Bercuti di atas kapal layar Le Cochon Noir Langkawi

image3 4

Sebahagian besar daripada kita bermimpi mempunyai percutian tidak dapat dilupakan. Sama ada percutian di tengah-tengah tasik, perkhemahan di kawasan pergunungan, bermalam di sebuah hotel mewah, atau percutian mewah di atas kapal layar! Ramai orang berfikir bahawa percutian kapal layar hanya untuk golongan kaya dan selebriti. Jangan hilangkan harapan anda, kini Le Cochon Noir V bakal membuat impian anda menjadi kenyataan!

Le Cochon Noir V ialah kapal layar bersaiz 76 ft dibina di Perancis. Tetapi ia kini berada di Malaysia atau lebih tepat lagi di Royal Langkawi Yacht Club.

image2 4

image6 4

Kecil dan elegan.

Walaupun kecil, kapal layar ini lengkap dengan rekaan elegan . Tidak begitu luas tetapi sebaik sahaja anda memasuki kapal layar itu, anda akan terkejut dengan keindahan dekorasi di dalamnya. Turut dilengkapi dengan penghawa dingin, mesin basuh, katil yang selesa, bilik mandi, dapur, dan lain-lain keperluan.

image9 3

image7 3

image8 3

image4 3

Pemandangan indah menanti anda setiap saat.

image5 3

Jika anda masih perlu bekerja walaupun sedang bercuti, kapal layar ini pasti sempurna untuk anda. Terdapat ruang untuk anda meletakkan komputer peribadi. Di samping itu juga, ruang tersebut turut diserikan dengan pemandangan lautan yang sungguh mendamaikan. Anda pasti dapat melakukan pekerjaan dalam keadaan yang penuh ketenangan. Selain itu juga, lokasi kapal layar ini hanya terletak beberapa minit dari pasar yang berdekatan.

image1 7

Terdapat satu peralatan pandang maju dan TV atas kapal layar. Pengunjung boleh duduk dan menikmati pemandangan sekeliling tanpa perlu ke luar. Damaikan mata anda dengan pandangan menawan dari atas dek sambil menikmati angin laut yang nyaman!

Lokasi : Royal Langkawi Yacht Club, Jalan Dato Syed Omar, Kuah, 07000 Langkawi.

Tempahan : https//www.airbnb.com/rooms/16408465

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *