10 tempat untuk membeli produk asli Johor

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Salah satu perkara yang selalu anda fikirkan setiap kali melancong sudah semestinya tentang barang yang bernilai untuk dibawa pulang ke rumah: lebih-lebih lagi makanan yang boleh dijadikan sebagai cenderamata. Saya percaya, setiap tempat bangga dengan produk asli mereka, kan? Tetapi, sebelum kita mengenali produk asli tempat lain, apa kata kita kenali dahulu apa yang terdapat di Johor!

Bagi mereka yang merancang untuk melawat dan mencari cenderamata yang akan membuatkan mereka tidak lupakan Johor, di bawah ini adalah sebahagian lokasi yang wajib anda pergi untuk membelinya…

1. Yuen Fatt Biscuit Sdn Bhd

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Sama ada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan yang tercinta mahupun rakan sekerja anda menyukai kuih bulan ataupun tidak, satu perkara yang pasti ialah mereka tidak akan dapat menahan diri daripada mencuba kuih bulan buatan Yuen Fatt Biscuit yang sangat sedap seperti rupanya!

Lokasi: No 39, Jalan Haji Manap Nordin, Kluang Baru, Kluang, Johor, Malaysia
No telefon: +607-773 7107/ +6012-715 8287
Waktu: Isnin – Ahad, 9.00 pagi – 8.00 malam; Ahad, 9.00 pagi – 1.00 petang

2. Kilang Bakeri & Biskut Hiap Joo

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Jika anda sedang mencari kek pisang untuk diberikan kepada mereka yang tersayang, pergilah ke Hiap Joo, sebuah kilang biskut dan bakeri yang terkenal dengan roti yang dibakar secara tradisional dan rasanya sangatlah sedap!

Lokasi: 13, Jalan Tan Hiok Nee, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia
No telefon: +607-223 1703
Waktu: Isnin – Sabtu, 8.00 pagi – 6.00 petang; Ditutup pada hari Ahad

3. Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Bersoraklah, para peminat kopi! Di Kluang terdapat sebuah kilang kopi dengan sejarah lebih empat dekad yang akan membuatkan anda teringat kembali zaman kanak-kanak anda – Kilang Serbuk Kopi Kluang! Pilih di antara tiga jenis kopi ini untuk dibawa pulang ke rumah: Liberica, Arabica dan Robusta

Lokasi: 76, Jalan Besar, 86000 Kluang, Johor, Malaysia
No telefon: +607-773 1943
Waktu: 8.00 pagi – 5.00 petang

4. Tong Huat Confectionery

10 tempat untuk membeli produk asli Johor
Berbangga dengan jualan produknya, Tau Sar Pneah yang rangup dan sangat sedap, sudah semestinya anda perlu membawa pulang! produk ini! Pastikan anda menghubunginya dahulu kerana produk ini laris terjual dan selalunya tiada stok.

Lokasi: No. 28 & 30, Jalan Cantik, Johor, 86000 Kluang, Johor, Malaysia
No telefon: +607-771 4616

5. Sin Sin Foodstuff

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Jika anda merupakan peminat kuih Nyonya, pastikan anda tidak ketinggalan untuk pergi ke Sin Sin Foodstuff, yang telah beroperasi sejak beberapa tahun lalu dan juga tempat yang menjual kuih Nyonya paling sedap di bandar tersebut!

Lokasi: 36-4, Jalan Jenang, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
No telefon: +607-431 6599

6. YOYO Native Food Products Sdn Bhd

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Sepeti mana namanya, YOYO menjual pelbagai jenis produk tempatan antaranya termasuklah Beh The Soh dan Ma Ti Su yang sangat sedap rasanya.

Lokasi: 19 & 21 Jalan Cahaya Baru, 83700 Yong Peng, Johor, Malaysia
No telefon: +607-467 9678
Waktu: Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 6.00 petang; Sabtu Ahad, 8.30 pagi – 7.00 malam

7. Kedai Bakeri Biskut Hua Bee

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Kedai ini merupakan perniagaan milik keluarga yang pakar dalam membuat pelbagai jenis kuih dan biskut tradisional Cina yang pastinya akan membuatkan anda menyukai rasanya! Belilah sekotak atau dua dan berikanlah kepada mereka yang tersayang merasai keenakannya!

Lokasi: 10, Jalan Solok, Tangkak, Johor, Malaysia
No telefon: +606-978 1303
Waktu: Selasa – Ahad, 8.00 pagi – 6.00 petang; Ditutup pada hari Isnin

8.Choy Ban Hakka Dumplings

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Salah satu makanan yang anda tidak boleh ketinggalan untuk mencubanya di Johor ialah ladu Choy Ban Hakka yang boleh dibeli di kedainya yang terletak di Kulaijaya. Kesemua ladu yang dijual di sini dijamin buatan sendiri dengan pelbagai perasa!

Lokasi: Jalan 6, Kelapa Sawit, 81030 Kulaijaya, Johor, Malaysia
No telefon: +6016-764 4264
Waktu: Khamis – Selasa, 7.00 pagi – 3.00 petang; Ditutup pada hari Rabu

9.Kedai Kopi Tang Chuan

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Setelah lebih 50 tahun menjual pau, Kedai Kopi Tang Chuan juga merupakan sebuah tempat yang membolehkan anda membeli pau yang baru dimasak untuk keluarga anda!
Lokasi: 763, Jalan Batu Pahat, Ayer Hitam, Johor, Malaysia
No telefon: +6012-726 9989
Waktu: Isnin – Ahad, 8.30 pagi – 6.00 petang

10.Nictar Pineapple House

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Bagi mereka yang mahu membawa pulang beberapa botol ekstrak nanas, pergilah ke Nictar Pineapple House yang terletak di Pontian, Johor. Jangan risau kerana produk mereka tidak mempunyai bahan pengawet kerana mereka hanya menggunakan jus asli. Yum!

Lokasi: 762, Jalan Taib, Pontian, Johor, Malaysia
No telefon: +6012-707 2589; +6012-700 2235
Waktu: Isnin – Ahad, 9.00 pagi – 8.00 malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *