Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Pernahkah anda berasa letih walaupun setelah tidur beberapa jam? Rasa bosan dengan kerja harian anda? Rasa tidak tahu lagi bagaimana untuk mengharungi kehidupan anda? Mungkin anda terlalu memaksa diri sendiri melebihi kemampuan anda. Kata orang, waktu yang terbaik untuk anda berehat ialah sewaktu anda sebenarnya tiada masa pun untuk berehat.

Maksud saya, anda sendiri berhak untuk mendapatkan rehat yang memuaskan untuk lari daripada pelbagai tekanan. Jadi, apa kata anda lari jauh daripada kesibukan bandar dengan pergi ke sebuah tempat yang tenang? Anda mungkin berminat untuk meninjau sebuah tempat di Kulai, Johor ini yang akan memberikan kepada anda apa yang anda mahukan.

Selamat Datang ke GARDEN KUAN!

Sebuah Bed & Breakfast di kaki gunung!

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Bayangkan betapa santainya rasa jika dapat berada di sebuah tempat yang terdapat di kaki gunung? Di sini, anda dapat mendakap keindahan alam semula jadi, merasai angin bayu yang bertiup pada kulit anda dan melihat tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan yang terdapat di sekelilingnya. Tekanan yang anda rasai sudah semestinya akan melayang pergi di tempat yang menarik ini.

Chalet dengan gaya Eropah: Destinasi terbaik untuk percutian

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan terdiri daripada lima buah teratak kecil yang menawan hati di mana para tetamu boleh menikmati teratak dengan 4 buah bilik dan juga teratak dengan 4 buah bilik berkembar. Jangan pandang rendah dengan saiznya yang kecil kerana kesemua teratak mempunyai kelengkapan yang cukup dan juga amatlah selesa!

Lihatlah haiwan-haiwan comel merayau-rayau hanya di luar teratak anda

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Haiwan-haiwan comel yang ditemui merayau-rayau di sekitar kawasan halaman menambah lagi keindahan tempat ini! Lihat dan mainlah bersama dengan monyet dan anjing yang mesra ini di samping melihat kolam yang dipenuhi dengan ikan-ikan kecil dan itik-itik yang berenang bebas. Di sana juga terdapat banyak ayam dan angsa yang merayau di sekitar taman.

Ketahui misteri alam semula jadi

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Memandangkan lokasinya yang terletak di kaki gunung, tidak pelik jika anda dapat melihat pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan juga kolam yang dipenuhi dengan bunga teratai! Mari kita lihat sama ada anda tertarik atau tidak dengan pemandangannya!

Nikmati roti buatan sendiri dan juga makanan lain yang meliurkan!

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

 

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Jika anda menikmati teratak dengan pemandangan di luar pintunya yang cantik, sudah tentu makanan yang disediakan di atas mejanya juga akan membuatkan anda lebih jatuh cinta dengan Garden Kuan! Jamu selera anda dengan pelbagai pilihan lauk dan juga roti buatan sendiri.
Bersedialah dengan perut anda untuk menikmatinya!

Garden Kuan
Lokasi: Jalan Padang Tembak, 86000 Kluang, Johor, Malaysia
No telefon: 011-1081 6657 (Mr. Kuan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *