Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Sewaktu kita masih lagi bersekolah, kita pernah mempelajari tentang budaya-budaya lain dan juga jenis-jenis rumah. Sebagai contoh, orang Eskimo tinggal di dalam iglu, orang nomad pula tinggal di dalam yurt/ger Mongolia, sebuah khemah mudah alih berbentuk bulat yang dilitupi dengan kulit haiwan.Kita juga selalu bayangkan besar manakah khemah tersebut, adakah di dalam khemahnya rasa panas? Sejuk? Selesa ke? Siapa sangka, kita tidak perlu lagi pergi ke Mongolia untuk melihat yurt Mongolia! Di Johor, terdapat sebuah hotel yang menawarkan unit pondok Mongolia! Anda sudah bersedia untuk mengalami pengalaman bermalam yang tidak dapat dilupakan? Mari kita terokai CSA Recreation Wellness Centre, hotel/ tapak perkhemahan pertama di Malaysia yang menawarkan pengalaman tinggal di yurt Mongolia.

Bersantai di tempat penginapan yang unik

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

CSA menawarkan 5 buah unit pondok Mongolia yang unik dan sangatlah selesa dilengkapi dengan 8 buah katil dan pendingin hawa. Pondok ini ringkas sahaja rupanya tetapi masih lagi selesa dan menarik. Sudah tentu anda boleh menikmati tidur malam yang nyenyak. CSA juga mempunyai 6 buah kolam renang spa dan juga 8 buah bilik mengurut untuk anda mendapatkan pengalaman bersantai yang terbaik!

Yurt tradisional yang ringkas dan cantik ini membolehkan anda menikmati waktu anda

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Yurt tradisional ini akan membuatkan para tetamu berasa seperti benar-benar sedang berada di yurt Mongolia. Walau bagaimanapun, unit ini masih lagi mempunyai sentuhan moden, sebagai contoh, terdapat pendingin hawa, bekalan elektrik, kipas, dan juga katil yang selesa. Yurt ini turut menyediakan mandian herba seperti serai, cuka, limau bali, teh, air, garam terapi, terapi lumpur dan lain-lain yang membantu menjadikan tetamu lebih santai.

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Pemandangan indah dan romantik yang sesuai untuk gambar perkahwinan anda

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Terletak di antara bukit yang membolehkan anda melihat selat Johor, CSA menawarkan pemandangan menyegarkan yang memukau mata. Yurt tradisional dan juga tempat yang cantik ini boleh menjadi latar belakang bagi gambar perkahwinan anda!

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Mengagumkan, kan? Terima kasih kepada CSA Recreation Wellness Centre, sekarang ini kita semua boleh merasai pengalaman bagaimana untuk tinggal di yurt tradisional!

CSA Recreation Wellness Center

Lokasi: JAP 40/ 10-2 Kampung Air Puteh, Kg Sawah Pekan Nanas, Pontian Kechil, Johor, Malaysia
No telefon: 018-761 2288
Kredit gambar: Laman Facebook CSA Recreation Wellness Center

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *