Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Bali, Indonesia merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal di dunia. Sebelum berasa sedih dengan harga tiket penerbangan yang mahal, mari kami tunjukkan kepada anda cara terbaik untuk mendapatkan cuti santai gaya Indonesia! Dekati alam sekitar sambil menikmati percutian santai di Rina Balinese Resort!

Resort dengan reka bentuk ringkas tetapi menarik seolah-olah anda sedang berada di Bali!

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Sewaktu melepasi pagar resort, anda akan disapa dengan loceng buluh tradisional dan loceng angin, yang membuatkan anda berasa seolah-olah berada di Bali, Indonesia. Resort ini dipenuhi dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan, menawarkan anda syurga tropika.

Kagum dengan biliknya yang cantik dan sangat selesa

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Rina Balinese Resort mempunyai 11 buah bilik yang dihias cantik dengan gaya Bali. Setiap bilik mempunyai ruang yang luas dan dilengkapi dengan katil, almari baju, kaunter bar kecil dan peti ais mini. Terdapat juga TV LCD, bilik mandi dengan cermin besar dan pengering rambut.

Puaskan diri dengan masakan Indonesia yang sangat sedap di kolam makannya

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Kolam makannya merupakan salah satu kemudahan terbaik di resort ini. Ianya merupakan tempat makan yang menarik di mana anda boleh menikmati hidangan masakan Indonesia di kolamnya.

Berendam di dalam kolam renang air telaga

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Memandangkan musim panas semakin hampir, rendam badan anda di dalam kolam renang yang sejuk ini untuk melawan haba panas.

Rehatkan minda, badan dan jiwa anda dengan urutan tradisional Bali beraroma, urutan kaki tradisional, dan mandian herba jakuzi

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Rina Balinese Resort menawarkan urutan menenangkan yang akan menghilangkan tekanan anda. Terdapat juga urutan tradisional Bali beraroma, mandian wap herba dari kayu api, urutan kaki tradisional, skrub badan, rawatan kecantikan muka organik, mandian herba jakuzi, program kesihatan, lawatan ke kebun buah, memancing, berbasikal dan juga rekreasi alam semula jadi yang lain.
Resort ini sememangnya merupakan tempat yang terbaik untuk dilawati lebih-lebih lagi jika anda ingin menikmati keindahan Bali, Indonesia tetapi tiada duit yang mencukupi untuk membeli tiket kapal terbang. Sudah pasti akan merasai pengalaman yang tak dapat dilupakan!

Rina Balinese Resort
Lokasi: Lot 2525, Jalan Seelong Jaya 6, Kampung Seelong Jaya, 81400 Senai, Johor, Malaysia
Laman web rasmi: http://www.rbr.my
Jika anda berminat untuk bermalam di Rina Balinese Resort, sila isi borang ini: https://goo.gl/6I2sCm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *