Fahami Konsep Semulajadi di Kulim EcoTrail

Fahami Konsep Semulajadi di Kulim EcoTrail

Adakah anda seorang pencinta alam? Adakah anda suka aktiviti luar? Adakah anda mencari beberapa pengembaraan ke dalam syurga  alam semulajadi yang menyegarkan? Sekiranya anda menjawab ya kepada semua soalan-soalan ini, mari meluangkan masa anda dengan menerima akses kunci kepada keindahan Kulim Eco Trail Retreat di Kota KInabalu! Anda sudah dapat menjamu mata anda dengan pemandangan tenang dan damai hanya dengan aktiviti kayaking, mendayung, berbasikal dan berkhemah.  Anda pasti akan mempunyai pengembaraan epik disini !

Penjenamaan Semula Sebuah Villa Lama.

Kulim EcoTrail
Kulim EcoTrail
Kulim EcoTrail
Kulim EcoTrail

Kulim Eco-Trail Retreat telah diubahsuai dan siap pada tahun 2012. Daripada sebuah banglo lama yang dibina pada tahun 1933. Kini ia menawarkan persekitaran yang bersih dan selesa dengan kemudahan lengkap.

Padang Hijau yang Terbentang Luas

Kulim EcoTrail
Kulim EcoTrail
Kulim EcoTrail
Kulim EcoTrail

Tempat ini mempunyai padang rumput besar yang berfungsi sebagai tempat untuk perkhemahan luar dan permainan dan aktiviti lain. Para tetamu pasti akan kagum dengan lokasi yang mempesona.

Pelbagai permainan dan cabaran yang menyeronokkan sedang menanti anda disini.

Kulim EcoTrail
Kulim EcoTrail

 

Kulim EcoTrail
Kulim EcoTrail

The Retreat Kulim Eco Trail menyediakan satu siri pembelajaran koperatif dan aktiviti kecergasan tubuh badan seperti memanjat pokok, memanah, lompat bintang, balik x-cape, larian berhalangan dan banyak lagi.

Pelbagai Jenis Aktiviti Air Menanti Anda Disini.

Fahami Konsep Semulajadi di Kulim EcoTrail

Fahami Konsep Semulajadi di Kulim EcoTrail

Adakah anda sangat mengemari sukan air? Hebat! Anda telah melawat tempat yang betul! Kulim Eco-Trail juga menyediakan aktiviti air yang menarik seperti arung jeram, belayar, berkayak, mendayung berdiri (SUP), dan banyak lagi. Banyak pencinta sukan air kini sering ke SUP yang popular. Di Kulim Eco-Trail, anda akan dapat meneroka Sungai Johor melalui aktiviti mendayung sendiri (SUP) dengan pengawasan oleh jurulatih mahir mereka.

Laluan Mencabar Menanti Penggemar Aktiviti Berbasikal.

Fahami Konsep Semulajadi di Kulim EcoTrail

Mungkin anda boleh mula mengajak rakan-rakan anda untuk mengasah kemahiran berbasikal cara lasak disini!

Unggun Api.

Fahami Konsep Semulajadi di Kulim EcoTrail

Sediakan diri anda untuk menyaksikan pertunjukan unggun api yang menakjubkan di mana kakitangan melakukan pelbagai jenis aksi yang melibatkan api. Contoh-contoh pertunjukannya ialah makan api dan melakukan persembahan yang akan membuatkan anda dalam keadaan penuh keterujaan! Anda juga boleh mengambil bahagian dalam tarian yang menyeronokkan seperti limbo, tarian buluh dan makarena.

 

Aura Thailand di Kelantan

Aura Thailand di Kelantan

Dalam sistem kepercayaan penduduk Melayu Kelantan terdapat beberapa elemen yang berasal dari luar sistem keagamaan Islam. Oleh kerana agama Hindu dan Buddha mendahului kedatangan agama Islam, beberapa elemen Hindu dan Buddha telah diserap ke dalam sistem kepercayaan orang Melayu tempatan.

Tiga daripada elemen kepercayaan berbentuk magis, iaitu besi bat, air jampi tok ca dan minyak mati dibunuh telah lama mempengaruhi persepsi kepercayaan tradisional orang Melayu. Penyerapan tersebut berpunca daripada pertembungan di antara budaya Siam dengan budaya Melayu, yang telah menghasilkan beberapa ciri budaya Sanskrit. Besi bat dan air jampi tok ca berkait rapat dengan institusi keagamaan Buddha, sementara minyak mati dibunuh berasal daripada sistem kepercayaan Brahman (phram) yang juga menjadi sebahagian penting daripada sistem kepercayaan orang Siam.

Penerimaan elemen Buddha dan Siam oleh orang Melayu Kelantan dapat dilihat daripada beberapa sudut. Contoh yang paling ketara adalah kewujudan wat-wat siam sekitar Kelantan.

  • Wat Machimmaran ( Sitting Buddha)

Wat Machimmaram adalah sebuah tokong yang dikenali sebagai ‘Sitting Buddha’ yang merupakan ‘Sitting Buddha’ kedua terbesar di Asia Tenggara. Ia terletak di kampung Jubakar,Tumpat. ‘Sitting Buddha’ tersebut telah dibina pada tahun 1991 dan ia telah dibina oleh masyarakat Thai Kelantan iaitu masyarakat siam yang sudah bercampur dengan budaya cina tempatan. Oleh sebab itu, seni bina ‘Sitting Buddha’ tersebut mempunyai campuran pengaruh budaya siam dan cina. Untuk membina ‘Sitting Buddha’ tersebut, ia telah dibelanjakan sebanyak empat juta dan ia telah dibina atas sumbangan orang ramai yang kebanyakannya orang siam dan orang cina. ‘Sitting Buddha’ tersebut juga mempunyai ketinggian 30 meter, 47 meter dan tapak kawasan ‘Sitting Buddha’ adalah tujuh ekar.

Aura Thailand di Kelantan
Credit to Utusan.my
  • Wat Phothivihan

Wat Photivihan pula ialah sebuah tokong buddha yang dikenali sebagai ‘Sleeping Buddha’. Ia merupakan sebuah patung buddha yang kedua terbesar di dunia selepas patung buddha Myanmar dan telah dibina pada tahun 1973. Tapak ‘Sleeping Buddha’ tersebut telah berusia 300 tahun dan bangunan pula berusia 40 tahun. ‘Sleeping Buddha’ tersebut terletak di Kampung Jambu, Tumpat yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Beruk. Ia telah dibina dengan perbelanjaan dua juta dan dibina atas sumbangan orang ramai tanpa menerima  sumbangan dari kerajaan. ‘Sleeping Buddha’ tersebut mempunyai panjang 41 meter, lebar 11 meter dan tapak kawasan sebanyak enam ekar. Di Wat Photiviam terdapat empat orang sami dan dua orang pekerja menjaga dan membersihkan ‘Sleeping Buddha’ tersebut.

Aura Thailand di Kelantan
Credit to flickr
Aura Thailand di Kelantan
Credit to flickr
  • Wat Wat Phikul Thong Buddist

Wat Wat Phikul Thong Buddist mempunyai sebuah patung buddha berdiri yang terletak di Kampung Terbok, Tumpat. Ianya telah wujud selama 200 tahun yang lalu dan telah dibina selama 13 tahun yang lalu. Patung Buddha tersebut mempunyai ketinggian 12 meter dan besar sebanyak empat meter. Ia merupakan patung buddha yang terbesar di negara ini. Warna patung buddha berdiri ini juga adalah berwarna emas dan apabila terkena cahaya matahari ia akan berkilau dan kelihatan seperti patung emas. Kawasan Wat Phikul Thong Buddist ini pula kelihatan seperti sebuah perkampungan Thai dan seni bina bangunan serta rumahnya pula sangat unik.

Credit ravel.my
Credit travel.my
Credit travel.my
Credit travel.my
  • Wat Mai Suwankiri

Wat Mai Suwankiri adalah salah satu tokong Thai yang terkenal di Kelantan. Wat Mai Suwankiri terletak di Kampung Bukit Tanah, Tumpat yang berdekatan dengan Kampung Laut. Tokong Wat Mai Suwankiri dikenali sebagai ‘Dragon Boat’ kerana tokong ini terdapat ‘bot’ yang sering menjadi tumpuan masyarakat yang datang di tempat tersebut. ‘The Dragon Boat’, terletak di perkarangan kuil dan ia mempunyai empat naga sebagai penjaga dan ‘bot’ tersebut dikelilingi air. Di tokong Thai tersebut terdapat patung buddha berdiri di atas bumbung yang sering menjadi penghormatan oleh masyarakat yang beragama buddha.  Tokong thai-buddha tersebut telah dibina lebih dari seratus tahun yang lalu oleh tukang pakar dari Thailand. Selain itu, terdapat sebuah bangunan besar yang sangat cantik dan menakjubkan di perkarangan kuil iaitu Dewan Utama Wat Mai Suwankiri. Di dalam Dewan Utama tersebut pula terdapat patung-patung dan mayat ketua sami yang dijadikan sebagai bahan paparan kepada pelancong. Hampir seluruh bangunan yang terdapat di Wat Mai Suwankiri berwarna keemasan.

Credit travel.my
Credit travel.my