Percutian Penuh Kemewahan di Avillion Port Dickson

Percutian Penuh Kemewahan di Avillion Port Dickson

Adakah anda telah bekerja keras dan sekarang anda berasa lemah dan penat? Mungkin anda perlu mendapatkan dos Vitamin SEA di Avillion Port Dickson yang penuh percikkan kemewahan ini!

Anda menyedari anda hanya perlukan rehat yang secukupnya. Namun bukan dengan melakukan aktiviti seperti membaca buku, lawatan ke muzium atau menikmati makan petang di restoran pilihan anda. Isi kekosongan dalam diri anda melalui perubahan pemandangan sekeliling. Manjakan diri anda dengan pelbagai pilihan pakej spa di Avillion Port Dickson ini.

Percutian yang menyeronokkan sedang menanti anda di Avillion Port Dickson,. Hotel mewah bertaraf 5 bintang dengan chalet, kemudahan spa yang memenangi pelbagai anugerah dan banyak lagi. Ia adalah satu pengalaman yang indah yang anda harap anda tidak pernah lupakan.

www.avillionpotdickson.com
www.avillionportdickson.com

Pool Village terletak dalam jarak 1.2m. Terletak di tengah-tengah kehijauan tropika dalam resort ini. Kolam ini dibuka 24 jam setiap hari.

Manakala, Cochin Pool adalah kolam pusar yang terletak di sayap Utara  khas  untuk orang dewasa sahaja. Dikelilingi oleh katil siang dan lounge matahari.  Ia adalah tempat berehat yang sempurna untuk petang yang tenang.

 

www.avillionpotdickson.com
www.avillionportdickson.com
www.avillionpotdickson.com
www.avillionportdickson.com
www.avillionpotdickson.com
www.avillionportdickson.com

Hanya 32 kilometer dari pantai  Seremban dan satu jam perjalanan dari bandar Kuala Lumpur, bersiaplah untuk terpesona dengan keindahan Avillion Port Dickson.  Avillion PD agak sibuk pada hari Sabtu. Namun kawasan sekitar vila benar-benar tenang dan damai.

  • Bagai di alam mimpi
www.avillionportdickson.com
www.avillionportdickson.com
www.avillionportdickson.com
www.avillionportdickson.com
www.avillionportdickson.com
www.avillionportdickson.com

Lounge ini sesuai dengan konsep suasana terbuka untuk pengunjung menikmati sarapan pagi atau minum petang sambil melihat matahari terbenam.

www.avillionportdickson.com
www.avillionportdickson.com

Adakah anda bersedia untuk menginap di hotel impian anda? Sebuah bilik dengan katil kayu romantis yang mempunyai balkoni yang menghadap ke laut yang indah. Dodoikan diri dengan  lagu lullabies pada waktu malam. Anda bakal merasai  semua ini dan banyak lagi di Avillion Port Dickson.

 

  • Pemandangan yang terlalu memukau
www.pintrest.com
www.pintrest.com
www.pintrest.com
www.pintrest.com

Ruang tamu luar berbentuk bujur dengan kusyen berwarna biru laut merupakan tempat foto yang sempurna. Apabila dalam keadaan cuaca yang baik, anda boleh menikmati minuman dari bar sambil menonton hembusan ombak sewaktu matahari terbenam.

www.pintrest.com
www.pintrest.com

Sejak pembukaanya beberapa tahun yang lalu, Avi Spa telah mendapat pujian dan pelbagai anugerah daripada pelbagai penerbitan khususnya yang memfokuskan kepada pilihan spa dalam gaya hidup versatil.

No Telefon : +60 6-647 6688

Lokasi :  3rd mile, Jalan Pantai, Kampung Si Rusa, Port dickson, Malaysia,             71000

Laman Sesawang : http://avillionportdickson.com/

Panduan trip ke Pulau Ketam

Panduan trip ke Pulau Ketam

Pulau Ketam ialah sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia. Pulau ini diasaskan sekitar tahun 1880. Cara untuk sampai ke sini ialah dengan menaiki feri dari Pelabuhan Klang. Pulau ini dihuni oleh nelayan-nelayan berbangsa Cina semenjak Perang Dunia Kedua.

Di Pulau Ketam ini terdapat sekolah, balai polis, klinik kesihatan dan pelbagai kemudahan asas lain untuk kegunaan masyarakat tempatan. Dianggarkan terdapat lebih 8000 orang menetap di Pulau Ketam ini. Apa yang menarik di Pulau Ketam ini selain daripada rumah kayu yang dibina di atas air, pulau ini juga bebas daripada segala kenderaan bermotor. Ini bermaksud segala jenis kenderaan lain yang berenjin dilarang sama sekali digunakan di sini kecuali basikal. Tak ada kereta dan motorsikal di Pulau ketam ini.

Oleh sebab itulah, bila anda berkunjung atau melawat ke Pulau Ketam ini anda akan hanya dapat melihat penduduk-penduduk tempatan di sini menggunakan basikal sebagai mod pengangkutan utama mereka untuk bergerak ke sana sini.

  • Panduan trip balik hari untuk ke Pulau Ketam yang mudah sahaja.
visitklang.my
visitklang.my
visitklang.my
visitklang.my
visitklang.my
visitklang.my
visitklang.my
visitklang.my

Cara paling senang dan mudah untuk ke Pulau Ketam adalah dengan menaiki KTM Komuter hingga ke stesen hentian terakhir iaitu di Pelabuhan Klang. Kos tambang komuter pergi dan balik dari KL Sentral adalah lebih kurang RM10 sahaja untuk seorang.Dari Stesen KTM Pelabuhan Klang, cari Terminal Penumpang Antarabangsa ASA Pelabuhan Klang yang terletak betul-betul di depan stesen tren. Jalan kaki masuk ke dalam sana dan akan kelihatan penunjuk arah untuk menuju ke Terminal Feri ke Pulau Ketam.

Untuk menaiki feri ke Pulau Ketam, setiap penumpang dikenakan bayaran sebanyak RM 7.00 seorang untuk perjalanan sehala. Tiket boleh didapati dan dibeli di dalam feri semasa bot sedang bergerak. Akan ada konduktor yang bertugas di dalam feri mengutip duit dari setiap penumpang untuk urusan pembelian tiket nanti.

Jarak masa perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam mengambil masa lebih kurang hampir 45 minit. Feri berhenti dua kali sepanjang perjalanan. Feri mula-mula akan berhenti kali pertama di Sungai Lima, manakala bagi mereka yang ingin ke Pulau Ketam boleh turun di hentian terakhir yang seterusnya iaitu di Pulau Ketam.
  • Cara Hidup Kampung di Pulau Ketam

Sampai di Pulau Ketam, anda boleh memilih untuk berjalan kaki atau menyewa basikal. Ada banyak kedai-kedai yang menawarkan khidmat sewaan basikal.

Untuk menyewa basikal, modal sebanyak RM 5.00 dikenakan untuk sebuah basikal tanpa had masa. Kayuhlah puas -puas sampai ke petang atau pun malam. Maksudnya di sini seharian anda boleh berkayuh dalam Pulau Ketam kalau anda betul-betul kuat.

visitklang.com
visitklang.com
visitklang.com
visitklang.com
visitklang.com
visitklang.com

Seharian di Pulau Ketam sebenarnya tak berapa cukup dan memang tak akan habis untuk teroka jalan-jalan yang ada dalamnya. Kalau anda datang awal pagi, mungkin ada banyak masa untuk anda menerokai Pulau Ketam ini.

Untuk makluman, feri terakhir untuk balik dari Pulau Ketam ke Pelabuhan Klang akan bertolak lewat petang. Bagi yang nak berkunjung ke Pulau Ketam dinasihatkan datang seawal pagi untuk merasai sendiri suasana di pekan kecil Pulau Ketam. Terdapat kopitiam dan pakcik-pakcik tua berbual kosong sambil baca naskah suratkhabar.

Credit google search
Credit google search
Credit google search
Credit google search

Bagi pengunjung muslim pula yang ingin mencari makanan halal di Pulau Ketam ini tak perlu risau. Ada beberapa kedai makanan halal di Pulau Ketam ni.

Tips untuk anda yang bakal berkunjung ke Pulau Ketam, cari kedai hujung yang dimiliki oleh seorang lelaki Kedah. Kedai tersebut  menyediakan pelbagai masakan halal.

Jika anda tersesat di Pulau Ketam, usah risau. Penduduk-penduduk di sini bakal membantu anda!