Tapak Warisan UNESCO Yang Akan Membuatkan Anda Lebih Cintakan Malaysia

Tapak Warisan UNESCO Yang Akan Membuatkan Anda Lebih Cintakan Malaysia

Pada tahun 1988, Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi Konvensyen Perlindungan Warisan Kebudayaan dan Warisan Semula Jadi di mana lima buah tapak di negara ini telah dimasukkan ke dalam Senarai Tapak Warisan UNESCO. Peristiwa ini menjadi satu penghormatan buat rakyat Malaysia, dan siapa sahaja yang tidak berasa bangga dengannya?

Mari kita kenali tapak-tapak menakjubkan dan berkelas dunia yang menjadi kebanggaan negara ini.

Warisan Semula Jadi: Taman Negara Kinabalu

Tapak Warisan UNESCO Yang Akan Membuatkan Anda Lebih Cintakan Malaysia

Tapak Warisan UNESCO Yang Akan Membuatkan Anda Lebih Cintakan Malaysia

Terletak di Sabah, Taman Negara Kinabalu telah didirikan pada tahun 1964 dan ianya merupakan taman negara yang pertama di negara ini. Tempat ini merupakan tapak biologi terpenting di Malaysia yang mempunyai lebih 4,000 jenis flora dan fauna, ianya telah dimasukkan ke dalam Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2000.

Dengan keindahan semula jadinya, ramai pelancong – domestik dan luar negara – yang tertarik dengan Taman Negara Kinabalu ini.

Warisan Semula Jadi: Taman Negara Gunung Mulu

Tapak Warisan UNESCO Yang Akan Membuatkan Anda Lebih Cintakan Malaysia

Tapak Warisan UNESCO Yang Akan Membuatkan Anda Lebih Cintakan Malaysia

Merupakan salah satu daripada dua buah taman negara di Malaysia yang dimasukkan ke dalam Tapak Warisan Semula Jadi Dunia pada tahun 2000, setelah Taman Negara Bahrain. Taman Negara Gunung Mulu terkenal dengan hutan tropika, gua semula jadi, landskap batu dan juga kelawar liar. Tambahan pula, taman ini juga mempunyai lebih 1,500 tumbuhan berbunga.

Warisan Kebudayaan: Bandaraya Bersejarah Selat Melaka

Tapak Warisan UNESCO Yang Akan Membuatkan Anda Lebih Cintakan Malaysia

Tapak Warisan UNESCO Yang Akan Membuatkan Anda Lebih Cintakan Malaysia

Di dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia terdapat dua bandar bersejarah di negara ini: Melaka dan George Town. Bandar-bandar ini mengalami pertukaran budaya dan perdagangan selama 500 tahun di antara negara Timur dan negara Barat. Kita dapat lihat bahawa Bandaraya Bersejarah Selat Melaka ini sangat kaya dengan budaya tradisinya lebih-lebih lagi dari segi makanannya. Daripada makanan Portugis kepada makanan Nyonya hinggalah ke nasi ayam dan ais kacang tempatan, bandar ini tidak akan mengecewakan anda.

Tambahan pula, berdasarkan rekod sejarah Dinasti Ming, Cheng Ho telah melawat Melaka sebanyak lima kali dalam tujuh pengembaraan terkenalnya menuju ke Laut Barat. Inilah sebabnya mengapa Laksamana yang terkenal sewaktu Dinasti Ming ini mempunyai beberapa peninggalan kebudayaan di Melaka.

Satu lagi tarikan pelancong di bandar ini ialah tempat di mana anda boleh merasai warna-warni Melaka: Jonker Walk.

Tapak Warisan UNESCO Yang Akan Membuatkan Anda Lebih Cintakan Malaysia

Tapak Warisan UNESCO Yang Akan Membuatkan Anda Lebih Cintakan Malaysia

Penghargaan juga perlu diberikan terhadap integrasi budaya pelbagai etnik di George Town yang menjadikannya sebagai sebuah bandar yang termasuk di dalam senarai Tapak Warisan Dunia. Di sana terdapat bangunan yang melambangkan kewujudan bersama Cina, Melayu, India, England, Holland, Portugis dan juga budaya-budaya lain.

Warisan Kebudayaan: Lembah Lenggong

Tapak Warisan UNESCO Yang Akan Membuatkan Anda Lebih Cintakan Malaysia

Tapak Warisan UNESCO Yang Akan Membuatkan Anda Lebih Cintakan Malaysia

Tempat ini termasuk dalam salah satu tapak arkeologi paling berharga di Semenanjung Malaysia di mana tulang manusia paling lama – tulang rangka Perak – telah dijumpai. Tambahan pula, ahli arkeologi telah menemui tinggalan manusia prasejarah melebihi 180 juta tahun dahulu. Ini merupakan salah satu rekod manusia prasejarah terbesar di benua ini.

Selepas penemuan tulang di Perak, pihak berkuasa telah membina Muzium Lembah Lenggong yang membolehkan para pelawat untuk memahami dengan lebih mendalam tentang latar belakang sejarah muzium ini.

Menara Condong Teluk Intan

Tapak Warisan UNESCO Yang Akan Membuatkan Anda Lebih Cintakan Malaysia

Tapak Warisan UNESCO Yang Akan Membuatkan Anda Lebih Cintakan Malaysia

Akhir sekali, sudah semestinyalah Menara Condong Teluk Intan! Nampaknya, negara kita ini sememangnya kaya dengan warisan kebudayaan dan warisan semula jadi yang menjadikan lima buah tempat ini termasuk di dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *