Eco Bed & Breakfast – Homestay Johor yang mesra alam

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Kita boleh lihat sebab mengapa para pelancong mahupun mereka yang hanya mahu menghabiskan hujung minggu gemar untuk tinggal di homestay bed & breakfast. Selain daripada sesuai untuk anda bergambar bagi Instagram, homestay selalunya mempunyai aura selesa yang menjadikan percutian lebih bermakna.
Di Johor Bahru terdapat pelbagai homestay dengan pelbagai gaya, reka bentuk dan konsep. Salah satu daripada homestay yang terbaik di sana ialah Eco Bed & Breakfast. Mari kami tunjukkan kawasan sekitarnya kepada anda.

Hiasan dalamannya yang berwarna putih membuatkan seluruh tempat ini nampak cantik dan ceria

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Warna putih melambangkan kesucian dan kebersihan. Tidak hairanlah jika homestay ini bejaya membuatkan tetamunya jatuh cinta dengan setiap sudut tempat ini.Hiasan dalaman berwarna putih yang cantik ini menjadikan seluruh kawasannya menarik dan menyegarkan!

Bingkai katil yang menarik menambah lagi kecantikan ruangnya

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Satu perkara terbaik yang kami suka tentang homestay ini ialah reka bentuk seluruh tempat ini selain daripada bilik-biliknya yang selesa. Siapa sahaja yang tidak mahu berehat-rehat dan tidur di bilik secantik ini? Yang terbaiknya, Eco Bed & Breakfast tahu bagaimana untuk membuatkan tetamunya rasa kagum dengan ruangnya yang terhias indah. Katil-katilnya ringkas sahaja tetapi masih lagi menarik. Terdapat juga katil dengan bingkai yang comel, katil buaian, dan katil berbentuk bulat yang membantu anda berehat!

Tempat ini sememangnya mesra alam sekitar!

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Eco B & B merupakan homestay mesra alam sekitar yang menyediakan perabut dengan reka bentuk dan susunan yang mesra alam sekitar. Misi Eco B & B ialah untuk membangkitkan kesedaran terhadap alam sekitar dalam diri setiap pelancong.

Penuhkan perut anda dengan sarapan pagi gaya Barat yang lazat

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Seperti mana namanya, homestay ini membolehkan anda berehat-rehat mendapatkan tidur malam yang lena di atas katilnya yang selesa dan bangun pada waktu pagi dengan bau sarapan organik yang sangat sedap.

Lihat keindahan taman di belakang rumah dengan pemandangan yang menenangkan

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

MENARIK….kan? Siapa sahaja yang tidak mahu menikmatinya? Kesemuanya yang anda mahukan anda di sini: bersih, selesa, tenang, cantik, berpatutan dan juga mesra alam sekitar! Cukup kesemuanya.

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Untuk mendapatkan percutian yang terbaik dan tidak dapat dilupakan, kunjungilah Eco Bed & Breakfast!

Eco Bed & Breakfast

Lokasi: No. 42, Jalan Setia Tropika 9/6, Taman Setia Tropika, Kempas, 81200 Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *