Midori Concept Hotel: Hotel Berdindingkan Tumbuhan Hijau di Gunung Austin

Midori Concept Hotel: Hotel Berdindingkan Tumbuhan Hijau di Gunung Austin

Apabila bercakap tentang Gunung Austin, anda mesti terfikirkan tentang taman air, makanan dan juga minumannya, kan? Tetapi tahukah anda bahawa di kawasan ini terletaknya hotel berdindingkan tumbuhan hijau – Midori Concept Hotel? Ya, sebaris dengan binaan bangunan keluli dan dan konkrit ini berdirinya hotel ini dengan konsepnya yang unik yang akan menghidupkan sisi cintakan alam sekitar anda!

Mencari taman hijau di tengah-tengah kebisingan bandar

Midori Concept Hotel: Hotel Berdindingkan Tumbuhan Hijau di Gunung Austin

Midori Concept Hotel: Hotel Berdindingkan Tumbuhan Hijau di Gunung Austin

Midori Concept Hotel: Hotel Berdindingkan Tumbuhan Hijau di Gunung Austin

Midori Concept Hotel: Hotel Berdindingkan Tumbuhan Hijau di Gunung Austin

Setiap individu yang mencintai alam sekitar sudah semestinya akan menyukai reka bentuk luaran Midori Concept Hotel ini kerana ianya dipenuhi dengan tumbuhan hijau yang menambah lagi kehijauan Gunung Austin. Tanaman di dinding hotel ini menggunakan 80% tumbuhan sebenar yang mana bukan sahaja memerlukan baja siram secara kerap bahkan juga kadang-kadang memerlukan penanaman semula.
Bagi reka bentuk dalamannya pula, ianya merupakan kombinasi antara reka bentuk moden yang cantik dengan persekitaran yang menyegarkan. Tambahan pula, Midori dikenali dengan peralatannya yang berteknologi tinggi seperti sistem elektronik skrin sentuh yang membolehkan anda memilih perkhidmatan membersihkan bilik dan juga perkhidmatan yang lain. Selain itu, hotel ini turut menggunakan sistem suis pintar, sebuah sistem berteknologi tinggi yang memelihara alam sekitar.
Untuk mengekalkan suasana persekitaran hotel ini, kesemua sudut hotel dihiasi dengan tanaman hijau dan tumbuhan dalam pasu yang ditanam oleh pemilik hotel sendiri. Penapis udara semula jadi ini bukan sahaja membawa tona warna segar tetapi juga menghapuskan bau-bauan tidak menyenangkan yang terdapat di dalam ruangan tertutup hotel ini. Midori Concept Hotel turut menggunakan system pencahayaan yang berbeza daripada hotel-hotel lain. Bumbung hotel ini dilengkapi dengan kaca lutsinar yang menapis cahaya matahari dan menggantikannya kepada peralatan pencahayaan tiruan.

Bilik yang luas dan mewah

Midori Concept Hotel: Hotel Berdindingkan Tumbuhan Hijau di Gunung Austin

Midori Concept Hotel: Hotel Berdindingkan Tumbuhan Hijau di Gunung Austin

Midori Concept Hotel: Hotel Berdindingkan Tumbuhan Hijau di Gunung Austin

Midori Concept Hotel mempunyai 45 buah bilik tetamu, termasuklah 4 buah suite junior VIP yang boleh dipilih oleh tetamu. Setiap bilik mempunyai hiasan tersendiri, daripada gaya retro British kepada bilik bertema hitam putih dan tema-tema lain, di mana para tetamu boleh merasai pengalaman tinggal di tempat penginapan yang unik. Terdapat perabut-perabut, tumbuhan hijau di dalam pasu yang terdapat di setiap bilik, ruang hijau dalam bangunan dan juga bilik mandi yang lengkap! Apa lagi yang anda mahu?

Sesuai menjadi destinasi bulan madu dan tempat mengadakan parti

Midori Concept Hotel: Hotel Berdindingkan Tumbuhan Hijau di Gunung Austin

Selain merupakan destinasi percutian yang terbaik, Midori Concept Hotel turut menyediakan tempat untuk mengadakan parti dan juga majlis perkahwinan selain menjadi destinasi untuk berbulan madu! Ianya bukan sahaja disebabkan hotel ini mempunyai suasana dan hiasan yang cantik, tetapi juga disebabkan suasana mesranya di mana terdapat belon-belon, lilin-lilin, kelopak-kelopak mawar dan pelbagai lagi yang sangat sesuai dengan suasananya!
Sama ada anda ingin menyambut hari lahir, perkahwinan, atau bulan madu anda, hotel ini sentiasa tebuka untuk anda!
Cari ketenangan di tengah-tengah kesibukan bandar di Gunung Austin ini!

Midori Concept Hotel
Lokasi: 57, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100, Johor Bahru
No telefon: 07-3646 555
Laman web rasmi: http://www.midoriconcepthotel.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *