, hasil seni artis Rusia, Julia Volchkova  dengan kos RM100,000 pada dinding setinggi 11.8 meter dan selebar 9.45 meter itu dihasilkan dalam masa 12 hari.

Pesona Lima Lukisan Mural Penuh Kreativiti di Muar, Johor
thelovingsister
Pesona Lima Lukisan Mural Penuh Kreativiti di Muar, Johor
johornews.com
  • Mural Wanita berbaju merah di samping harimau

Potret seorang wanita yang memakai baju kurung berwarna merah bersama seekor harimau menjadi lukisan kedua yang disiapkan dalam Projek Mural Bandar Diraja di sebuah bangunan berdekatan persimpangan Jalan Ali di sini.

Lukisan yang berkonsepkan manusia dan haiwan itu dipilih pelukis dari Sepanyol, Alberto Sabek, 30, selepas menyedari harimau merupakan haiwan yang amat sinonim dengan ne­geri itu serta wanita berbaju kurung bercorak bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan.

Menurut Sabek, lukisan wa­nita dan harimau berkenaan turut berlatar belakang pokok tempatan termasuk pokok kelapa sawit dan pelbagai jenis daun yang membuktikan kepelbagai­an tumbuhan di negara ini.

Pesona Lima Lukisan Mural Penuh Kreativiti di Muar, Johor
utusan.my
  • Mural Bangsa Johor

Mengekalkan konsep Daulat Tuanku. Mual Bangsa Johor melambangkan jati diri rakyat Malaysia. Rakyat ibarat akar, senantiasa menyokong pokok untuk terus kukuh di atas.

Pesona Lima Lukisan Mural Penuh Kreativiti di Muar, Johor
bangsajohor.my
Pesona Lima Lukisan Mural Penuh Kreativiti di Muar, Johor
bangsajohor.my
  • Mural Ferry Pier

Lukisan mural 3D Ferry Pier, menanti ketibaan  anda di lorong seni dalam daerah Muar. Tempat yang bakal menggamit nostalgia kepada para pengunjungnya.

sinchew.com.my
sinchew.com.my
sinchew.com.my
sinchew.com.my
  • Akar Perabot Dunia Mural

Orang ramai yang melalui Jalan Arab berhampiran persimpangan Jalan Haji Abu, di sini, pastinya akan tertumpu pada sebuah lukisan mural bersaiz besar di bangunan Lagenda. Mural mengisahkan mengenai seni perabot kayu itu tentunya memberi kelainan berikutan ia dihasilkan dengan tema yang begitu dekat dengan warga Muar. Rakan kolaborasi pelancongan di pejabat daerah, Chua Teck Boon berkata, unsur perindustrian kayu diterapkan berikutan Muar sangat terkenal dengan penghasilan perabot sehingga menjadi sebahagian penyumbang terbesar dalam ekonomi negara.

Lukisan ini juga banyak menyelitkan unsur-unsur peralatan yang digunakan golongan industri sebelum ia dimajukan iaitu penggunaan kapak selain kewujudan pokok getah dalam usaha menceritakan permulaan sejarah perabot kayu.

utusan.my
utusan.my
muar-bandaraya.bersejarah
muar-bandaraya.bersejarah

Nikmati Keasyikkan Paronama Indah di Daerah Lembing, Pahang

Nikmati Keasyikkan Paronama Indah di Daerah Lembing, Pahang

Sungai Lembing di sini sememangnya kaya dengan keunikan alam semula jadinya seperti Bukit Panorama, Air Terjun Pelangi dan Muzium Sungai Lembing.  Maka tidak hairanlah sekiranya destinasi itu bakal menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar negara sejak zaman perlombongan bijih timah lagi.

Lombong Bijih Timah Sungai Lembing telah dibuka pada tahun 1891, oleh pelombong dari Britain, Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) nama syarikatnya yang telah menguruskannya mulai tahun 1906. Walaupun sebenarnya lombong itu dibuka lebih awal dari itu. Pajakkan yang bernilai sepuluh sen setahun itu telah dipersetujui untuk selama 100 tahun. Lombong tersebut merupakan lombong bawah tanah yang kedua terpanjang dan terbesar didunia selepas lombong di Bolovia. Keseluruhan panjang terowong bawah tanahnya adalah 322 Km dengan kedalamannya antara 610 hingga 700 meter dari permukaan bumi. Dalam tahun 1,400 an ada 1,400 orang yang bekerja di lombong tersebut, sehingga ia mendapat jolokan El Dorado of the East. Lombong tersebut ditutup pada tahun 1986 akibat dari kejatuhan teruk harga timah dunia, tidak sampai pun seratus tahun.

Disamping fakta sejarah yang mengagumkan berkaitan daerah lembing ini, pengunjung juga berpeluang menikmati segenap jenis paronama indah yang menjanjikan 1001 kepuasan kepada para pelawat.

  • Jambatan Gantung Kolong Pahat

Jambatan Gantung Kolong Pahat yang teleh wujud kira-kira 200 tahun dan mempunyai kabel besi yang masih kuat . Ia merentasi sungai ke bahagian kampung seberang di mana terkenalnya Mee Sungai Lembing. Jambatan gantung ini adalah salah satu tarikan pelancong yang terkenal di Sungai Lembing . Terdapat beberapa lagi jambatan gantung di sekitar sini. Namun, jambatan gantung ini tetap terkenal kerana menuju ke kawasan kilang mi.

ayujean.com
ayujean.com
  • Terowong Bijih Timah Sungai Lembing

Terowong bawah tanah sungai lembing atau ‘pengkang’ dikorek secara manual tanpa menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja melombong dijalankan, ahli-ahli kaji bumi terlebih dulu mengkaji kedudukan longgokan bijih timah. Kajian dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti perlombongan akan terus beroperasi. Terowong terdalam adalah lombong Myah. Lombong ini terletak 700 meter ke bawah dasar bumi manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak di antara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter.

Pengunjung biasa tidak dibenarkan mengunjungi terowong kerana terowong bawah tanah di Sungai Lembing itu tidak selamat dilawati memandangkan keadaannya yang telah lama ditinggalkan, ditenggelami air dan boleh runtuh pada bila-bila masa.

Keseluruhan terowong sepanjang lapan kilometer meliputi kawasan bijih seluas 1,600 hektar itu dianggap luar biasa dan mengungkap pelbagai cerita termasuk ramai yang meninggal dunia ketika membina terowong dan mencari gali bijih

sungailembing.blogspot
sungailembing.blogspot
agarakutidaklupa.blogspot
agarakutidaklupa.blogspot
  • Rumah Kristal

Kunjungan anda ke Sungai Lembing tidak lengkap sekiranya tidak melawat Rumah Kristal yang menempatkan koleksi lebih 3,000 jenis batu kristal. Rumah itu yang terletak di hujung Kampung Sungai Rimau, dimiliki oleh pasangan Lee Yon, 69, yang juga bekas pekerja kuari dan isterinya, Lim Sam Mooi, 59.

agarakutidaklupa.blogspot
agarakutidaklupa.blogspot
agarakutidaklupa.blogspot
agarakutidaklupa.blogspot
  • Gua Charah

Dikawasan Gua Charas,Sungai Lembing dikatakan terdapat beberapa gua lagi yang berada disitu antaranya Gua Buddha,Gua Gajah,Gua Tiga Beradik,Gua Puteri Bersikat,Gua Pecah,Gua Batu Nisan Raja,Gua Lubang Dalam dan Gua Lubang Hidung.

tripadvisor.com
tripadvisor.com
tripadvisor.com
tripadvisor.com

 

Yong Peng, Permata Johor Darul Takzim

Yong Peng, Permata Johor Darul Takzim

  • Arulmigu Sri RajaKaliamman Glass Temple. 

Arulmigu Sri RajaKaliamman Glass Temple, Johor Bahru dalam daerah Yong Peng merupakan Kuil Kaca yang pertama di Malaysia dan Dunia. Kuil tersebut juga diiktiraf di dalam The Malaysia Book Of Record. Kuil ini ditubuhkan pada tahun 1922 dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan unik. Kuil ini juga mempunyai daya tarikan pelancong yang tinggi di Johor Bahru.

Kuil ini merupakan salah satu kuil Hindu tertua di Johor Bahru.  Pembinaan bermula pada tahun 1922 sebagai tempat keagamaan untuk penganut hindu.

Pada tahun 1991, Sri Sinnathamby Sivasamy, pengerusi kuil dan ketua dewan semasa,  juga dikenali sebagai Guru Bhagawan Sittar mewarisi pentadbiran kuil dari bapanya. Dia adalah inspirasi dan penggerak di belakang kuil. Guru sangat komitmen untuk membina semula kuil itu setelah mewarisinya. Walaupun hadir kesukaran dan cabaran, kuil itu dibina semula dan secara rasmi dibuka semula pada tahun 1996.

Guru mempunyai inspirasi untuk membina semula kuil itu dalam kaca melalui lawatanya ke salah satu tempat keagamaan di Bangkok. Dia berada di tuk-tuk (auto-rickshaw) di Bangkok ketika melihat cahaya bersinar seperti berlian, sekitar 2 kilometer (1.2 mi) di hadapan. Pemandu memberitahu bahawa ia adalah wat (kuil). Apabila dia pergi ke sana, dia mendapati bahawa ia adalah karya seni kaca di pintu masuk kuil yang telah menarik minatnya untuk terus mengkaji.

Dia kagum bahawa karya seni kaca kecil dapat menarik perhatiannya dalam jarak jauh. Ini memberi inspirasi kepadanya untuk menggunakan teknik ini di Kuil Arulmigu Sri Rajakaliamman. Dia percaya sebuah kuil sepatutnya dihiasi dengan karya seni kaca yang menarik. Tarikan ini bakal menarik minat para penganut setempat dan pelawat dari seluruh dunia.

Transformasi kuil dengan kelengkapan kaca bermula pada tahun 2008 dan selesai pada Oktober 2009. Sejak itu, ia telah menjadi salah satu tarikan pelancong utama di negeri ini.

cjnlogspot.my
cjnlogspot.my

Yong Peng, Permata Johor Darul Takzim

cjnlogspot.my
cjnlogspot.my
  • Kuil Naga

Naga terpanjang di Asia Tenggara dijumpai di Johor Bahru, Malaysia! Naga ini mempunyai panjang kira-kira 351 kaki dan dicat dengan warna yang terang. Pada waktu malam, kawasan ini kelihatan lebih meriah dengan kewujudan patung dikelilingi dengan lampu! Patung luar biasa ini telah menarik pelancong asing dan tempatan!

Lot HS 2677, Pt 2446, Jalan Kota Impian 1, 83700 Yong Peng

Opening Hours: 9AM – 6PM (Isnin-Jumaat); 9AM – 1PM (Sabtu)

anekatemplewisata.com
anekatemplewisata.com
anekatemplewisata.com
anekatemplewisata.com
  • Kuil Dua Naga Hitam

Tempat ketiga yang paling suci di Yong Peng.  Merupakan salah satu kuil paling indah. Selama lebih dari 38 tahun, banyak penduduk tempatan berduyun-duyun ke kuil ini untuk menyaksikan keindahannya, dan tentu saja untuk beribadat dan berdoa. Selain keindahan seni bina yang indah, tiga patung  memberikan momentum yang unik kepada pelawat!

Lokasi: 18-A, Jalan Ah Looh, 83700 Yong Peng, Johor

Yong Peng, Permata Johor Darul Takzim
thestar.com
Yong Peng, Permata Johor Darul Takzim
thestar.com
thestar.com
thestar.com
Yong Peng, Permata Johor Darul Takzim
thestar.com

Percutian Pendek Yang menarik Di Rosa Melaka

Percutian Pendek Yang menarik Di Rosa Melaka

Kat mana nak merasa percutian yang penuh dengan keindahan tapi masih lagi dalam bajet di Melaka? Hotel butik yang baru dibuka ini pastinya akan menjadikan percutian anda tidak dapat dilupakan!

Tertariklah dengan tema Eropah yang elegan

Percutian Pendek Yang menarik Di Rosa Melaka

Rosa Melaka ialah sebuah hotel yang selesa dengan reka bentuk penuh gaya dan bertemakan Eropah. Dari dinding batu-batanya, kepada perabut yang indah dan suasananya yang selesa, anda akan jatuh cinta dengan setiap inci ruangnya!

Percutian Pendek Yang menarik Di Rosa Melaka

Nikmati tidur malam penuh nyenyak di dalam bilik yang sangat selesa dan terhias indah

Percutian Pendek Yang menarik Di Rosa Melaka

Hotel ini mempunyai 60 buah bilik keseluruhannya, setiap satu dilengkapi dengan penghawa dingin, TV LED dan kelengkapan peribadi percuma. Kebanyakan bilik menawarkan pemandangan taman dan bandar yang menyegarkan! Rosa Melaka terletak di lokasi yang ideal tidak jauh dari A’Famosa dan Mahkota Parade.

Alamilah pengalaman menikmati hidangan gaya Eropah!

Percutian Pendek Yang menarik Di Rosa Melaka

Hotel ini menempatkan sebuah kafe yang terbaik bernama BICA & CO yang terletak di halamannya. Ianya menawarkan hidangan sihat dan ruang yang cantik.

Percutian Pendek Yang menarik Di Rosa Melaka

Jika anda merancang percutian pendek dengan keluarga atau kawan-kawan anda, Rosa Melaka ialah pilihan terbaik. Anda sememangnya akan memperolehi percutian yang tak dapat dilupakan!
Lokasi: 212 Jalan Parameswara, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75000
No untuk dihubungi: 06-2819888
Untuk menempah: http://rosa.com.my

Terokai Keseronokan di Pulau Langkawi

Pulau Langkawi
Pulau Langkawi

Pulau Langkawi atau Langkawi Island adalah antara pulau yang terkenal di kalangan pengunjung sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Pulau yang terletak di negeri Kedah ini terdiri dari 100 buah pulau. Langkawi merupakan salah satu pulau yang paling terkenal dan paling popular di Pantai Barat Malaysia. Menggabungkan tarikan sejarah, kehidupan malam yang menarik, keindahan pantai, aktiviti-aktiviti menarik serta aktiviti membeli-belah, pulau bebas cukai ini adalah tempat paling sesuai untuk bercuti. Bersiap sedialah untuk mengalami kesemua keseronokan yang bakal menanti anda di pulau permata Kedah ini!

  • Langkawi Sky Bridge
Terokai Keseronokan di Pulau Langkawi
Langkawi Info
Terokai Keseronokan di Pulau Langkawi
Langkawi Info

Sekiranya anda pernah membayangkan diri  berjalan  di atas sebuah jambatan gantung tinggi di langit sambil menikmati pemandangan gunung dan laut yang mengasyikkan. Anda bakal memenuhi impian tersebut di Langkawi Sky Bridge. Lokasi ini merupakan sebahagian daripada pelan induk Gunung Mat Cincang Geo Park, direka dan dibina untuk memberi para pengungjung pengalaman yang unik untuk dicapai.

  • Eagle Square Langkawi.
Terokai Keseronokan di Pulau Langkawi
Langkawi.info
Terokai Keseronokan di Pulau Langkawi
Langkawi.Info

Turut dikenali sebagai Eagle Square. Dataran Lang ialah salah satu tarikan buatan manusia terkenal di Malaysia. Merupakan sebuah arca besar burung helang yang bersiap untuk terbang. Pemandangan unik yang bakal menyambut pengunjung. Patung helang  setinggi 12 meter adalah salah satu monumen paling dikenali di permata kedah ini. Terletak di  tenggara Pulau Langkawi. Selain menawarkan pemandangan indah di Teluk Kuah, Dataran Lang turut mempunyai pancuran mandian, teres dan jambatan kecil yang indah, menjadikannya tempat yang ideal untuk foto percutian yang sempurna.

  • Pantai Cenang
Terokai Keseronokan di Pulau Langkawi
will.travel.for.food.com
Terokai Keseronokan di Pulau Langkawi
langkawi.info

Pantai Cenang terletak 18.4 kilometer dari pekan Kuah dan ia merupakan lokasi paling ramai dikunjungi kerana segala kemudahan seperti restoran, hotel serta chalet bajet, pusat hiburan dan kedai cenderamata mudah ditemui di sepanjang lokasi ini. Pantainya pula berpasir halus umpama kristal berkerlipan ketika disinari cahaya matahari dan dikelilingi oleh pokok kelapa. Pantai Cenang juga terkenal dengan keindahan matahari terbenam dan di sebelah malamnya pula dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, selagi cahaya neon menyala selagi itulah pantai tersebut hidup dengan pelbagai gelagat pengunjung.

  • Pulau Paya Maine Park
Terokai Keseronokan di Pulau Langkawi
malaysia.travel
Terokai Keseronokan di Pulau Langkawi
langkawi.guide

Menjelajah pulau-pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan kerana pelancong berpeluang menikmati keindahan semula jadi sambil melihat hidupan seperti burung helang. Antara destinasi keliling pulau paling terkenal di Langkawi adalah di sekitar taman laut yang terdiri daripada Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang. Ia juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempesonakan. Sesuai untuk aktiviti snorkeling, selam skuba, berenang dan berkelah di beberapa pantai sambil menikmati sajian barbeku. Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan bot laju. Perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 45 minit.

  • Kereta Kabel Langkawi
Terokai Keseronokan di Pulau Langkawi
langkawi.sg
Terokai Keseronokan di Pulau Langkawi
langkawi.info

Selepas penat berendam atau berenang, apa kata anda mengunjungi Kereta Kabel Langkawi yang terletak berhampiran lokasi Telaga Tujuh.Kereta kabel ini juga antara tarikan utama di Pulau Langkawi dan ia menyajikan pemandangan panorama dari puncak Gunung Mat Chincang yang juga merupakan lokasi Sky Bridge sepanjang 2.2 kilometer

  • Tandem Skydiving
Terokai Keseronokan di Pulau Langkawi
langkawi.info
Terokai Keseronokan di Pulau Langkawi
malaysiatravel.org

Tandem skydiving di Langkawi merupakan salah satu aktiviti paling menyeronokkan yang boleh anda nikmati ketika bercuti di pulau tropika ini. Tandem skydiving sesuai walaupun bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman kerana setiap peserta dipasangkan dengan instruktur yang profesional. Mereka bakal membantu anda sepanjang tempoh aktiviti tersebut dijalankan.

Alam Suites Hanya di Malaysia

Alam Suites Hanya di Malaysia

Malaysia ni sememangnya meyediakan pelbagai jenis kemudahan penginapan tidak kiralah apapun aktiviti anda. Penginapan yang ditawarkan sememangnya menjanjikan tarikan yang menakjubkan. Seperti kita sedia maklum, Malaysia dipenuhi dengan hutan hujan tropika yang memang sukar didapati di negara-negara lain.  Artikel kali ini berkaitan dengan jenis penginapan resort dan spa yang pastinya memukau mata anda!

  • THE DATAI, Langkawi

Terletak di tengah-tengah hutan hujan, The Datai Langkawi adalah resort destinasi menawan yang menggabungkan kemodenan dengan persekitaran semulajadi. Terletak di Pulau Langkawi. Setiap bilik, suite dan vila disajikan dengan pemandangan hutan hujan yang menghijau dan pemandangan yang menakjubkan dari beranda peribadi berhadapan Laut Andaman. Rehatkan diri anda dengan alam semulajadi  dan semarakkan jiwa di syurga semulajadi yang tenang ini.

Datai Langkawi menawarkan konsep ketenangan yang sempurna dan membolehkan anda untuk  merehatkan minda dan badan. National Geographic telah menyenaraikan Datai Bay sebagai salah satu daripada 10 pantai menakjubkan di dunia. Hutan di sekitar resort menjadi kawasan hidupan kepada banyak hidupan liar sebahagiannya adalah endemik di kawasan itu. Jika anda bernasib baik, anda juga boleh melihat monyet daun licin, tokek atau lemur sunda semasa penginapan anda.

Alam Suites Hanya di Malaysia
the.Datai
Alam Suites Hanya di Malaysia
the.Datai
  • Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort adalah salah satu destinasi percutian ekopelancongan utama Malaysia. Terletak di tengah-tengah syurga tropika, Pulau Banding, Belum Rainforest Resort, bakali menjadi pilihan utama kepada pencinta alam dan pengunjung  yang mengharapkan destinasi percutian yang menakjubkan. Menawarkan ketenangan serta pemandangan persekitaran yang menakjubkan. Anda bakal merasai pengembaraan yang bakal  mendekat diri anda kepada alam semula jadi.

Alam Suites Hanya di Malaysia
royalbelum.org
Alam Suites Hanya di Malaysia
royalbelum.org
  • Tabin Wildlife Resort

Bertujuan untuk mencipta satu kelompok hidupan liar yang kondusif secara semujadi di Malaysia. Di samping itu juga,turut menawarkan peluang kepada pengunjung untuk berinteraksi dengan habitat yang terancam. Misi utama ialah mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengunjung situasi sebenar yang dihadapi habitat-habitat yang bakal pupus ini.

Alam Suites Hanya di Malaysia
worldlifesafari.com
Alam Suites Hanya di Malaysia
tabinwildlife.my
  • Batang Ai Longhouse Resort

Aiman Batang Ai Resort and Retreat menawarkan percutian yang ideal untuk mencari ketenangan dan bersantai. Dahulu dikenali sebagai Batang Ai Longhouse Resort yang dikendalikan oleh Hilton. Pengurusan resort  kini berada di bawah Planet Borneo Lodge Management bermula Januari 2016.

Terletak di pinggir Taman Negara Batang Ai, resort yang mempunyai 100 bilik ini menawarkan pemandangan alam yang dikelilingi oleh masyarakat orang asli dan hidupan liar. Rekaan dalaman yang bergaya dan masih dikekalkan dalam reka bentuk rumah panjang tradisional.  Resort ini menawarkan pelbagai jenis aktiviti sukan yang bakal menarik minat para pengujung yang hadir.

Alam Suites Hanya di Malaysia
ghtborneo.com
Alam Suites Hanya di Malaysia
hospitality.com
  • Mulu Maroitt Resort and Spa

Alami kemewahan penginapan di hotal 5-bintang terletak dalam hutan hujan tropika yang subur. Mulu Marriott Resort & Spa hanya mengambil masa lima minit dari Taman Negara Gunung Mulu turut dikenali sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Pengembaraan anda bermula dengan perjalanan indah dari Lapangan Terbang Mulu berdekatan sehinggalah ke kawasan resort dan spa yang mempesonakan ini. Penginapan yang direka dengan indah melalui sentuhan gaya rumah panjang.  Selepas sarapan pagi, anda bakal temui habitat burung langka, hidupan liar dan tanaman eksotik di Mulu National Park. Jika anda teruskan pengembaraan, anda bakal menemui lokasi Gua Mulu yang terkenal di dunia. Kemudian berehat di spa gaya Bali atau di kolam renang di balkoni peribadi anda, menghadap terus ke hutan hujan atau Sungai Melinau yang indah.

Alam Suites Hanya di Malaysia
Sarawaktourism.com
Alam Suites Hanya di Malaysia
tripadvisor.com

 

Lawati Tujuh Tempat Menarik di Kuantan Sekarang!

Kuantan
Melawat Kuantan

Sebenarnya banyak  tempat menarik di Kuantan ini yang anda boleh jelajahi. Disamping merupakan pusat pentadbiran negeri Pahang ia juga menjadi bandar utama di Pantai Timur untuk aktiviti perindustrian dan pertanian. Mari kita lihat tempat-tempat menarik di Kuantan yang anda boleh kunjungi jika bercuti di Kuantan Pahang.

  • Pulau Cherating

Terkenal dengan pantai yang bersih dan cantik, Sesuai untuk  percutian sekeluarga dengan pelbagai aktiviti yang disajikan. Anda juga boleh berkunjung ke Pusat Penerangan dan Santuari Penyu untuk melihat kehidupan penyu secara dekat.

Jom Melawat Pahang
Jom Melawat Pahang
Jom Melawat Pahang
Jom Melawat Pahang
Jom Melawat Pahang
Jom Melawat Pahang
  • Teluk Cempedak

Teluk Chempedak juga merupakan satu tarikan orang ramai untuk berkunjung samada siang atau malam. Tarikan yang utama adalah pantai yang cantik dan bersih disamping terdapat banyak pusat jualan krafttangan, restoran makanan laut dan jualan barang unik.

percutian.bajet
flickr.com
tc
percutian.bajet
wanieey.homestay
pahang.org
  • Pantai Batu Hitam
Lawati Tujuh Tempat Menarik di Kuantan Sekarang!
pahang.org
Lawati Tujuh Tempat Menarik di Kuantan Sekarang!
kuantan.org

Ia mendapat nama dari batu-batu yang berwarna hitam yang terdapat dipantai ini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah seperti beramain layang-layang dan melihat penorama dari menara yang disediakan. Anda boleh melawat pantai ini di Jalan Beserah di Kg Bukit Gelugor, Kuantan.

  • Bukit Panoram Sungai Lembing

Panorama Hill yang terkenal di Sungai Lembing, anda pasti pernah mendengar lokasi menarik ini.

Panorama Hill (Bukit Panorama) merupakan tempat pelancongan yang terkenal bagi mereka yang gemarkan aktiviti luar. Anda memerlukan 45 minit mendaki anak tangga ke puncak.  Sebagai  ganjaran kepada usaha anda, pemandangan hutan menghijau yang tenang dan damai menanti di atas.

Lawati Tujuh Tempat Menarik di Kuantan Sekarang!
greenpeace.my
Lawati Tujuh Tempat Menarik di Kuantan Sekarang!
razinruslan.wordpress
  • Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing terletak lebih kurang 45km dari Bandar Kuantan. Hanya kenderaan Pacuan 4×4(4wd) yang boleh dinaiki untuk sampai ke destinasi.

Lawati Tujuh Tempat Menarik di Kuantan Sekarang!
flickrdriver.com
Lawati Tujuh Tempat Menarik di Kuantan Sekarang!
nota.kembara.com
  • Kuil Gua Charas Sivan

Kuil Gua ini terletak kira-kira 25 km di utara Kuantan. Turut dikenali sebagai 8 kaki Shiva Linggam atau Jala Linggerswarar. Shiva Linggam merupakan kuil tertinggi di Asia Tenggara. Air yang terhasil secara semulajadinya menjalar daripada Tuhan( kepercayaan penganut Hindu) ke bumbung gua batu kapur. Tempat yang wajib anda lawati sebagai seorang menganut agama Hindu.

Lawati Tujuh Tempat Menarik di Kuantan Sekarang!
malaysiatemple.com
Lawati Tujuh Tempat Menarik di Kuantan Sekarang!
mystic.temple
  • Muzium Sungai Lembing

Bangunan muzium ini terletak di atas bukit di sebelah timur menghala ke Sungai Kenau. Pada asalnya bangunan ini merupakan tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing, bermula dengan Syarikat The Pahang Corporation Limited , pada tahun 1887 hingga tahun 1906 hinggalah ke zaman kegemilangan Syarikat The Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) dari  tahun 1906 hingga tahun 1986. Rumah kediaman pengurus ini dahulunya dikenali sebagai The European Bungalow atau singkatannya EB1, yang membezakannya dengan rumah Pegawai Kanan British yang lain.

Struktur binaan bangunan ini mengikut reka bentuk vertikular-kolonial dan mempunyai kronologi sejarah pembinaan yang tersendiri. Bermula dengan bangunan bersaiz kecil, dengan atap yang diperbuat daripada daun nipah dan berdindingkan kulit-kulit kayu, ia diubah suai dari semasa ke semasa bermula dari zaman J.T Mariner pada tahun 1911 hingga  zaman pengurusan H.R.M. Hodding pada tahun 1966.
Semasa Perang Dunia Kedua, bangunan ini digunakan sebagai markas tentera Jepun sehingga tahun 1945. Setelah pengunduran tentera Jepun, bangunan ini diambil alih oleh PCCL untuk meneruskan kegiatan perlombongan hinggalah kejatuhan harga timah pada tahun 1986.

