10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Semakin majunya dunia, semakin banyak penyakit dan virus yang kita temui. Daripada makanan tidak sihat yang kita makan kepada teknologi koden yang kita gunakan, badan kita menjadi terdedah kepada pelbagai penyakit.

Ya, sudah pastinya menatap Facebook atau Instagram anda sepanjang hari, menonton video secara berlebihan, minum minuman beralkohol dan makan daging dan makanan masin dalam kuantiti yang banyak merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Tetapi tabiat sebegini sememangnya tidak bagus untuk kesihatan anda. Mujurlah terdapat banyak klinik yang bagus di Johor Bahru yang boleh anda pergi sekiranya anda mula rasa sakit. Menjaga kesihatan diri merupakan suatu perkara yang amat penting, jadi marilah bersama menjaga anggota badan kita. Di bawah ini ialah 10 klinik Perubatan Tradisional Cina yang terbaik di JB.

1.Ungku Mohsin

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Klinik ini dikatakan sangat terkenal sehinggakan sultan dan pegawai-pegawai rasmi datang ke sini untuk mendapatkan terapi tradisional yang dapat melegakan rasa sakit yang dialami. Setiap hari, ramai orang akan bersabar menunggu giliran mereka untuk dirawat.

Lokasi: 6, Lorong 1, Kg. Ungku Mohsin, 80350 Johor Bahru, Johor

2. Rawatan Tabib Tian Chin

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Anda sedang mengalami sakit tulang? Klinik ini menawarkan akupunktur yang berkesan merawat sakit anda sekaligus membantu anda untuk sembuh dengan lebih cepat.

Lokasi: No. 2, Jalan Susur 4, Taman Sri Kulai Baru, 81000 Kulai, Johor
No telefon: 07- 662 3307

3. Klinik Akupunktur Ren Shan

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Biarkan pengamal perubatan Cina yang berpengalaman di klinik ini uruskan kesihatan anda dengan rawatan akupunktur mereka.

Lokasi: 67, Jalan Mutiara 1/9, Taman Mutiara Mas, Skudai, Johor, Malaysia
Waktu: 9.30 pagi – 8.00 malam (Isnini – Ahad)
No telefon: 012-793 3229

4. 国医堂

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Selain daripada rawatan ortopedik, akupunktur dan juga kiropraktik, klinik ini juga menyediakan rawatan untuk masalah kemandulan.

Lokasi: 31, Jalan Indah 16/6, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor
No telefon: 016-442 7142

5. 湘杏中医 T. C.M. Medical Centre

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

湘杏中医 T.C.M. Medical Centre merupakan sebuah tempat yang terkenal di kawasan tersebut disebabkan perkhidmatan terbaik yang mereka berikan untuk membantu pesakit supaya sembuh.

Lokasi: 78, Jalan Serampang, Taman Pelangi, Johor Bahru
No telefon: 07- 333 1315

6. Southern Traditional Chinese Medical Centre

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Sebagai tambahan kepada perkhidmatan perubatan dan akupunktur mereka, pusat perubatan ini juga mempunyai perkhidmatan ubat-ubatan Cina, dermatologi, onkologi, geriatrik dan neurologi. Selain itu, mereka juga menawarkan perkhidmatan kaunseling dan rundingan secara tetap kepada orang awam.

Lokasi: Southern TCM Center, TCM Building, Southern University College, PTD 64888, 15KM, Jalan Skudi, POBOX 76, 81300 Skudai, Johor
Waktu: 9.00 pagi – 5.00 petang
No telefon: 07-554 1795, 07-558 6605

7. Chengde Traditional Chinese Medicine

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Chengde TCM menawarkan pelbagai jenis pakar perubatan untuk kanak-kanak, para wanita, dan mereka yang berusia.

Lokasi: 10, Jalan Pertama 4, Danga Utama, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Waktu: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari/ 2.00 petang – 5.30 petang/ 7.00 malam – 8.30 malam

8. TCM Healthcare & Acupuncture10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Terletak di Perling, TCM Healthcare & Acupuncture ini merupakan sebuah klinik yang popular dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik.

Lokasi: 505, Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Waktu: 10.00 pagi – 7.00 petang (Selasa – Sabtu)
No telefon: 07-232-148

9. Kiropraktor Tradisional Pozhi Lin 

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Doktor di hospital ini bukan sahaja pakar dalam merawat masalah tulang belakang, bahkan juga berupaya untuk memberikan bimbingan kesihatan di dalam forum untuk membantu orang ramai menjaga kesihatan badan mereka dan merawat sakit pada badan. Jika anda sedang mengalami rasa sakit di leher dan bahu, sakit dada, atau kaki yang lumpuh, anda seharusnya pergi ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan percuma dan lihat apa rawatan yag diperlukan.

Lokasi: 1 Jalan Anggerik 21, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru
No telefon: 013- 743 0612
Waktu: 10.00 pagi – 3.00 petang

10. Chong Heng Medical Hall 中兴中医参茸药行

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Chong Heng Medical Hall 中兴中医参茸药行 ini bukanlah klinik biasa-biasa. Di sini terdapat pelbagai herba perubatan yang akan membantu merawat sakit anda.

Lokasi: 66, Jalan Dato Abdul Hamid, Bandar Baru Tampoi, Johor Bahru
Waktu: 9.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Ahad)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *