9 destinati bercuti Malaysia yang menenagkan hati

Destinati unik dan menenangkan hati di Malaysia

Ingin merehatkan minda dan hati dari kerja-kerja harian tetapi tidak ingin pergi ke luar negara? Malaysia cukup terkenal dengan tempat-tempat pelancongan yang unik. Di sini, kami ingin memperkenalkan beberapa tempat penginapan yang berkonsepkan tema hutan.

Sekeping Serendah

Sekeping Serendah direkabentuk oleh Seksan Design terletak di Serendah, Selangor. Ia berada di jarak lebih kurang sejam memandu dari Kuala Lumpur.

Konsep dan reka bentuknya di samping lokasinya yang dikelilingi pokok telah menarik perhatian orang bandar untuk bercuti di tempat ini. Sekeping Serendah merupakan sebuah tempat yang senyap, di mana tiada kebisingan kereta dan hebohan orang jalanan.

Sekeping Serendah mempunyai 10 bangunan yang berbeza jenis, sebuah kolam renang, 2 rumah kaca, 2 rumah papan, 2 kargo, 2 rumah simen, dan 2 rumah kaca kecil.

Sekeping Serendah

Sekeping Serendah

Sekeping Serendah

Alamat : Chalet, Jalan Ipoh, Kampung Orang Asli, Serendah, Rawang, Kuala Lumpur, Malaysia 48200.

Harga : RM280 – Rm1300 (Seluruh rumah)

GPS: N3.368050, E101.631150

The Shorea

The Shorea terletak di Jelebu, Negeri Sembilan, dan mempunyai 4 buah chalet. Di sini tiadanya televisyen, agar pengginap dapat menikmati kesenyapan semasa berada di sini.

Setiap chalet mempunyai sebuah dapur dan sebuah ruang masak yang besar, dan membolehkan pengginap menyediakan makanan malam dengan sendiri. Aktiviti lain yang boleh dibuat termasuklah berenang di dalam kolam renang dalaman.

Bagi mereka yang bercadang untuk bercuti di tempat yang menyenangkan hati dan minda, The Shorea semamangnya merupakan pilihan yang baik sekali.

The Shorea negeri sembilan

The Shorea negeri sembilan

Alamat : Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, Negeri Sembilan , Malaysia, 71770.

GPS : N2.801593, E102.015846

The Dusun

Terletak berhampiran dengan tempat perlindungan Hutan Lipur Jeram Toi. The Dusun mempunyai 5 buah chalet, dan setiap chalet mempunyai keunikan sendiri. Pengginap dapat menikmati pemandangan di setiap chalet dan mengekalkan privasi sendiri.

Chalet yang paling besar dapat menampung 19 orang, wah!

The Dusun

The Dusun kuala lumpur

The Dusun negeri sembilan

Alamat : 3437, Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, 71770 Seremban ,Negeri Sembilan, Malaysia.

GPS : N2.7983298, E102.0145690

Awanmulan

Sebuah chalet yang turut terletak di kawasan tinggi Jelebu, Negeri Sembilan. Awanmulan mempunyai 3 buah bilik besar, 2 buah chalet dan sebuah kolam renang awam yang besar.

Bagi menginap di Awanmulan, pelawat haruslah membuat tempahan awal kerana Awanmulan tidak menerima pelanggan walk in.

Awanmulan

Awanmulan

Awanmulan

Alamat : Kampung Baru Pantai, Jalan Jelebu, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia.

GPS : N2.7827360, E101.9929720

Casabrina

Chalet mewah 6 bintang ini terletak di Raub, Pahang. Casabrina dikelilingi hutan, dan mempunyai 2 buah chalet serta 9 lagi yang masih dibina.

Rumah penginapan tersebut dikendali oleh Felix Tee dan direka oleh arkitek terkenal, AA Yoka Sara.

Casabrina sememangnya menjanjikan satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Casabrina pahang

Casabrina pahang

Casabrina pahang

Alamat : Lot 1460, Jalan Tras, Mukim Tras, 27600 Raub, Pahang Darul Makmur, Malaysia.

GPS : N3.9163889, E102.0161111

Malihom

Terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang. Malihom. Pengginap pasti akan terkagum dengan kecantikan sawah padi di kaki bukit tempat ini. Di arah yang berlainan pula terletaknya jambatan Pulau Pinang dan kawasan barat selatan yang meriah.

Malihom pulau pinang

Malihom pulau pinang

Malihom pulau pinang

Alamat : Jalan Balik Pulau Air Itam, Penang, 11500, Malaysia.

GPS : N5.31922, E100.226901

Sailor’s Rest

Terletaknya 45 km dari Kuala Lumpur, Sailor’s Rest berada di Janda Baik, merupakan sebuah kampung kecil di Bentong, Pahang. Lokasinya dikelilingi hutan dan bukit.

Sailor’s Rest mempunyai 3 buah rumah penginapan yang berlainan, dan yang paling menonjolkan merupakan rumah kapal yang berlabuh di titi.

Dalam Sailor’s Rest, terdapatnya sebuah taman bunga. Pengginap juga berpeluang menjejak ke hutan yang berhampiran, boleh memancing, berbasikal dan sebagainya.

Sailor’s Rest

Sailor’s Rest

Sailor’s Rest

Alamat : Lorong Dato’ Panglima, Kuala Lurah, 28750 Kampung Janda Baik, Malaysia.

GPS : 3.309463, 101.884971

Idaman House

Terletaknya juga di Janda Baik, Idaman House dan Port Dickson merupakan rumah penginapan yang dimiliki oleh syarikat yang sama, iaitu Avillion Hotel Group. Walaubagaimanapun, Idaman House merupakan sebuah rumah semi-d sahaja, di mana ia mempunyai 5 buah bilik tidur yang menampung sebanyak 10 orang. Idaman House turut dikelilingi hutan, dan mempunyai kolam renang dan rumah pokok sendiri.

Idaman House port dickson

Idaman House port dickson

Idaman House port dickson

Idaman House port dickson

Alamat : Jalan Tanarimba Pine, Kampung Janda Baik, 20750 Kampung Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia.

GPS : 3.327672, 101.862831

Kuang Kampung Retreat

Kuang Kampung Retreat merupakan sebuah chalet yang berunsurkan Melayu tradisional. Ia terletak di Sungai Buloh. Ia mempunyai kemudahan yang lebih lengkap, termasuklah televisyen bersatellit, DVD dan kolam renang kecil yang dapat menampung 7 orang.

Kuang Kampung Retreat

Kuang Kampung Retreat

Kuang Kampung Retreat

Alamat : Lorong Orkid Kuang, Sungai Buloh, Kuala Lumpur, Malaysia.

GPS : N 03° 13.465’, E 101° 32.729’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *