Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Apabila kita rasa ingin bersantai merehatkan badan, kita memilih untuk pergi ke Melaka. Sekarang ini, terdapat sebuah tempat baru yang menarik untuk anda habiskan masa di tengah-tengah bandar Melaka! Backyard Rio Melaka akan memberikan kepada anda pengalaman bermalam di tempat penginapan yang tidak akan dapat anda lupakan!

Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Backyard Rio Melaka terletak 600 meter jauh dari Porta de Santiago dan Kuil Sambo. Apartmen ini terletak menghadap Sungai Melaka dan menawarkan pemandangan menakjubkan bandar Melaka. Walaupun anda hanya duduk di dalam apartmen sahaja, anda masih lagi boleh meninjau Melaka dengan pantas! Biliknya sangatlah luas dengan hiasan dalaman yang anggun. Sudah tentulah ianya merupakan satu lagi sebab mengapa anda perlu melawat Melaka!

Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Apartmen ini boleh memuatkan sehingga 6 orang dan sangat sesuai untuk ahli keluarga atau sekumpulan kecil rakan-rakan anda. Terdapat 2 buah bilik tidur dengan 3 buah katil besar yang dilengkapi pendingin hawa dan juga kelengkapan lain seperti TV skrin rata, Wifi percuma, ruang tamu berpendingin hawa, dapur, makanan ringan dan juga kelengkapan peribadi.

Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Anda boleh tinggal di apartmen ini dengan hanya membayar RM358 untuk satu malam ditambah dengan cas perkhidmatan RM45, yang mana jumlah keseluruhannya ialah RM403 sahaja! Untuk menambah bilangan tetamu, anda hanya perlu menambah RM70! Apartmen ini sangatlah selesa dan mudah untuk anda bergerak ke tempat tarikan pelancong di Melaka kerana jaraknya yang dekat.

Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Percutian Terbaik di Backyard Rio Melaka

Rumah-rumah Penginapan Ala Retro di Melaka

Rumah-rumah Penginapan Ala Retro di Melaka

Melaka adalah salah satu negeri yang indah di Malaysia dan salah satu destinasi pelancongan yang paling popular. Tetapi anda pasti sukar untuk menemui rumah tamu vintaj ini di sini lagi. Adakah anda pernah berkeinginan untuk menginap di rumah-rumah penginapan yang unik dan memuaskan? Kini, pilihan anda semakin banyak dengan seleksi homestay klasik di Melaka!

  • Courtyard at Heeren Boutique Hotel
theeranboutiquehotel
theeranboutiquehotel
theeranboutiquehotel
theeranboutiquehotel

Courtyard di Hereen adalah hotel butik di Melaka dan merupakan sebahagian daripada Bandar Warisan Dunia UNESCO Melaka. Sama ada anda bersama keluarga anda atau dengan rakan-rakan anda, anda pasti bakal mempunyai pengalamn penginapan yang menyeronokkan dan santai. Courtyard di Hereen menawarkan bilik bertemakan retro.

Lokasi: 91 Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Street) Melaka

Hubungi No .: 06-281 0088

Laman Web Rasmi – http://courtyardatheeren.com

  • Jonker Boutique Hotel
jonkerboutiquehotel
jonkerboutiquehotel
jonkerboutiquehotel
jonkerboutiquehotel

Alami setiap saat yang unik di Jonker Boutique Hotel. Mereka menyediakan perabot yang indah, mewah dan perkhidmatan yang selesa untuk memastikan pengalaman Jonker Street yang selesa dan indah untuk anda!

Lokasi: 82 -86A Jalan Tokong Melaka

Hubungi No .: 06-282 5151

E-mel: [email dilindungi]

Laman Web Rasmi – http://jonkerboutiquehotel.com/

  • 45Lekiu Melaka Guesthouse
45lekiuguesthouse
45lekiuguesthouse
45lekiuguesthouse
45lekiuguesthouse

Jemput kawan anda dan nikmati percutian yang tidak dapat dilupakan di 45Lekiu Melaka Guesthouse! Bangunan deco seni pra-perang ini luas dan bergaya dalam setiap butiran. Anda pasti terpesona dengan gabungan eleman kontemporari dan perabot yang berabad-abad lamanya. Sleain itu, dinding bata bertekstur halus, bilik mandi mewah, dan kolam berpusingan yang menenangkan! Terdapat juga teres luar di atas bumbung dengan pemandangan Melaka lama.

Lokasi: 45, Jalan Hang Lekiu Melaka

Hubungi No .: 016-274 9686

Laman Web Rasmi: http://www.45lekiu.com

  • Ohana House
ohana
ohana
ohana
ohana
ohana
ohana

Cerah, mendamaikan, bersih, dan selesa . Selamat datang ke Rumah Ohana yang indah! Nikmati penginapan hebat di harga yang berpatutan!

Lokasi: 34-36, Jalan Jawa 75100 Melaka.

Hubungi No .: 017-679 3066

Laman Web Rasmi: http://www.ohanahouse.com.my

  • Vintage Eleven
Vintage Eleven
vintage eleven
Vintage Eleven
vintage eleven

Bersenang-lenang dengan seluruh ahli keluarga anda di Vintage Eleven. Sebuah homestay yang indah dengan gabungan unik klasik-moden dan suasana Baba Nyonya!

Lokasi: 11 Jalan Tokong, 75200, Melaka, Malaysia

Hubungi No .: 019-730 5796

Laman Web Rasmi: http://vintageeleven.com.my

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Mereka yang gila kerja semestinya mengetahui betapa pentingnya hujung minggu! Ia merupakan satu-satunya masa dalam seminggu di mana anda boleh merehatkan minda dan manjakan diri sendiri.

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Jangan biarkan hari-hari sebegini berlalu tanpa menggunakan sepenuhnya! Memandangkan sekarang ini musim panas, basahkan diri dengan air sejuk di Bayou Lagoon Park Resort! Percutian berpatutan yang ada dalam jangkauan anda.

Pakej nilai bermula daripada RM160

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Bayou Lagoon Park Resort menawarkan pakej bernilai pada harga RM160 sahaja! Pakej ini termasuklah penginapan suite yang selesa, sarapan dan tiket untuk taman air, bukankah ianya suatu pengalaman paling menyeronokkan pada harga yang amat berbaloi?

Taman air

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Musim panas hanya muncul setahun sekali, tetapi menghabiskan masa seharian di bawah cahaya matahari sememangnya tidak menyeronokkan jika tidak berenang dan menyimbah diri sendiri dengan air yang menyejukkan! Resort ini menawarkan gelungsur air yang berwarna-warni dan penembak air comel bertemakan kartun yang sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang berhati kanak-kanak.

Suite yang selesa

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Pakej nilai termasuk suite yang selesa berbeza daripada tiga jenis suite pada harga biasa. Setiap bilik dilengkapi dengan tilam yang selesa, televisyen, penghawa dingin, kipas, internet wireless, dan semestinya bilik air yang bersih dan luas. Bukankah ianya akan menjadikan penginapan ini berbaloi untuk dicuba? Satu lagi perkara yang menarik tentang penginapan ini ialah, ianya hanya beberapa langkah sahaja dari taman air dan kemudahan hotel yang lain jadi anda tidak perlu menghabiskan masa mencari kemudahan tersebut dan nikmati masa anda secara santai.

Pelbagai Kemudahan

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Resort ini menawarkan jakuzi untuk anda rehatkan minda dan badan anda yang keletihan! Memandangkan gaya hidup sihat ini merupakan sesuatu yang amat penting kepada orang ramai, di dalam resort ini juga ada terdapat gimnasium yang anda boleh gunakan untuk kekal sihat semasa anda sedang bercuti.

Pawagam 9D

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Filem 3D membolehkan anda melihat lebih daripada itu, bagaimana pula dengan filem 9D? Ya, bukan 3D dan 4D tetapi 9D! Pawagam 9D ini membolehkan anda merasai seolah-olah anda merupakan sebahagian daripada filem tersebut kerana tempat duduk akan bergerak-gerak, merasakan adanya asap, bunga api, air dan juga suhu yang akan berubah-ubah! Pawagam 9D ini tidak termasuk di dalam pakej, tetapi jika anda teringin untuk merasai pengalaman menakjubkan ini, anda hanya perlu membayar RM16.

Muzium Seni Magik

Percutian Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Di internet sekarang ini penuh dengan gambar-gambar fantasmagorik orang pada dinding 3D, anda pernah lihat tak salah satu daripadanya? Gambar comel pada dinding seni 3D ini membolehkan anda menangkap gambar epik gaya lucu anda! Dengan hanya RM28 (dewasa) dan RM22 (kanak-kanak), anda boleh merasainya di Bayou Lagoon Park Resort!

Lokasi yang bersesuaian

Bayou Lagoon Park Resort terletak 15 minit pemanduan dari bandaraya Melaka.
Bayou Lagoon Park Resort
Lokasi: Amari Villa, Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, Melaka
No untuk dihubungi: 06-233 0888/ +6013-286 8750
Laman web rasmi: http://www.bayoulagoon.com.my/