12 tempat makan ais kacang dan ice cream di Kuala Lumpur

12 tempat makan ais kacang di Kuala Lumpur

Oriental Dessert @ Lot 10

Oriental Dessert @ Lot 10

Oriental Dessert @ Lot 10

Ice kacang merupakan makanan yang unik di Malaysia dan Singapura, di mana ais batu dipenuhi pelbagai kacang dan bahan-bahan lain seperti cendol, cincau, jagung, dan pemanis. Ais kacang merupakan kenangan zaman kanak-kanak bagi kebanyakan orang. Gerai di Lot 10 ini menggunakan Gula Melaka yang tulen, dan tidak kedekut dengan kacang merah, jagung, cincau, cendol dan kacang. Yang paling penting, harganya adalah murah bagi sebuah gerai yang berada di pusat bandar.

Alamat : LG Floor, Lot 10 Shopping Centre,50 Jalan Sultan Ismail,50250 Kuala Lumpur,Malaysia

The Last Polka @ Jaya One, Marmalade & Whisk

The Last Polka

The Last Polka

The Last Polka diibaratkan ais krim buatan tangan yang paling sedap di seluruh Kuala Lumpur. Dengan adanya sebuah mesin membuat ais krim yang kecil, dua pengasasnya memperbanyakkan pilihan ais krim mereka dengan kreativiti masing-masing, iaitu dengan memasukkan unsur tempatan ke dalamnya, seperti teh tarik, gula melaka dan pandan. Begitulah lahirnya jenama The Last Polka.

Dalam 3 tahun yang lalu, The Last Polka telah memperkenalkan lebih daripada 10 jenis ais krim yang berlainan rasanya, seperti rum kismis, coklat hitam, gula Melaka masin, mangga, strawberi dan keju, teh tarik dan sebagainya. Pada musim durian yang lalu, mereka turut memperkenalkan ais krim rasa durian.

Alamat : The Bee (Jaya One, Publika), Marmalade (Bangsar Village II), Whisk (1 Utama)

Telefon : 03-5611 808

Ice Room @ Shamelin, Cheras

Ice Room cheras

Ice Room cheras kuala lumpur

Ice Room mempunyai beberapa cawangan di kawasan Kuala Lumpur, dan banyak dibincangkan oleh pelanggan di Internet. Ice Room juga mendapat undi yang paling banyak sebagai kedai ais krim yang paling bagus di Kuala Lumpur. Rasa mangga dan bijan merupakan rasa ais krim mereka yang paling popular. Bagi kebanyakan orang, ais krim yang dijual oleh Ice Room adalah lembut gebu, dan terus cair apabila dimasukkan ke dalam mulut.

Ice Room Nilai : 06-8506467
Ice Room Cheras / Shamelin: 03-92811586
Ice Room Port Dickson : 06-6479808
Ice Room Bandar Baru Bangi : 03-89271501
Ice Room Kajang : 03-8503754
Ice Room Banting : 016-6500118
Ice Room Kota Damasara : 03-61428727

Fradoo ABC @ Shah Alam

Fradoo ABC

Fradoo ABC shah alam

Ia merupakan sebuah gerai ABC yang agak terkenal di kawasan Shah Alam, dan setiap pelajar UiTM mesti pernah merasainya. Fradoo ABC disambut baik oleh ramai pelajar, terutamanya orang Melayu, dan harganya yang murah iaitu RM3 sahaja.

Alamat : Fradoo ABC, Medan Selera Section2 Shah Alam

N Brew @ Sunway Pyramid, E-curve

N Brew sunway

N Brew

N Brew

Marilah cuba ais krim N Brew yang dibuat on the spot. Selain ais krimnya yang sedap, anda juga dapat melihat “magik” pekerjanya membuat ais krim dengan gas nitrogen. Ais krim rasa durian mereka adalah syok dicairkan dalam mulut anda.

Laman web : nbrewinternational.com

Snowflake

Snowflake kuala lumpur

Snowflake ss15

Snowflake adalah diasaskan oleh seorang lelaki Taiwan yang bernama Jimmy pada tahun 2009 di Subang Jaya SS15. Ini adalah kedai Snowflake yang pertama di Malaysia. Isteri beliau merupakan seorang orang Malaysia, maka beliau pun memilih untuk menetap di sini. Beliau ingin memperkenalkan makanan Taiwan di Malaysia, lalu beliau menyediakan semua bahan makanan dengan tangan.

Makanan yang paling popular grass jelly dan taro-nya. Grass jelly mereka tidak berasa pahit, sebaliknya enak dimakan.

ABC dan Cendol @ Jalan Kepong Bahru

ABC dan Cendol Jalan Kepong Bahru

 Cendol Kepong Bahru

Ia sememangnya akan memperingatkan anda tentang kenangan zaman kanak-kanak dengan ABC dan cendol yang ditambah dengan kacang, kacang merah, dan rambutan.

Alamat : Fei Zai Long Za Xue Dang Jalan Kepong Bahru,52100 Kuala Lumpur, Malaysia

Crumbs Frozen Yogurt @ Pavilion

Crumbs Frozen Yogurt

 

Crumbs Yogurt mendapat sambutan yang menggalakkan di Hong Kong beberapa tahun yang lalu, dan kini akhirnya sampai di Malaysia. Yogurt yang enak lagi sihat ini boleh dipilih toppings-nya mengikut sesuka hati – “Crumbs” esklusif di kedai mereka, mochim orea, strawberi, M&Ms dan sebagainya.

Thap Thim Krob, Krathong Thai Restaurant @ Sri Petaling

Krathong Thai Restaurant @ Sri Petaling

Krathong Thai Restaurant @ Sri Petaling

Pencuci mulut Thailand yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Restoran ini terkenal dengan pencuci mulut Tahiland tradisional, iaitu Thap Thim Krob.

Alamat : Krathong Thai Restaurant
D1 & D2, Glass City, Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling (011-1176 5202)

Nasi Lemak Gelato, Cielo Dolci @ Paradigm

Nasi Lemak Gelato

Nasi Lemak Gelato

Betul, ais krim berperisa nasi lemak! Jika anda ingin merasa sesuatu yang baru, Cielo Dolci menjual Nasi Lemak Gelato yang pasti membuka mata anda. Seperti nasi lemak yang anda kenali, ditambah dengan sambal, ikan bilis dan kacang, tetapi ia adalah sejuk!

K.T.Z @ SS2

K.T.Z SS2

K.T.Z subang jaya

Ais batu dengan mangga yang dijual oleh mereka adalah sangat enak sekali.

Cendol Pulut, Cendol Klang @ Klang

Cendol Pulut merupakan makanan unik di Malaysia. Ia ditambah dengan cendol, gula melaka dan beras pulut.

Cendol Pulut klang

klang Cendol Pulut

Alamat : Cendol Klang 78 Jalan Nanas, Kawasan 18, 41400 Klang, Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *