Kea Garden Guesthouse Di Cameron Highlands

image1 1

Memandangkan Malaysia beriklim tropika sepanjang tahun, ramai penduduk tempatan mencari tempat yang sejuk untuk berehat dan menjauhkan diri dengan kesibukan di kota. Kini, anda tidak perlu pergi lebih jauh.  Cameron Highlands menawarkan penginapan pada harga berpatutan dan selesa! Memperkenalkan … Kea Garden Guesthouse.

  1. Suasana sekeliling yang mendamaikan jiwa

image2 1

image5 1

Terletak di kawasan pelancongan Cameron Highlands, Kea Garden Guesthouse mempunyai akses yang mudah ke beberapa tarikan lain yang popular di kawasan ini. Di samping itu, penginapan ini juga sesuai untuk mereka yang ingin menghargai keindahan alam semula jadi. Terdapat sebuah taman yang indah dalam lingkungan Kea Garden GuestHouse. Sesuai untuk di muat naik di Instagram. Taman ini mengambil aspirasi daripada gaya Eropah. Anda pasti terpaku melihatnya.

Penginapan yang luas

image4 1

image3 1

Salah satu perkara yang anda ingin bakal sukai mengenai penginapan ini ialah segalanya sudah tersedia.  Segala  yang anda perlukan telah disediakan di dalam bilik, seperti TV LCD, akses internet tanpa wayar, pemanas dan banyak lagi.

Di samping itu, setiap bilik mempunyai reka bentuk yang berbeza dari satu sama lain. Terdapat dua pilihan untuk anda!

Deluxe Twin – 2 katil single /  untuk 2 orang

Deluxe Queen – 1 katil bersaiz king /  untuk 2 orang

Bilik Deluxe King – 1 katil bersaiz super king /  untuk 2 orang

Tempat yang romantis dan sempurna untuk aktiviti barbeku

image7 1

image6 1

Selain sebagai destinasi percutian yang sempurna, penginapan ini juga sesuai untuk aktiviti barbeku dengan rakan-rakan, Kawasan penginapan ini menawarkan tempat barbeku dengan pemandangan yang indah!

Oleh itu, jika anda inginkan tempat yang selesa dengan harga yang berpatutan untuk bercuti di hujung minggu, masukkan Kea Garden Guesthouse Cameron Highlands dalam pilihan anda. Kadar penginapan di sini boleh didapati sekurang-kurangnya RM50 seorang untuk satu malam.

Lokasi : Kea Farm UT / KF / 0-010, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.

Vila Hujan Tropika Genting Highlands

Vila Hujan Tropika Genting Highlands

image2

Adakah anda sentiasa memikirkan tempat yang menarik untuk pergi bersama rakan-rakan? Vila ini terletak di dataran tinggi Genting ialah tempat yang sempurna untuk segala aktiviti yang anda ingin lakukan! Rafflesia Village di Rainforest Sanctuary mempunyai iklim yang sejuk, pemandangan yang menyenangkan dan tempat yang menarik untuk melakukan altiviti seperti menyanyi, berenang dan memanggang daging dan sebagainya.

Dapat menampung sehingga 18 orang dalam satu masa.

image5

image1

Rafflesia Villa mempunyai sejumlah 5 bilik tidur yang sesuai untuk menampung sehingga 18 orang; Sesuai untuk saiz keluarga atau kumpulan kawan yang besar. Rumah percutian ini menyajikan tempat yang sempurna untuk majlis hari jadi, perkahwinan dan makan malam keluarga.

Dekorasi dalaman yang unik.

image7

Vila ini mempunyai reka bentuk dalaman yang unik. Ia mampu memberikan suasana yang bergaya dan elegan. Pemilik rumah percutian ini secara peribadi meletakkan lukisan solme oil sebagai salah satu cara menambah gaya. Di samping itu, setiap bilik juga direka bentuk dan diatur dengan berhati-hati dengan penuh kesempurnaan.

Kawasan rekreasi yang sempurna.

image8

image4

Untuk memastikan setiap tetamu menikmati penginapan yang menyenangkan dan menyeronokkan, vila ini turut menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi. Terdapat kolam renang peribadi dengan pemandangan menghadap ke Genting, sebuah mahjung di sebelah kolam renang dan banyak lagi kemudahan. Anda pasti dapat menikmati cuti ini dengan penuh perasaan gembira.

Tempat yang bagus untuk memanggang dan menikmati periuk panas.

image3

image6

Di sini, anda boleh menikmati pengalaman barbeku dan menikmati hidangan periuk panas dengan rakan-rakan. Hal ini kerana, Genting Highlands mempunyai suhu sejuk antara 17 ° C dan 25 ° C. Di samping itu, penyediaan tidak akan menjadi sukar kerana pemilik vila turut membantu menyediakan bahan-bahan masakan.

Semuanya keseronokan ini hanya berjumlah RM 100

Rafflesia Villa menawarkan penginapan dan pakej yang lengkap dengan harga sangat berpatutan. Setiap tetamu hanya dikenakan RM100, tanpa perkhidmatan penyediaan makanan. Namun, jika anda mengalami kesukaran untuk menyediakan makanan, anda hanya perlu membayar RM150 untuk makan malam, BBQ dan sarapan pagi. Berbaloi bukan?

Lokasi : Taman Puncak Rimba, Rainforest Sanctuary, 28750 Pahang, Malaysia.

Harga murah! Best Western Premier Ion D’elemen, Genting

Harga murah! Best Western Premier Ion D’elemen, Genting

Genting Highlands, yang juga dikenali sebagai Resort World Genting menjadi resort pilihan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi sekarang ini terdapat sebuah lagi hotel mewah baru di Genting – Best Western Premier Ion D’Elemen.

Suasana yang tenang dengan pemandangan lembah yang cantik!

Memandangkan hotel Best Western Premier Ion D’Elemen ini terletak 6,000 kaki atas paras laut, para tetamu boleh menikmati persekitaran lembah yang menyegarkan! Ia merupakan lokasi terbaik untuk mereka yang mahu melarikan diri daripada kesibukan bandar walau hanya seketika.

Harga murah! Best Western Premier Ion D’elemen, Genting

Harga murah! Best Western Premier Ion D’elemen, Genting

Harga murah! Best Western Premier Ion D’elemen, Genting

Kolam renang air panas dalam bangunan

Harga murah! Best Western Premier Ion D’elemen, Genting

Harga murah! Best Western Premier Ion D’elemen, Genting

Harga murah! Best Western Premier Ion D’elemen, Genting

Hotel Best Western Premier Ion D’Elemen ini berbangga kerana mempunyai kolam renang air panas dalam bangunan, di mana anda boleh berenang dan bersenang-lenang jika anda mahu. Memandangkan ianya merupakan kolam renang air panas dalam bangunan, anda tidak perlu risau dengan hujan atau bahang panas.

Bilik yang selesa

Harga murah! Best Western Premier Ion D’elemen, Genting

Harga murah! Best Western Premier Ion D’elemen, Genting

Harga murah! Best Western Premier Ion D’elemen, Genting

Harga murah! Best Western Premier Ion D’elemen, Genting

Hotel ini menawarkan 246 buah bilik tetamu yang dihias cantik, yang terbahagi kepada bilik-bilik mewah, suite dengan satu bilik tidur, suite dengan dua bilik tidur, dan suite dengan tiga bilik tidur. Setiap bilik dilengkapi dengan TV skrin rata dan mempunyai Wi-Fi percuma, meja dan juga penghawa dingin. Sudah semestinya anda akan rasa gembira dengan bilik tidurnya yang ringkas tetapi mewah, yang sangat selesa untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. Kesemua bilik dan kelengkapan lain adalah di dalam kawasan dilarang merokok.

Restoran atas bumbung

Harga murah! Best Western Premier Ion D’elemen, Genting

Harga murah! Best Western Premier Ion D’elemen, Genting

Selain daripada pemandangannya yang cantik, terdapat juga pelbagai restoran dan kafe untuk anda menjamu selera. Salah satu daripadanya ialah restoran yang terletak di atas bumbung hotel, yang sangat sesuai untuk pelanggan yang mahukan hidangan makanan yang mewah dan dalam masa yang sama tertarik dengan keindahan langit horizon dan juga pemandangan lembah!

Penuh kelengkapan dan perkhidmatan peribadi

Harga murah! Best Western Premier Ion D’elemen, Genting

Harga murah! Best Western Premier Ion D’elemen, Genting

Hotel Best Western Premier Ion D’Elemen ini mengambil masa 3 minit berjalan kaki dari Genting Entertainment City. Hotel ini juga menyediakan bas ulang-alik berkualiti tinggi untuk tetamunya bagi mengelakkan masalah jalan sesak. Selain merupakan destinasi pelancongan yang terbaik, terdapat juga pelbagai perkhidmatan untuk dinikmati, termasuklah akses internet percuma, perlindungan keselamatan, alatan membersih harian, teksi, peralatan boleh gerak dan juga gymnasium. Kesemua ini memudahkan para tetamu.

Lokasinya yang unggul

Destinasi seperti di bawah ini boleh dicapai hanya dalam masa sejam.
Awana Genting Highlands Golf & Country Resort (11km) – 15 minit
Kuil Gua Chin Swee (7km) – 9 minit
Laluan Berjalan Kaki Cendawan Highlands (2km) – 3 minit
Ladang Strawberi Gohtong (14km) – 20 minit
Bukit Tinggi (35km) – 40 minit

Best Western Premier Ion D’Elemen

Harga murah! Best Western Premier Ion D’elemen, Genting

Jika anda merancang untuk menikmati cuti penuh ketenangan di Genting Highlands, Best Western Premier Ion D’Elemen inilah tempatnya!
Lokasi: Best Western Premier Ion D’Elemen, Alan Ion D’Elemen 1, Genting Highlands, 69000, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Peta Google: https://goo.gl/maps/q1ZqAsfyhE92

Waze: https://waze.to/lr/hw287s28ts

No telefon: +03-9226 2255

Laman web Rasmi: https://www.iondelemenhotels.com/

Facebook: Best Western Premier Ion D’Elemen

Nikmati Keasyikkan Paronama Indah di Daerah Lembing, Pahang

Nikmati Keasyikkan Paronama Indah di Daerah Lembing, Pahang

Sungai Lembing di sini sememangnya kaya dengan keunikan alam semula jadinya seperti Bukit Panorama, Air Terjun Pelangi dan Muzium Sungai Lembing.  Maka tidak hairanlah sekiranya destinasi itu bakal menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar negara sejak zaman perlombongan bijih timah lagi.

Lombong Bijih Timah Sungai Lembing telah dibuka pada tahun 1891, oleh pelombong dari Britain, Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) nama syarikatnya yang telah menguruskannya mulai tahun 1906. Walaupun sebenarnya lombong itu dibuka lebih awal dari itu. Pajakkan yang bernilai sepuluh sen setahun itu telah dipersetujui untuk selama 100 tahun. Lombong tersebut merupakan lombong bawah tanah yang kedua terpanjang dan terbesar didunia selepas lombong di Bolovia. Keseluruhan panjang terowong bawah tanahnya adalah 322 Km dengan kedalamannya antara 610 hingga 700 meter dari permukaan bumi. Dalam tahun 1,400 an ada 1,400 orang yang bekerja di lombong tersebut, sehingga ia mendapat jolokan El Dorado of the East. Lombong tersebut ditutup pada tahun 1986 akibat dari kejatuhan teruk harga timah dunia, tidak sampai pun seratus tahun.

Disamping fakta sejarah yang mengagumkan berkaitan daerah lembing ini, pengunjung juga berpeluang menikmati segenap jenis paronama indah yang menjanjikan 1001 kepuasan kepada para pelawat.

  • Jambatan Gantung Kolong Pahat

Jambatan Gantung Kolong Pahat yang teleh wujud kira-kira 200 tahun dan mempunyai kabel besi yang masih kuat . Ia merentasi sungai ke bahagian kampung seberang di mana terkenalnya Mee Sungai Lembing. Jambatan gantung ini adalah salah satu tarikan pelancong yang terkenal di Sungai Lembing . Terdapat beberapa lagi jambatan gantung di sekitar sini. Namun, jambatan gantung ini tetap terkenal kerana menuju ke kawasan kilang mi.

ayujean.com
ayujean.com
  • Terowong Bijih Timah Sungai Lembing

Terowong bawah tanah sungai lembing atau ‘pengkang’ dikorek secara manual tanpa menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja melombong dijalankan, ahli-ahli kaji bumi terlebih dulu mengkaji kedudukan longgokan bijih timah. Kajian dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti perlombongan akan terus beroperasi. Terowong terdalam adalah lombong Myah. Lombong ini terletak 700 meter ke bawah dasar bumi manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak di antara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter.

Pengunjung biasa tidak dibenarkan mengunjungi terowong kerana terowong bawah tanah di Sungai Lembing itu tidak selamat dilawati memandangkan keadaannya yang telah lama ditinggalkan, ditenggelami air dan boleh runtuh pada bila-bila masa.

Keseluruhan terowong sepanjang lapan kilometer meliputi kawasan bijih seluas 1,600 hektar itu dianggap luar biasa dan mengungkap pelbagai cerita termasuk ramai yang meninggal dunia ketika membina terowong dan mencari gali bijih

sungailembing.blogspot
sungailembing.blogspot
agarakutidaklupa.blogspot
agarakutidaklupa.blogspot
  • Rumah Kristal

Kunjungan anda ke Sungai Lembing tidak lengkap sekiranya tidak melawat Rumah Kristal yang menempatkan koleksi lebih 3,000 jenis batu kristal. Rumah itu yang terletak di hujung Kampung Sungai Rimau, dimiliki oleh pasangan Lee Yon, 69, yang juga bekas pekerja kuari dan isterinya, Lim Sam Mooi, 59.

agarakutidaklupa.blogspot
agarakutidaklupa.blogspot
agarakutidaklupa.blogspot
agarakutidaklupa.blogspot
  • Gua Charah

Dikawasan Gua Charas,Sungai Lembing dikatakan terdapat beberapa gua lagi yang berada disitu antaranya Gua Buddha,Gua Gajah,Gua Tiga Beradik,Gua Puteri Bersikat,Gua Pecah,Gua Batu Nisan Raja,Gua Lubang Dalam dan Gua Lubang Hidung.

tripadvisor.com
tripadvisor.com
tripadvisor.com
tripadvisor.com