Muzium Sungai Lembing
Muzium Sungai Lembing
Cuti.my
Muzium Sungai Lembing

 

Penginapan rileks yang menarik di sekitar klang valley

Belakangan  ini, konsep dan reka bentuk yang digunakan oleh Seksan Design untuk Sekeping Serendah telah menarik perhatian orang ramai. Selain membuat lakaran reka bentuk untuk hotel-hotel yang terkemuka, Seksan Design juga memiliki jenama sendiri, iaitu Sekeping. Di Semenanjung Malaysia, Seksan Design memiliki 7 buah tempat penginapan yang berbeza-beza. Walaupun konsep-konsep yang digunakan di tempat penginapan tersebut adalah serupa dengan Sekeping Serendah di Rawang, namun anda haruslah mengalami kecantikannya sendiri di tempat-tempat yang berikutnya :

Sekeping Tenggriri di Bangsar

image28 4

image6 10

image1 9

image3 10

image2 10

Laman web : http://www.sekeping.com/tenggiri/

Alamat : 48, Jalan Tenggiri, Taman Weng Lock, Bangsar, Kuala Lumpur 59100, Malaysia.

GPS : N3.121919, E101.669324

Harga : RM220 – RM330 (Setiap bilik)

Penghubung Airbnb : Nature Insipred Loft Room, Unique Glassroom with Balcony, Pool View Room, Courtyard Room, Open Concept Skyview Room, Garden Room

Sekeping Backlane – Bangsar

image8 10

image4 9

image7 10

Laman Web : http://www.sekeping.com/backlane/

Amat : 48, Jalan Tenggiri, Taman Weng Lock, Bangsar, Kuala Lumpur 59100, Malaysia.

GPS : N3.121919, E101.669324

Harga : RM350 (katil berdua)

Sekeping Terasek – Bangsar

image11 10

image9 9

image5 10

image17 7

Laman Web : http://www/sekeping.com/terasek/

Alamat : 42a, Jalan Terasek, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.

GPS : N3.13546, E101,668852

Harga : RM230 (Setiap bilik)

Penghubung Airbnb : 5 B/R Brickhouse With Rooftop in KL

Sekeping Seapark – Seapark, Petaling Jaya

image18 7

image21 7

image19 7

image22 6

Laman Web : http://www.sekeping/com/seapark/

Alamat : 1, Jalan 21/2, Seapark Petaling Jaya, 46300, Malaysia.

GPS : N3.111163, E101.625935

Harga : RM210 (Setiap bilik)

Penghubung Airbnb : Garden View Twin Beds, Queen BR with Bathtub NO.01, Queen BR With Bathtub No.03, Garden View Twin Beds

Sekeping Sin Chew Kee – Kuala Lumpur

image10 10

image12 8

image15 8

image13 9

Laman Web : http://www.sekeping.com/sck/

Alamat : No.3, Jalan Sin Chew Kee, 50150, Kuala Lumpur, Malaysia.

GPS : N3.143398, E101.704999

Harga : RM800 (Satu tingkat, Dua Katil Double + Empat Katil Single

Penghubung Airbnb : Family Guesthouse for 8

Sekeping Victoria – Penang

image16 7

image24 7

image14 8

image20 7

Laman Web : http://www.sekeping.com/victoria/

Alamat : 164A-B, Lebuh Victoria, 10300, Pulau Pinang, Malaysia.

GPS : N5.413789, E100.339272

Harga : RM770 (Satu Katil Single + Dua Katil Double)

Penghubung Airbnb : Front Suite Room, Back Suite Room

Sekeping Kong Heng – Ipoh

image26 5

image25 7

image23 6

image27 5

Laman Web : http://www.sekeping.com/kongheng/

Alamat 75, Jalan Panglima, Ipoh 30000, Malaysia.

GPS : 4.596972, 101.078135

Harga : RM220 – RM800 (Setiap bilik)