Festival Dinosaur Kanak-kanak di Gardens by The Bay Singapura

Festival Dinosaur  Kanak-kanak di Gardens by The Bay Singapura

Mari pergi ke masa silam semula dan bertemu dengan makhluk prasejarah yang memenuhi Supertree Grove di Gardens by The Bay ini!
Berseronok di Taman Dye-nosaur dengan kemasukan percuma
Festival Dinosaur  Kanak-kanak di Gardens by The Bay Singapura

Festival Dinosaur  Kanak-kanak di Gardens by The Bay Singapura

Festival Dinosaur  Kanak-kanak di Gardens by The Bay Singapura

Sejumlah 11 buah ukiran dinosaur silikon yang mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 2m akan didirikan di Gardens sempena festival tersebut. Ukiran tersebut termasuklah Brachiosaurus, Tyrannosaurus Rex merah setinggi 9m (Rexy), dan Triceratops kuning sepanjang 7m. Ini semua merupakan sebahagian daripada Festival Kanak-kanak yang akan diadakan pada hari Jumaat akan datang, pada 10 Mac 2017.

Festival Dinosaur  Kanak-kanak di Gardens by The Bay Singapura
Dinosaur-dinosaur yang sangat besar dan menakjubkan ini mempunyai lampu LED yang akan menyala pada waktu malam menerangi kawasan tersebut apabila suasana semakin gelap. Setiap dinosaur dengan saiz sebenar ini juga boleh bergerak dan mengaum. Bukan itu sahaja. Setiap malam sepanjang festival tersebut, anda boleh melihat persembahan yang menyeronokkan.
Waktu persembahan: 7.45 petang – 8.00 malam/ 8.45 malam – 9.00 malam
Memburu telur di laluan Dinosaur Egg Hunt!
Festival Dinosaur  Kanak-kanak di Gardens by The Bay Singapura

Selain rasa kagum dengan dinosaurnya yang memukau mata, di sana terdapat juga aktiviti menarik yang lain untuk anda! Pergilah memburu telur-telur dinosaur di Dinosaur Egg Hunt dan dapatkan hadiah sebaik sahaja anda menyelesaikannnya!
Di sana juga terdapat aktiviti membuat terrarium bertemakan dinosaur dan bengkel penggalian fosil. Belajar bersama-sama dengan anak-anak anda tentang semua habitat dinosaur dan tumbuh-tumbuhan prasejarah. Waktu yang terbaik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, kan! Tambah pengetahuan anda sambil berseronok !

Festival Dinosaur  Kanak-kanak di Gardens by The Bay Singapura

Festival Kanak-kanak Taman Dye-nosaur ini sememangnya destinasi yang ideal untuk anda mengeratkan hubungan dengan seluruh ahli keluarga. Sudah pasti semua orang akan menyukai aktiviti-aktiviti, permainan dan ukiran dinosaur gergasi yang ada sambal mempelajarinya!
Taman Dye-nosaur
Festival Dinosaur  Kanak-kanak di Gardens by The Bay Singapura

Laman web rasmi: http://ww.gardensbythebay.com.sg/
Tarikh: 10 Mac (Jumaat) – 2 April 2017 (Ahad)
Waktu: 10.00 pagi – 9.00 malam setiap hari
Lokasi: Supertree Grove, World of Plants & Children’s Garden
Masuk Percuma
Peta Google: https://goo.gl/maps/B6d2bJnMcNp
Waze: https://waze.to/lr/hw21z790uu
*Kesemua gambar di atas diambil daripada laman web rasmi Gardens by The Bay.

Kafe Inspirasi Harry Potter – Platform 1094 di SIngapura

Jika anda sedang melalui hari yang membosankan, mungkin kafe inspirasi daripada Harry Potter yang baru dibuka tahun ini akan mengubah hari penuh kebosanan anda kepada hari yang penuh magik!

Kafe Inspirasi Harry Potter - Platform 1094 di SIngapura

Masuk ke dalam Platform 1094 yang terletak di sudut Jalan Serangoon, di bahagian timur laut Singapura.

Selamat Datang ke Dunia Magik Platform 1094

Kafe Inspirasi Harry Potter - Platform 1094 di SIngapura

Kafe Inspirasi Harry Potter - Platform 1094 di SIngapura

Kafe Inspirasi Harry Potter - Platform 1094 di SIngapura

Kafe Inspirasi Harry Potter - Platform 1094 di SIngapura

Kafe Inspirasi Harry Potter - Platform 1094 di SIngapura

Kafe Inspirasi Harry Potter - Platform 1094 di SIngapura

Platform 1094 ini bukan sahaja tempat untuk anda berehat minum kopi dengan rakan-rakan anda, kerana ia menawarkan pengalaman yang sangat hebat melalui temanya yang amat unik! Sesiapa yang masuk ke dalam kafe ini akan berasa seperti masuk ke dalam buku penuh magik Harry Potter di mana terdapat perabut kayu, beberapa pasang baju kolej magik dan prop seperti tongkat sakti, tangan, cermin mata, tali leher dan peralatan ahli sihir yang lain. Tetapi, saya ingatkan anda bahawa anda sedang berada di dunia realiti Harry Potter.

Rasai magik dalam setiap makanan!

Kafe Inspirasi Harry Potter - Platform 1094 di SIngapura

Kafe Inspirasi Harry Potter - Platform 1094 di SIngapura

Kafe Inspirasi Harry Potter - Platform 1094 di SIngapura

Platform 1094 juga mempunyai hidangan yang diinspirasikan daripada filem Harry Potter. Makanan dan minuman termasuklah, Sup lobak merah dan ubi bit, pencuci mulut ‘The Bloodberry’, ‘The Elixir of Life’, ‘The Giant’s Breakfast’ dan ‘The Black Magic’.

Puaskan diri dengan minuman curacao berwarna biru yang menyala api

Kafe Inspirasi Harry Potter - Platform 1094 di SIngapura

Kafe Inspirasi Harry Potter - Platform 1094 di SIngapura
Dalam banyak-banyak minuman yang dihidangkan di kafe ini, mungkin koktel biru ini yang paling popular di mana ianya diperbuat daripada alkohol berwarna biru, soda lemon dan rum: ‘The Goblet of Fire’.

Pencuci mulut Magik Hitam: pencuci mulut hitam secara literalnya

Kafe Inspirasi Harry Potter - Platform 1094 di SIngapura

Kafe Inspirasi Harry Potter - Platform 1094 di SIngapura
Bagi mereka yang mahu mempelajari magik hitam, anda perlu merasa dahulu Pencuci Mulut Magik Hitam di Platform 1094! Pencuci mulut ini diperbuat daripada bijan keju, coklat, puff hitam, roti hitam dan hirisan badam hitam. Kesemuanya perlu berwarna hitam untuk membuat pencuci mulut ini.
Lokasi: 1094 Serangoon Rd., Singapura
Waktu: Selasa-Jumaat, 11.00 pagi-10.00 malam; Sabtu-Ahad, 10.00 pagi-10.00 malam; Isnin tutup.