Panduan trip ke Pulau Ketam

Panduan trip ke Pulau Ketam

Pulau Ketam ialah sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia. Pulau ini diasaskan sekitar tahun 1880. Cara untuk sampai ke sini ialah dengan menaiki feri dari Pelabuhan Klang. Pulau ini dihuni oleh nelayan-nelayan berbangsa Cina semenjak Perang Dunia Kedua.

Di Pulau Ketam ini terdapat sekolah, balai polis, klinik kesihatan dan pelbagai kemudahan asas lain untuk kegunaan masyarakat tempatan. Dianggarkan terdapat lebih 8000 orang menetap di Pulau Ketam ini. Apa yang menarik di Pulau Ketam ini selain daripada rumah kayu yang dibina di atas air, pulau ini juga bebas daripada segala kenderaan bermotor. Ini bermaksud segala jenis kenderaan lain yang berenjin dilarang sama sekali digunakan di sini kecuali basikal. Tak ada kereta dan motorsikal di Pulau ketam ini.

Oleh sebab itulah, bila anda berkunjung atau melawat ke Pulau Ketam ini anda akan hanya dapat melihat penduduk-penduduk tempatan di sini menggunakan basikal sebagai mod pengangkutan utama mereka untuk bergerak ke sana sini.

  • Panduan trip balik hari untuk ke Pulau Ketam yang mudah sahaja.
visitklang.my
visitklang.my
visitklang.my
visitklang.my
visitklang.my
visitklang.my
visitklang.my
visitklang.my

Cara paling senang dan mudah untuk ke Pulau Ketam adalah dengan menaiki KTM Komuter hingga ke stesen hentian terakhir iaitu di Pelabuhan Klang. Kos tambang komuter pergi dan balik dari KL Sentral adalah lebih kurang RM10 sahaja untuk seorang.Dari Stesen KTM Pelabuhan Klang, cari Terminal Penumpang Antarabangsa ASA Pelabuhan Klang yang terletak betul-betul di depan stesen tren. Jalan kaki masuk ke dalam sana dan akan kelihatan penunjuk arah untuk menuju ke Terminal Feri ke Pulau Ketam.

Untuk menaiki feri ke Pulau Ketam, setiap penumpang dikenakan bayaran sebanyak RM 7.00 seorang untuk perjalanan sehala. Tiket boleh didapati dan dibeli di dalam feri semasa bot sedang bergerak. Akan ada konduktor yang bertugas di dalam feri mengutip duit dari setiap penumpang untuk urusan pembelian tiket nanti.

Jarak masa perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam mengambil masa lebih kurang hampir 45 minit. Feri berhenti dua kali sepanjang perjalanan. Feri mula-mula akan berhenti kali pertama di Sungai Lima, manakala bagi mereka yang ingin ke Pulau Ketam boleh turun di hentian terakhir yang seterusnya iaitu di Pulau Ketam.
  • Cara Hidup Kampung di Pulau Ketam

Sampai di Pulau Ketam, anda boleh memilih untuk berjalan kaki atau menyewa basikal. Ada banyak kedai-kedai yang menawarkan khidmat sewaan basikal.

Untuk menyewa basikal, modal sebanyak RM 5.00 dikenakan untuk sebuah basikal tanpa had masa. Kayuhlah puas -puas sampai ke petang atau pun malam. Maksudnya di sini seharian anda boleh berkayuh dalam Pulau Ketam kalau anda betul-betul kuat.

visitklang.com
visitklang.com
visitklang.com
visitklang.com
visitklang.com
visitklang.com

Seharian di Pulau Ketam sebenarnya tak berapa cukup dan memang tak akan habis untuk teroka jalan-jalan yang ada dalamnya. Kalau anda datang awal pagi, mungkin ada banyak masa untuk anda menerokai Pulau Ketam ini.

Untuk makluman, feri terakhir untuk balik dari Pulau Ketam ke Pelabuhan Klang akan bertolak lewat petang. Bagi yang nak berkunjung ke Pulau Ketam dinasihatkan datang seawal pagi untuk merasai sendiri suasana di pekan kecil Pulau Ketam. Terdapat kopitiam dan pakcik-pakcik tua berbual kosong sambil baca naskah suratkhabar.

Credit google search
Credit google search
Credit google search
Credit google search

Bagi pengunjung muslim pula yang ingin mencari makanan halal di Pulau Ketam ini tak perlu risau. Ada beberapa kedai makanan halal di Pulau Ketam ni.

Tips untuk anda yang bakal berkunjung ke Pulau Ketam, cari kedai hujung yang dimiliki oleh seorang lelaki Kedah. Kedai tersebut  menyediakan pelbagai masakan halal.

Jika anda tersesat di Pulau Ketam, usah risau. Penduduk-penduduk di sini bakal membantu anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *