8 Sky Bar terbaik di Malaysia

Bagi seorang yang hendak menikmati pemandangan sebuah bandar, antara cara-cara yang paling bagus termasuklah menghayati bandar tersebut dari tempat yang tinggi.

Setahu kami, Kuala Lumpur terkenal dengan kehidupan malamnya. Sehubungan itu, semakin banyak bar dan restoran yang berniaga di atas bumbung bangunan di Kuala Lumpur. Ini memberikan peluang kepada para pelanggan untuk menikmati makananan dan pemandangan cantik malam Kuala Lumpur pada masa yang sama.

Sky Bar

image5 7

Dipilih sebagai “Bar Terbaik di Malaysia” oleh Majalah Tatler Malaysia, dan dicalonkan 4 tahun secara berterusan sebagai “Bar Terbaik Di Malaysia” dan “Bar Hotel Terbaik” oleh pembaca Expatriate Lifestyle. Sky Bar terletak di tingkat 33 dalam Trader Hotel, dan merupakan pilihan utama bagi mereka yang suka berparti di Kuala Lumpur. Ia turut mempunyai sebuah kolam renang yang sepanjang 26 meter, dan dikelilingi meja bar yang menarik perhatian di samping tempat duduk yang selesa. Sky bar sememangnya terkenal dengan koktel dan pemandangan malam Kuala Lumpur.

Alamat : Floor 33, Traders Hotel, Kuala Lumpur City Centre

Telefon : 03-2332 9911

Waktu berniaga : 10am – 1am (Sun – Thu); 10am-3am (Fri&Sat)

Luna Bar

image1 6

Musik yang menenangkan, pencahayaan yang lembut dan sebuah kolam renang kecil. Inilah Luna Bar yang berada di sebelah Menara Kuala Lumpur, iaitu di atas bumbung Pacific Regency Hotel.

Berbeza dengan bar-bar yang lain, Luna Bar tidak mempunyai muzik dan pencahayaan yang menggangukan. Sementara itu, persekitarannya yang selesa sangatlah menarik perhatian peniaga-peniaga untukmengadakan sidang media produk baru dan pertunjukan fesyen di sini.

Luna Bar turut merupakan tempat himpunan ramai orang kenamaan. Pelanggan Luna Bar berkemungkinan akan dapat bertemu dengan artis-artis kesukaan mereka di sini.

Alamat : Jalan Punchak, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Telefon : 03-2332 7777

Waktu berniaga : 11am – 1am (Isnin – Khamis, Ahad), 11am – 3am (Jumaat, Sabtu, Hari cuti)

Marini’s on 57

image3 7

image2 7

image7 7

Marini’s on 57 merupakan bar atas bumbung yang paling tinggi, Marini’s on 57 terletak di tingkat 57 Menara Petronas, dan ia dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu ruang berehat (lounge), restoran dan bar. Anda dapat menikmati pemandangan seluruh Kuala Lumpur.

Alamat : Level 57, Menara 3 Petronas, Persiiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.

Telefon : 03-2161 2880 / 4880

Waktu berniaga : 5pm – 3am

View Rooftop Bar

image11 7

View Rooftop Ba yang berada di atas G Tower merupakan tempat yang terkenal di Kuala Lumpur selama ini. Selain pemandangan dan kecantikan bandar Kuala Lumpur, View Rooftop Bar turut menyediakan makanan, koktel dan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Alamat : Level 30, G Tower, Jalan Tun Razak, KLCC

Telefon : 03-2168 1881

Waktu berniaga : 5pm – 1am (Ahad – Khamis); 5am – 3am (Jumaat dan Sabtu)

Stratosphere @ The Roof

image8 7

image13 6

Stratosphere yang terletak di atas The Roof merupakan helipad berumput yang pertama di seluruh Asia. Pelanggan dapat menikmati pemandangan seluruh Lembah Klang, dan Genting Highland pada hari cuaca yang baik.

Warna rumput yang menhijaukan dengan kerusi-kerusi yang berwarna putih menghasilkan kesan yang menenangkan. Bola-bola putih yang mempunyai lampu LED di dalamnya membolehkan pelanggan untuk menukarwarna mengikuti kesukaan mereka sendiri.

Alamant : Sky Level, 1 First Avenue, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Malaysia.

Telefon : 03-8605 2288

Waktu berniaga : 10am – 10pm (Isnin – Jumaat), 4pm – 10pm (Sabtu, Ahad)

Heli Lounge Bar @ Menara KH, Sultan Ismail

image9 6

image4 6

Heli Lounge Ba yang berada di tingkat 34 Menara KH adalah sebuah bar yang berkonsepkan penerbangan, dan helipadnya yang berwarna hitam dan putik adalah diimport dari America Syarikat. Di pintu masuk Heli Lounge Bar, terdapatnya Model Beaver, sebuah kapal terbang yang diperbuat oleh Motoart.

Bar yang istimewa ini menjadikan sisi panel Boieng 777 sebagai tempat duduk dan turbinnya sebagai meja DJ.

Alamat : 34th floor, Menara KH, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Telefon : 03-21105034

Waktu berniaga : 6pm – 12am (Isnin – Rabu); 6pm – 2am (Khamis) ; 6pm – 3am (Jumaat dan Sabtu)

Three Sixty Degree Sky Bar @ Georgetown

image12 5

Restoran berpusing di Bayview Hotel telah lama berniaga di Pulau Pinang, namun selepas kerja-kerja pengubahsuaian oleh peniaga yang baru, SkyBar pun diwujudkan di restoran tersebut.

Pencahayaan dan hiasan dalaman yang sempurna di samping tiupan angin dengan sepoi sepoi sememangnya dapat menenangkan hati para pelanggan. Suasana yang paling sempurna merupakan pada waktu petang, di mana pelanggan dapat melihat Gunung Jerai.

Alamat : Bayview Hotel Georgetown, 25-A, Lebuh Farquhar, Georger Town, Penang

Telefon : 04-263 3161 ext. 226

Waktu berniaga : 4pm – 2am

SkyBar @ Johor

image6 7

SkyBar dan restoran terletak di tepi kolam renang, di mana pelanggan di sini dapat menghayati kecantikan Puteri Harbour dan menikmati makanan yang lazat di tepi kolam renang.

Alamat : Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Nusajaya, Gelang Patah/ Legoland, Johor Bahru, Malaysia.

Telefon : 07-5608888

Waktu berniaga : 12pm – 12am

Sky Park, One City

image10 7

Dibandingkan dengan bar-bar di atas, One City Sky Park yang berada di USJ adalah lebih sesuai untuk keluarga. Pelawat boleh menaiki lif ke atas bumbung One City dan menikmati pemandangannya. Selain daripada bar, terdapat juga restoran-restoran di atas bumbun.

Yang paling menarik ialah lantai kacanya.

Alamat : Skypark, One City, Jalan USJ 25/1A, 47650 Subang Jaya, Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *