Tempat-tempat untuk menikmati kecantikan alam semula jadi Sabah

image1 8

Dikenali sebagai “tanah di bawah angin”, Sabah, Malaysia menawarkan perjalanan yang menakjubkan untuk jiwa-jiwa yang inginkan pengembaraan! Ia bukan sekadar mengagumkan tetapi merupakan yang menarik untuk dijelajah!

Gunung Kinabalu.

Puncak tertinggi di Asia Tenggara, gunung yang tidak memerlukan sebarang penerangan lagi! Gunung Kinabalu mungkin kelihatan sukar untuk mendaki. Bagaimanapun, lautan awan dan pemandangan megah menarik perhatian orang dari seluruh dunia untuk mengerah segala kudrat yang ada bagi menawan puncak tersebut!

Jambatan Gantung di Taman Negara Kinabalu.

Disenaraikan dalam Warisan Dunia UNESCO, taman ini menawarkan para pengunjungnya pelbagai aktiviti eko-pelancongan seperti berjalan kaki di jambatan gantung yang terkenal! Jambatan dengan ketinggian 10 meter dibina di tengah hutan hujan tropika yang penuh misteri ini. Menarik bukan?

Landasan Kereta Api North Borneo.

Sambil menyelam minum air! Rasai perasaan nostalgia apabila anda menaiki sistem kereta api stim pertama di Sabah ini!. Kereta api stim ini merupakan sebuah kereta api pertama dalam Kerajaan Negeri Sabah, Malaysia. Ia merupakan satu-satunya sistem pengangkutan kereta api yang beroperasi di pulau Borneo. Landasan kereta api adalah sepanjang 134 km dari Tanjung Aru, berhampiran Kota Kinabalu, ke pekan Tenom, di Bahagian Pedalaman. Kereta api ini bakal membawa anda melihat kawasan bandar, perladangan dan tempat-tempat indah di sekitar Sabah!

Water Rafting di Sabah

Sungai Kiulu di luar Kota Kinabalu adalah kawasan yang sempurna untuk menikmati arus jeram yang deras! Jika anda sentiasa ingin mencuba sukan yang menarik di samping menikmati pemandangan yang indah, Sungai Kiulu adalah tempat yang sesuai untuk anda. Anda akan mengalami keseronokan adrenalina hasil ciptaan alam semula jadi ini. Anda pasti mengalami pengalaman yang menakjubkan di Sungai Kiulu.

Selepas taklimat keselamatan yang dikendalikan oleh pakar mengenai tatacara yang betul dalam melakukan aktiviti yang mencabar ini, anda akan dibawa ke Sungai Kiulu. Kemudian, anda akan memulakan perjalanan sejauh 9 hingga 15 kilometer melalui sungai untuk sampai ke kawasan jeram. Sebaik sahaja tamat perjalanan yang menyeronokkan ini, anda akan dijamu pula dengan makan tengah hari.

Ladang Teh di Sabah

Ladang teh Sabah terletak di kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Lokasi ladang teh ini berada di laluan lebuhraya di antara Telupid – Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring. Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar. Kawasan ladang teh ini dikelilingi dengan hutan rimba yang telah wujud sejak 130 juta tahun dahulu. Selain itu, ladang teh ini juga berlatarbelakangkan gunung Kinabalu dan merupakan ladang teh organik tunggal di Malaysia serta menjadi pilihan di dunia.

Desa Dairy Farm

DESA merupakan salah satu jenama yang berasal dari Sabah. Rakyat Sabah sangat sinonim dengan jenama ini . Desa Dairy Farm, yang menghasilkan hampir satu juta liter susu segar setiap tahun. Anda akan mengetahui keunikannya selepas melawat sendiri Desa Dairy Farm di Mesilau, yang terletak kira-kira 100 km dari Kota Kinabalu (KK). Malah, ladang ini menjadi lokasi tarikan pelancong yang terkenal. Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati tenusu yang lazat dan pemandangan yang indah.

Rumah Terbalik

Rumah Terbalik adalah rumah terbalik pertama di Malaysia. Bangunan ini terletak di sepanjang lebuh raya utama menuju Gunung Kinabalu, berdekatan Sungai Kiulu dan kawasan di pantai timur Sabah (iaitu Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau).

Rumah kampung terbalik direka untuk semua peringkat umur.

Lawatan ke rumah terbalik bakal menjadi salah satu pengalaman yang mungkin anda tidak dapat dilupakan. Rumah terbalik merupakan daya tarik yang harus anda kunjungi apabila tiba di Sabah.

Pantai Tanjung Aru

Pantai ketiga merupakan kawasan pantai yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan merupakan tempat melepaskan tekanan dengan cara berteriak sepenuh hati. Kawasan pantai di sini amat sunyi berbanding dengan kedua-dua pantai yang lain. Tambahan lagi, kawasan pantai yang bersih, indah dan romantis dengan melihat matahari terbenam. Selain itu, kawasan ini sesuai kepada pemancing-pemancing kerana pantainya yang agak dalam dan bergelora terutamanya pada kawasan berbatu di luar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kemudahan awam seperti tandas awam juga disediakan untuk persalinan.

Pulau Selingan

Pulau Selingan berada 40 kilometer dari Timur-Utara Sandakan dan berhampiran dengan sempadan Malaysia Filipina. Tergolong dalan gugusan pulau penyu bersama 2 pulau lain iaitu Pulau Gulisan dan Pulau Bakungan Kecil. Pulau-pulau ini merupakan pulau terutama di timur-selatan Asia yang menjadi tumpuan penyu-penyu untuk mendarat serta bertelur.

Pulau selingan menjadi tumpuan kepada penyu-penyu daripada spesies “Green Turtle” yang mendarat serta bertelur sepanjang tahun di pesisiran pantai pulau Selingan. Namun, kemuncak ia bertelur adalah pada bulan Julai hingga bulan oktober yang mampu bertelur lebih kurang 110 biji dalam satu lubang. Kemudian telur-telur ini akan diperam selama 50-6- hari sebelum ia menetas menjadi anak penyu dan kemudian dilepaskan balik ke laut.

Terdapat sebuah chalet iaitu Chalet Pulau Selingan. Ia mempunyai 15 buah bilik yang mempunyai bilik mandi. Chalet ini juga mempunyai restoran yang menyediakan menu makanan ala tradisional tempatan serta makanan “Western Food”

Selain dari pada itu, terdapat juga pakej istimewa daripada pusat penetasan telur penyu yang menawarkan pakej bermalam di pulau tersebut bagi menyaksikan penyu bertelur secara langsung. Ia menyediakan tempat tinggal maksimum kepada 60 orang bagi semalam. Ia bagi memastikan pergerakan penyu bertelur tidak terganggu dengan kehadiran orang yang begitu ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *