Lima Tempat Menarik di Johor yang Perlu Anda Lawati Sekarang!

Lima Tempat Menarik di Johor yang Perlu Anda Lawati Sekarang!

Legoland? Johor Premium Outlet? Hello Kitty Town? Itu sudah mainstream. Apa kata kami bawakan tempat-tempat yang jarang orang pergi.

Meskipun terletak di selatan, Johor turut menjadi tumpuan pelancong kerana kaya dengan destinasi pelancongan semula jadi. Pantainya juga cantik. Setiap daerahnya mempunyai tempat yang bersejarah dan menarik untuk dilawati. Makanannya juga unik jika dibandingkan di negeri lain.

Lima Tempat Menarik di Johor

Jika anda merancang ke Johor pada cuti sekolah akan datang, jangan lupa masukkan tempat-tempat di bawah dalam senarai kunjungan.

  • Pulau Rawa, Mersing
Pulau Rawa, Mersing
Pulau Rawa, Mersing

Ini adalah antara pulau tercantik di Malaysia. Jangan ingat Terengganu sahaja ada Pulau Rawa. Johor juga ada Pulau Rawa. Dikatakan, dahulunya adalah pulau persendirian atau dipanggil private island. Kini menjadi salah satu destinasi pelancongan pilihan.

Pulau Rawa, Mersing
Pulau Rawa, Mersing
  • Muzium Bugis, Pontian

Dimiliki oleh orang perseorangan, muzium ini mempamerkan koleksi peribadi yang banyak dipengaruhi oleh adat resam masyarakat Bugis merangkumi senjata lama, pakaian tradisional, perhiasan diri dan peralatan. Ia sering dijadikan tempat rujukan oleh pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi yang ingin mempelajari sejarah dan warisan Bugis.

Muzium Bugis,Pontian
Muzium Bugis,Pontian
  • Tanjung Piai, Pontian

Terkenal dengan restoran makanan laut, ia menjadi tumpuan penggemar hidangan ini. Kebanyakan restoran ini terapung di atas laut. Tanjung Piai dikelilingi dengan hutan paya bakau yang masih cantik dan belum terdedah pada pencemaran mahupun pembangunan.

Ia juga menjadi habitat untuk hidupan laut, haiwan liar dan burung eksotik. Sebuah mercu tanda yang menandakan Tanjung Piai sebagai ‘Tanah Terselatan Benua Asia’dibina oleh kerajaan negeri Johor untuk tatapan pengunjung yang datang ke sini.

Tanjung Piai
Tanjung Piai
  • Pulau Aur, Mersing

Johor ada pulau? Ingatkan cuma Legoland dan Hello Kitty Land sahaja. Terletak di sebelah pantai timur di daerah Mersing, Pulau Aur adalah khazanah yang cukup cantik.

Legoland? Johor Premium Outlet? Hello Kitty Town? Itu sudah mainstream. Apa kata kami bawakan tempat-tempat yang jarang orang pergi.

Meskipun terletak di selatan, Johor turut menjadi tumpuan pelancong kerana kaya dengan destinasi pelancongan semula jadi. Pantainya juga cantik. Setiap daerahnya mempunyai tempat yang bersejarah dan menarik untuk dilawati. Makanannya juga unik jika dibandingkan di negeri lain.

  •  Taman Negara Pulau Kukup, Pontian

Pulau kukup

Bagi yang suka dikelilingi oleh panorama menghijau, Pulau Kukup yang telah diwartakan sebagai Taman Negara Johor malah diiktiraf sebagai tapak Ramsar oleh Biro Persidangan Ramsar di Geneva wajib dikunjungi.

Ia dipenuhi dengan pokok bakau yang memberi perlindungan dan makanan kepada hidupan laut secara tidak langsung memberi kelangsungan hidup nelayan di situ. Daya tarikan utama di sini adalah jambatan gantung yang merentangi Sungai Ular dan menara pemerhati . Dari atas, pengunjung dapat melihat suasana di perkampungan nelayan, kelong yang menjadi tempat pembiakan hidupan laut dan burung-burung berterbangan di kawasan pokok bakau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *