Tempat-tempat mendaki gunung di Kuala Lumpur dan Selangor

Ramai orang bandar ingin merehatkan minda dan hati melalui mendekati diri dengan alam semula jadi. Apabila kami dikelilingi pokok dan bunga, semestinya kami dapat melupai kerisauan dan stress  kerja.

Dalam artikel ini, kami ingin memperkenalkan beberapa tempat yang menarik untuk orang ramai untuk rileks di Kuala Lumpur dan Selangor.

Forest Research Institute Malaysia (FRIM)

image2 8

image14 6

FRIM terletak di Kepong, Kuala Lumpur, dan merupakan salah satu hutan perlindungan yang paling besar di Lembah Klang. Terdapat kolam semula jadi, air terjun dan trek jejak serta perkhidmatan menyewa basikal pada hari Sabtu dan Ahad. Yang paling menariknya ialah jambatan tergantung.

FRIM merupakan pilihan yang paling sesuai untuk mereka yang tidak menjangka cabaran yang tinggi. Hal ini disebabkan FRIM mempunyai keadaan jalan yang baik, dan pelawat juga boleh pilih untuk berjoging di sini.

Broga Hill

image5 9

image1 8

Mendaki Bukit Broga merupakan suatu perjalanan yang agak senang, dan ia sesuai bagi mereka yang ingin mencuba mendaki bukit buat kali yang pertama. Yang paling menariknya ialah pemandangan Broga Hill, terutamanya pada masa hari subuh. Pendaki dinasihatkan bermula pada pukul 5 pagi, kerana seluruh perjalan memakan masa selama 40 minit. Berada di atas puncak bukit, pendaki-pendaki dapat menghayati pemandangan tanah Selangor dan Negeri Sembilan.

Bukit Kiara

image6 8

image4 8

Bukit Kiara terletak berdekatan dengan Taman Tun Dr. Ismail. Mereka yang berjoging di TTDI boleh pilih untuk menjejak ke Bukit Kiara. Di samping itu, Bukit Kiara juga merupakan pilihan penunggang basikal lasak.

Bukit Gasing

image9 8

image7 9

image3 9

Bukit Gasing menjadi pilihan ramai kerana lokasi strategik yang terletak di Jalan Gasing, Petaling Jaya. Ia juga menjadi tempat kumpulan penduduk-penduduk berhampiran untuk menjejak bukit dan merehatkan mind. Bukit ini merupakan sebuah ladang getah pada masa yang lalu.

Gunung Apek

image11 9

image15 7

image13 8

Gunung Apek bukan untuk didaki oleh apek (orang tua) sahaja. Sepanjang perjalanan mendaki anda akan melalui sebatang sungai kecil, dan adanya tempat berehat. Selepas stesen ke-5, bolehlah belok ke kiri untuk ke air terjun tersebut. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Bukit Tabur

image12 6

image8 8

image10 9

Seluruh perjalanan mendaki Bukit Tabur mengambil masa 3 – 4 jam, dan puncak bukitnya tiada pokok sebaliknya hanya mempunyai batu-bata. Teknik pendakian dan tali keselamatan diperlukan. Namun begitu, pendakian ke Bukit Tabur  adalah agak berbahaya, dan ia memerlukan kebenaran dari FRIM Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *