Itinerari Percutian ke Pulau Redang

Itinerari Percutian ke Pulau Redang

Pulau Redang merupakan salah satu pulau di Terengganu & di Malaysia yang sangat popular untuk mereka yang nak bercuti di pulau yang cantik. Memandangkan percutian di Pulau Redang adalah satu akvtiviti yang popular, maka memang banyak pakej-pakej percutian yang menarik untuk anda pilih samada untuk sehari atau bermalam di resort-resort sekitar Pulau Redang. Pengalaman bercuti di Pulau Redang memang sangat best & destinasi sebegini memang sangat ideal untuk anda jadikan sebagai tempat untuk bercuti mencari ketenangan ataupun sebagai destinasi percutian berbulan madu anda

Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki ke Pulau Redang, anda boleh baca aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di bawah serta beberapa tempat yang best di Redang yang mesti anda lawati

Jeti Ke Pulau Redang

Sebenarnya kalau anda ingin ke Pulau Redang, ada beberapa jeti di Terengganu yang menyediakan perkhidmatan bot laju & feri yang boleh anda naik.

jeti shahbandar kuala terengganu
Pulau Redang

Jeti Shahbandar KT – Jeti Shahbandar adalah lokasi untuk anda mencari tiket feri ke Pulau Redang. Masa perjalanan dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit – 2 jam bergantung kepada keadaan laut.

Walaupun feri ini agak besar namun kalau anda seorang yang mabuk laut, disarankan untuk siap-siapkan apa yang patut seperti pil mabuk laut atau plastik. Sebaik sampai berdekatan dengan Pulau Redang, pelancong akan naik bot transit yang akan membawa ke lokasi penginapan masing-masing.

jeti merang penarik pulau redang
Pulau Redang

Jeti Merang / Penarik – Jeti kedua yang boleh anda naik bot adalah di Jeti Merang yang terletak kira-kira 40 km ke utara Bandar Kuala Terengganu. Kalau memandu dari KT, makan masa lebih kurang 30-40 minit melalui Jalan Pantai/ Jalan Penarik. Banyak yang keliru antara Jeti Merang & Jeti Marang.

Jeti Marang terletak arah selatan Bandar KT & berada di dalam Daerah Marang yang merupakan jeti untuk ke Pulau Kapas ataupun Pulau Gemia. Jeti Merang pula adalah jeti untuk ke Pulau Redang, Pulau Perhentian & Pulau Lang Tengah. Dari Merang, pelancong akan menaiki bot laju menyusuri muara Sungai Merang sebelum meredah lautan ke Pulau Redang.

Mana Best Naik Feri Atau Naik Bot Laju Ke Pulau Redang

jeti ke pulau redang terengganu-min
Pulau Redang

Bergantung kepada anda, sekiranya anda nak lebih keselesaan, sudah tentu menaiki feri dari Jeti Shahbandar adalah jawapannya & perjalanan masanya juga lebih lama kerana jarak Jeti Shahbandar ke Pulau Redang lebih jauh berbanding menaiki bot di Jeti Merang / Penarik.

Bagi pelancong yang nak lebih rasa adventure ke Pulau Redang, menaiki bot laju sudah tentu lagi best terutamanya ketika bot sedang laju meredah ombak di lautan, melambung-lambung macam naik kuda. Kalau anda dengan kanak-kanak mungkin perlu berfikir dua kali kerana takut mereka tak tahan & pening.

Bercuti Di Pulau Redang Balik Hari

percutian ke pulau redang terengganu
Pulau Redang

Kalau anda pernah bercuti di Kota Kinabalu, aktiviti island hopping ke Pulau Manukan atau Pulau Sapi dari Jesselton Point merupakan salah satu produk pelancongan yang wajib dicuba, dan jarak ke pulau juga tidak jauh dari jeti. Sebenarnya di Pulau Redang juga anda boleh melakukan aktiviti island hopping dalam sehari walaupun jarak ke pulau jauh. Untuk ke tempat menarik di Pulau Redang dalam sehari, hanya boleh dilakukan dari Jeti Merang dengaan menaiki bot laju.

Sehari sebenarnya sudah cukup untuk melakukan aktiviti menarik di Pulau Redang sekiranya anda ingin melakukan aktiviti seperti snorkeling di beberapa lokasi di Redang, mandi manda di Pantai Rantau Panjang, berenang dengan penyu & sebagainya. Bahkan kos juga lagi murah namun agak memenatkan. Sesuai untuk mereka yang bercuti ke Redang secara berkumpulan, dengan bajet & tanpa kanak-kanak kecil.

Snorkeling Dengan Penyu

bercuti di pulau redang terengganu
Pulau Redang

Snorkeling dengan ikan cantik-cantik yang jinak mungkin satu aktiviti di pulau yang biasa anda lakukan & kalau di Redang, lokasi untuk snorkeling juga banyak. Yang paling best kalau bercuti di Pulau Redang, pelancong tak perlu nak scuba diving untuk berenang & memberi makan penyu secara terus, dengan snorkeling juga boleh dilakukan. Ada beberapa lokasi snorkeling di sekitar Pulau Redang yang boleh anda lihat penyu sambil beri makan secara langsung & biasanya pemandu bot akan membawa anda untuk mencuba aktiviti ini.

Snorkeling dengan penyu sambil memberi makan sotong adalah bergantung kepada musim, sekiranya cuaca elok & musim penyu ke darat maka memang banyak penyu yang boleh anda berjumpa. Bahkan penyu di sini juga tidak takut dengan pelancong-pelancong yang snorkeling, sebaik ada sotong di tangan penyu-penyu ini tanpa rasa malu akan datang kepada anda.

Mandi Manda Di Pantai Pasir Panjang

tempat menarik di pulau redang
Pulau Redang

Pantai pasir panjang merupakan salah satu kawasan pantai yang paling popular di Pulau Redang kerana mempunyai air ombak yang sangat jernih membiru & permukaan yang landai. Kawasannnya yang agak berteluk membuatkan suasana mandi manda di sini seolah-olah seperti di sebuah lagun buatan.

Walaupun anda mandi di sini pada waktu tengahari ketika matahari terik di atas kepala, sebaik anda ke kawasan air yang lebih dalam sekitar paras pinggang air laut terasa sangat sejuk seperti mandi di air terjun.

Pasir pantai di sini memang sangat putih & gebu ditambah pula air laut yang sangat-sangat jernih pasti memberikan anda satu pengalaman mandi manda yang tidak dapat dilupakan. Tidak hairanlah begitu banyak resort-resort & penginapan yang ada di sekitar Pantai Pasir Panjang.

Snorkeling Di Pulau Redang Melihat Ikan

resort hotel menarik pulau redang-min
Pulau Redang

Pulau Redang memang tidak dinafikan mempunyai banyak destinasi tempat untuk snorkeling & melihat ikan cantik-cantik secara langsung. Kalau anda membawa roti, bolehlah beri terus makan kepada ikan ketika snorkeling di sini.

Kawasan perairan snorkeling di sini juga sangat landai & kebiasaannya kawasan khas untuk snorkeling umumnya terbahagi kepada beberapa jenis, ada lokasi yang cetek & sesuai untuk kanak-kanak & ada juga lokasi snorkeling yang lebih dalam & mempunyai terumbu karang yang lebih cantik. Pengalaman snorkeling di Pulau Redang melihat ikan-ikan cantik tiada bezanya dengan snorkeling di pulau-pulau top yang lain di Malaysia seperti di Pulau Tioman, yang berbeza hanya jenis ikan & landskap struktur terumbu batu karang.

hotel dekat pantai pulau redang
Pulau Redang

Pilihan penginapan di Pulau Redang memang agak banyak, sebaiknya pilihlah di kawasan yang dekat dengan tempat cantik di Redang seperti di Pantai Pasir Panjang. Banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan di redang seperti scuba diving, berkayak, junggle trekking & sebagainya namun bergantung kepada berapa lama anda bercuti & bajet percutian masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *