Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Apabila kita rasa ingin bersantai merehatkan badan, kita memilih untuk pergi ke Melaka. Sekarang ini, terdapat sebuah tempat baru yang menarik untuk anda habiskan masa di tengah-tengah bandar Melaka! Backyard Rio Melaka akan memberikan kepada anda pengalaman bermalam di tempat penginapan yang tidak akan dapat anda lupakan!

Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Backyard Rio Melaka terletak 600 meter jauh dari Porta de Santiago dan Kuil Sambo. Apartmen ini terletak menghadap Sungai Melaka dan menawarkan pemandangan menakjubkan bandar Melaka. Walaupun anda hanya duduk di dalam apartmen sahaja, anda masih lagi boleh meninjau Melaka dengan pantas! Biliknya sangatlah luas dengan hiasan dalaman yang anggun. Sudah tentulah ianya merupakan satu lagi sebab mengapa anda perlu melawat Melaka!

Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Apartmen ini boleh memuatkan sehingga 6 orang dan sangat sesuai untuk ahli keluarga atau sekumpulan kecil rakan-rakan anda. Terdapat 2 buah bilik tidur dengan 3 buah katil besar yang dilengkapi pendingin hawa dan juga kelengkapan lain seperti TV skrin rata, Wifi percuma, ruang tamu berpendingin hawa, dapur, makanan ringan dan juga kelengkapan peribadi.

Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Anda boleh tinggal di apartmen ini dengan hanya membayar RM358 untuk satu malam ditambah dengan cas perkhidmatan RM45, yang mana jumlah keseluruhannya ialah RM403 sahaja! Untuk menambah bilangan tetamu, anda hanya perlu menambah RM70! Apartmen ini sangatlah selesa dan mudah untuk anda bergerak ke tempat tarikan pelancong di Melaka kerana jaraknya yang dekat.

Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *