Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Mereka yang gila kerja semestinya mengetahui betapa pentingnya hujung minggu! Ia merupakan satu-satunya masa dalam seminggu di mana anda boleh merehatkan minda dan manjakan diri sendiri.

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Jangan biarkan hari-hari sebegini berlalu tanpa menggunakan sepenuhnya! Memandangkan sekarang ini musim panas, basahkan diri dengan air sejuk di Bayou Lagoon Park Resort! Percutian berpatutan yang ada dalam jangkauan anda.

Pakej nilai bermula daripada RM160

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Bayou Lagoon Park Resort menawarkan pakej bernilai pada harga RM160 sahaja! Pakej ini termasuklah penginapan suite yang selesa, sarapan dan tiket untuk taman air, bukankah ianya suatu pengalaman paling menyeronokkan pada harga yang amat berbaloi?

Taman air

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Musim panas hanya muncul setahun sekali, tetapi menghabiskan masa seharian di bawah cahaya matahari sememangnya tidak menyeronokkan jika tidak berenang dan menyimbah diri sendiri dengan air yang menyejukkan! Resort ini menawarkan gelungsur air yang berwarna-warni dan penembak air comel bertemakan kartun yang sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang berhati kanak-kanak.

Suite yang selesa

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Pakej nilai termasuk suite yang selesa berbeza daripada tiga jenis suite pada harga biasa. Setiap bilik dilengkapi dengan tilam yang selesa, televisyen, penghawa dingin, kipas, internet wireless, dan semestinya bilik air yang bersih dan luas. Bukankah ianya akan menjadikan penginapan ini berbaloi untuk dicuba? Satu lagi perkara yang menarik tentang penginapan ini ialah, ianya hanya beberapa langkah sahaja dari taman air dan kemudahan hotel yang lain jadi anda tidak perlu menghabiskan masa mencari kemudahan tersebut dan nikmati masa anda secara santai.

Pelbagai Kemudahan

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Resort ini menawarkan jakuzi untuk anda rehatkan minda dan badan anda yang keletihan! Memandangkan gaya hidup sihat ini merupakan sesuatu yang amat penting kepada orang ramai, di dalam resort ini juga ada terdapat gimnasium yang anda boleh gunakan untuk kekal sihat semasa anda sedang bercuti.

Pawagam 9D

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Filem 3D membolehkan anda melihat lebih daripada itu, bagaimana pula dengan filem 9D? Ya, bukan 3D dan 4D tetapi 9D! Pawagam 9D ini membolehkan anda merasai seolah-olah anda merupakan sebahagian daripada filem tersebut kerana tempat duduk akan bergerak-gerak, merasakan adanya asap, bunga api, air dan juga suhu yang akan berubah-ubah! Pawagam 9D ini tidak termasuk di dalam pakej, tetapi jika anda teringin untuk merasai pengalaman menakjubkan ini, anda hanya perlu membayar RM16.

Muzium Seni Magik

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Di internet sekarang ini penuh dengan gambar-gambar fantasmagorik orang pada dinding 3D, anda pernah lihat tak salah satu daripadanya? Gambar comel pada dinding seni 3D ini membolehkan anda menangkap gambar epik gaya lucu anda! Dengan hanya RM28 (dewasa) dan RM22 (kanak-kanak), anda boleh merasainya di Bayou Lagoon Park Resort!

Lokasi yang bersesuaian

Bayou Lagoon Park Resort terletak 15 minit pemanduan dari bandaraya Melaka.
Bayou Lagoon Park Resort
Lokasi: Amari Villa, Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, Melaka
No untuk dihubungi: 06-233 0888/ +6013-286 8750
Laman web rasmi: http://www.bayoulagoon.com.my/