Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Sewaktu kita masih lagi bersekolah, kita pernah mempelajari tentang budaya-budaya lain dan juga jenis-jenis rumah. Sebagai contoh, orang Eskimo tinggal di dalam iglu, orang nomad pula tinggal di dalam yurt/ger Mongolia, sebuah khemah mudah alih berbentuk bulat yang dilitupi dengan kulit haiwan.Kita juga selalu bayangkan besar manakah khemah tersebut, adakah di dalam khemahnya rasa panas? Sejuk? Selesa ke? Siapa sangka, kita tidak perlu lagi pergi ke Mongolia untuk melihat yurt Mongolia! Di Johor, terdapat sebuah hotel yang menawarkan unit pondok Mongolia! Anda sudah bersedia untuk mengalami pengalaman bermalam yang tidak dapat dilupakan? Mari kita terokai CSA Recreation Wellness Centre, hotel/ tapak perkhemahan pertama di Malaysia yang menawarkan pengalaman tinggal di yurt Mongolia.

Bersantai di tempat penginapan yang unik

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

CSA menawarkan 5 buah unit pondok Mongolia yang unik dan sangatlah selesa dilengkapi dengan 8 buah katil dan pendingin hawa. Pondok ini ringkas sahaja rupanya tetapi masih lagi selesa dan menarik. Sudah tentu anda boleh menikmati tidur malam yang nyenyak. CSA juga mempunyai 6 buah kolam renang spa dan juga 8 buah bilik mengurut untuk anda mendapatkan pengalaman bersantai yang terbaik!

Yurt tradisional yang ringkas dan cantik ini membolehkan anda menikmati waktu anda

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Yurt tradisional ini akan membuatkan para tetamu berasa seperti benar-benar sedang berada di yurt Mongolia. Walau bagaimanapun, unit ini masih lagi mempunyai sentuhan moden, sebagai contoh, terdapat pendingin hawa, bekalan elektrik, kipas, dan juga katil yang selesa. Yurt ini turut menyediakan mandian herba seperti serai, cuka, limau bali, teh, air, garam terapi, terapi lumpur dan lain-lain yang membantu menjadikan tetamu lebih santai.

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Pemandangan indah dan romantik yang sesuai untuk gambar perkahwinan anda

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Terletak di antara bukit yang membolehkan anda melihat selat Johor, CSA menawarkan pemandangan menyegarkan yang memukau mata. Yurt tradisional dan juga tempat yang cantik ini boleh menjadi latar belakang bagi gambar perkahwinan anda!

Bermalam di Yurt Tradisional Mongolia yang Terdapat di Johor

Mengagumkan, kan? Terima kasih kepada CSA Recreation Wellness Centre, sekarang ini kita semua boleh merasai pengalaman bagaimana untuk tinggal di yurt tradisional!

CSA Recreation Wellness Center

Lokasi: JAP 40/ 10-2 Kampung Air Puteh, Kg Sawah Pekan Nanas, Pontian Kechil, Johor, Malaysia
No telefon: 018-761 2288
Kredit gambar: Laman Facebook CSA Recreation Wellness Center

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Pernahkah anda berasa letih walaupun setelah tidur beberapa jam? Rasa bosan dengan kerja harian anda? Rasa tidak tahu lagi bagaimana untuk mengharungi kehidupan anda? Mungkin anda terlalu memaksa diri sendiri melebihi kemampuan anda. Kata orang, waktu yang terbaik untuk anda berehat ialah sewaktu anda sebenarnya tiada masa pun untuk berehat.

Maksud saya, anda sendiri berhak untuk mendapatkan rehat yang memuaskan untuk lari daripada pelbagai tekanan. Jadi, apa kata anda lari jauh daripada kesibukan bandar dengan pergi ke sebuah tempat yang tenang? Anda mungkin berminat untuk meninjau sebuah tempat di Kulai, Johor ini yang akan memberikan kepada anda apa yang anda mahukan.

Selamat Datang ke GARDEN KUAN!

Sebuah Bed & Breakfast di kaki gunung!

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Bayangkan betapa santainya rasa jika dapat berada di sebuah tempat yang terdapat di kaki gunung? Di sini, anda dapat mendakap keindahan alam semula jadi, merasai angin bayu yang bertiup pada kulit anda dan melihat tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan yang terdapat di sekelilingnya. Tekanan yang anda rasai sudah semestinya akan melayang pergi di tempat yang menarik ini.

Chalet dengan gaya Eropah: Destinasi terbaik untuk percutian

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan terdiri daripada lima buah teratak kecil yang menawan hati di mana para tetamu boleh menikmati teratak dengan 4 buah bilik dan juga teratak dengan 4 buah bilik berkembar. Jangan pandang rendah dengan saiznya yang kecil kerana kesemua teratak mempunyai kelengkapan yang cukup dan juga amatlah selesa!

Lihatlah haiwan-haiwan comel merayau-rayau hanya di luar teratak anda

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Haiwan-haiwan comel yang ditemui merayau-rayau di sekitar kawasan halaman menambah lagi keindahan tempat ini! Lihat dan mainlah bersama dengan monyet dan anjing yang mesra ini di samping melihat kolam yang dipenuhi dengan ikan-ikan kecil dan itik-itik yang berenang bebas. Di sana juga terdapat banyak ayam dan angsa yang merayau di sekitar taman.

Ketahui misteri alam semula jadi

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Memandangkan lokasinya yang terletak di kaki gunung, tidak pelik jika anda dapat melihat pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan juga kolam yang dipenuhi dengan bunga teratai! Mari kita lihat sama ada anda tertarik atau tidak dengan pemandangannya!

Nikmati roti buatan sendiri dan juga makanan lain yang meliurkan!

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

 

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Garden Kuan: Destinasi Pelancongan Mingguan Anda di Kluang Johor

Jika anda menikmati teratak dengan pemandangan di luar pintunya yang cantik, sudah tentu makanan yang disediakan di atas mejanya juga akan membuatkan anda lebih jatuh cinta dengan Garden Kuan! Jamu selera anda dengan pelbagai pilihan lauk dan juga roti buatan sendiri.
Bersedialah dengan perut anda untuk menikmatinya!

Garden Kuan
Lokasi: Jalan Padang Tembak, 86000 Kluang, Johor, Malaysia
No telefon: 011-1081 6657 (Mr. Kuan)

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Semakin majunya dunia, semakin banyak penyakit dan virus yang kita temui. Daripada makanan tidak sihat yang kita makan kepada teknologi koden yang kita gunakan, badan kita menjadi terdedah kepada pelbagai penyakit.

Ya, sudah pastinya menatap Facebook atau Instagram anda sepanjang hari, menonton video secara berlebihan, minum minuman beralkohol dan makan daging dan makanan masin dalam kuantiti yang banyak merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Tetapi tabiat sebegini sememangnya tidak bagus untuk kesihatan anda. Mujurlah terdapat banyak klinik yang bagus di Johor Bahru yang boleh anda pergi sekiranya anda mula rasa sakit. Menjaga kesihatan diri merupakan suatu perkara yang amat penting, jadi marilah bersama menjaga anggota badan kita. Di bawah ini ialah 10 klinik Perubatan Tradisional Cina yang terbaik di JB.

1.Ungku Mohsin

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Klinik ini dikatakan sangat terkenal sehinggakan sultan dan pegawai-pegawai rasmi datang ke sini untuk mendapatkan terapi tradisional yang dapat melegakan rasa sakit yang dialami. Setiap hari, ramai orang akan bersabar menunggu giliran mereka untuk dirawat.

Lokasi: 6, Lorong 1, Kg. Ungku Mohsin, 80350 Johor Bahru, Johor

2. Rawatan Tabib Tian Chin

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Anda sedang mengalami sakit tulang? Klinik ini menawarkan akupunktur yang berkesan merawat sakit anda sekaligus membantu anda untuk sembuh dengan lebih cepat.

Lokasi: No. 2, Jalan Susur 4, Taman Sri Kulai Baru, 81000 Kulai, Johor
No telefon: 07- 662 3307

3. Klinik Akupunktur Ren Shan

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Biarkan pengamal perubatan Cina yang berpengalaman di klinik ini uruskan kesihatan anda dengan rawatan akupunktur mereka.

Lokasi: 67, Jalan Mutiara 1/9, Taman Mutiara Mas, Skudai, Johor, Malaysia
Waktu: 9.30 pagi – 8.00 malam (Isnini – Ahad)
No telefon: 012-793 3229

4. 国医堂

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Selain daripada rawatan ortopedik, akupunktur dan juga kiropraktik, klinik ini juga menyediakan rawatan untuk masalah kemandulan.

Lokasi: 31, Jalan Indah 16/6, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor
No telefon: 016-442 7142

5. 湘杏中医 T. C.M. Medical Centre

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

湘杏中医 T.C.M. Medical Centre merupakan sebuah tempat yang terkenal di kawasan tersebut disebabkan perkhidmatan terbaik yang mereka berikan untuk membantu pesakit supaya sembuh.

Lokasi: 78, Jalan Serampang, Taman Pelangi, Johor Bahru
No telefon: 07- 333 1315

6. Southern Traditional Chinese Medical Centre

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Sebagai tambahan kepada perkhidmatan perubatan dan akupunktur mereka, pusat perubatan ini juga mempunyai perkhidmatan ubat-ubatan Cina, dermatologi, onkologi, geriatrik dan neurologi. Selain itu, mereka juga menawarkan perkhidmatan kaunseling dan rundingan secara tetap kepada orang awam.

Lokasi: Southern TCM Center, TCM Building, Southern University College, PTD 64888, 15KM, Jalan Skudi, POBOX 76, 81300 Skudai, Johor
Waktu: 9.00 pagi – 5.00 petang
No telefon: 07-554 1795, 07-558 6605

7. Chengde Traditional Chinese Medicine

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Chengde TCM menawarkan pelbagai jenis pakar perubatan untuk kanak-kanak, para wanita, dan mereka yang berusia.

Lokasi: 10, Jalan Pertama 4, Danga Utama, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Waktu: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari/ 2.00 petang – 5.30 petang/ 7.00 malam – 8.30 malam

8. TCM Healthcare & Acupuncture10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Terletak di Perling, TCM Healthcare & Acupuncture ini merupakan sebuah klinik yang popular dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik.

Lokasi: 505, Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Waktu: 10.00 pagi – 7.00 petang (Selasa – Sabtu)
No telefon: 07-232-148

9. Kiropraktor Tradisional Pozhi Lin 

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Doktor di hospital ini bukan sahaja pakar dalam merawat masalah tulang belakang, bahkan juga berupaya untuk memberikan bimbingan kesihatan di dalam forum untuk membantu orang ramai menjaga kesihatan badan mereka dan merawat sakit pada badan. Jika anda sedang mengalami rasa sakit di leher dan bahu, sakit dada, atau kaki yang lumpuh, anda seharusnya pergi ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan percuma dan lihat apa rawatan yag diperlukan.

Lokasi: 1 Jalan Anggerik 21, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru
No telefon: 013- 743 0612
Waktu: 10.00 pagi – 3.00 petang

10. Chong Heng Medical Hall 中兴中医参茸药行

10 Klinik Perubatan Tradisional Cina Yang Terbaik di Johor Bahru

Chong Heng Medical Hall 中兴中医参茸药行 ini bukanlah klinik biasa-biasa. Di sini terdapat pelbagai herba perubatan yang akan membantu merawat sakit anda.

Lokasi: 66, Jalan Dato Abdul Hamid, Bandar Baru Tampoi, Johor Bahru
Waktu: 9.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Ahad)

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Salah satu perkara yang selalu anda fikirkan setiap kali melancong sudah semestinya tentang barang yang bernilai untuk dibawa pulang ke rumah: lebih-lebih lagi makanan yang boleh dijadikan sebagai cenderamata. Saya percaya, setiap tempat bangga dengan produk asli mereka, kan? Tetapi, sebelum kita mengenali produk asli tempat lain, apa kata kita kenali dahulu apa yang terdapat di Johor!

Bagi mereka yang merancang untuk melawat dan mencari cenderamata yang akan membuatkan mereka tidak lupakan Johor, di bawah ini adalah sebahagian lokasi yang wajib anda pergi untuk membelinya…

1. Yuen Fatt Biscuit Sdn Bhd

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Sama ada keluarga anda, saudara-mara, rakan-rakan yang tercinta mahupun rakan sekerja anda menyukai kuih bulan ataupun tidak, satu perkara yang pasti ialah mereka tidak akan dapat menahan diri daripada mencuba kuih bulan buatan Yuen Fatt Biscuit yang sangat sedap seperti rupanya!

Lokasi: No 39, Jalan Haji Manap Nordin, Kluang Baru, Kluang, Johor, Malaysia
No telefon: +607-773 7107/ +6012-715 8287
Waktu: Isnin – Ahad, 9.00 pagi – 8.00 malam; Ahad, 9.00 pagi – 1.00 petang

2. Kilang Bakeri & Biskut Hiap Joo

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Jika anda sedang mencari kek pisang untuk diberikan kepada mereka yang tersayang, pergilah ke Hiap Joo, sebuah kilang biskut dan bakeri yang terkenal dengan roti yang dibakar secara tradisional dan rasanya sangatlah sedap!

Lokasi: 13, Jalan Tan Hiok Nee, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia
No telefon: +607-223 1703
Waktu: Isnin – Sabtu, 8.00 pagi – 6.00 petang; Ditutup pada hari Ahad

3. Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Bersoraklah, para peminat kopi! Di Kluang terdapat sebuah kilang kopi dengan sejarah lebih empat dekad yang akan membuatkan anda teringat kembali zaman kanak-kanak anda – Kilang Serbuk Kopi Kluang! Pilih di antara tiga jenis kopi ini untuk dibawa pulang ke rumah: Liberica, Arabica dan Robusta

Lokasi: 76, Jalan Besar, 86000 Kluang, Johor, Malaysia
No telefon: +607-773 1943
Waktu: 8.00 pagi – 5.00 petang

4. Tong Huat Confectionery

10 tempat untuk membeli produk asli Johor
Berbangga dengan jualan produknya, Tau Sar Pneah yang rangup dan sangat sedap, sudah semestinya anda perlu membawa pulang! produk ini! Pastikan anda menghubunginya dahulu kerana produk ini laris terjual dan selalunya tiada stok.

Lokasi: No. 28 & 30, Jalan Cantik, Johor, 86000 Kluang, Johor, Malaysia
No telefon: +607-771 4616

5. Sin Sin Foodstuff

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Jika anda merupakan peminat kuih Nyonya, pastikan anda tidak ketinggalan untuk pergi ke Sin Sin Foodstuff, yang telah beroperasi sejak beberapa tahun lalu dan juga tempat yang menjual kuih Nyonya paling sedap di bandar tersebut!

Lokasi: 36-4, Jalan Jenang, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
No telefon: +607-431 6599

6. YOYO Native Food Products Sdn Bhd

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Sepeti mana namanya, YOYO menjual pelbagai jenis produk tempatan antaranya termasuklah Beh The Soh dan Ma Ti Su yang sangat sedap rasanya.

Lokasi: 19 & 21 Jalan Cahaya Baru, 83700 Yong Peng, Johor, Malaysia
No telefon: +607-467 9678
Waktu: Isnin – Jumaat, 9.00 pagi – 6.00 petang; Sabtu Ahad, 8.30 pagi – 7.00 malam

7. Kedai Bakeri Biskut Hua Bee

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Kedai ini merupakan perniagaan milik keluarga yang pakar dalam membuat pelbagai jenis kuih dan biskut tradisional Cina yang pastinya akan membuatkan anda menyukai rasanya! Belilah sekotak atau dua dan berikanlah kepada mereka yang tersayang merasai keenakannya!

Lokasi: 10, Jalan Solok, Tangkak, Johor, Malaysia
No telefon: +606-978 1303
Waktu: Selasa – Ahad, 8.00 pagi – 6.00 petang; Ditutup pada hari Isnin

8.Choy Ban Hakka Dumplings

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Salah satu makanan yang anda tidak boleh ketinggalan untuk mencubanya di Johor ialah ladu Choy Ban Hakka yang boleh dibeli di kedainya yang terletak di Kulaijaya. Kesemua ladu yang dijual di sini dijamin buatan sendiri dengan pelbagai perasa!

Lokasi: Jalan 6, Kelapa Sawit, 81030 Kulaijaya, Johor, Malaysia
No telefon: +6016-764 4264
Waktu: Khamis – Selasa, 7.00 pagi – 3.00 petang; Ditutup pada hari Rabu

9.Kedai Kopi Tang Chuan

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Setelah lebih 50 tahun menjual pau, Kedai Kopi Tang Chuan juga merupakan sebuah tempat yang membolehkan anda membeli pau yang baru dimasak untuk keluarga anda!
Lokasi: 763, Jalan Batu Pahat, Ayer Hitam, Johor, Malaysia
No telefon: +6012-726 9989
Waktu: Isnin – Ahad, 8.30 pagi – 6.00 petang

10.Nictar Pineapple House

10 tempat untuk membeli produk asli Johor

Bagi mereka yang mahu membawa pulang beberapa botol ekstrak nanas, pergilah ke Nictar Pineapple House yang terletak di Pontian, Johor. Jangan risau kerana produk mereka tidak mempunyai bahan pengawet kerana mereka hanya menggunakan jus asli. Yum!

Lokasi: 762, Jalan Taib, Pontian, Johor, Malaysia
No telefon: +6012-707 2589; +6012-700 2235
Waktu: Isnin – Ahad, 9.00 pagi – 8.00 malam

8 Homestay Percutian Terbaik Keluarga di Sekitar Johor

8 Homestay Percutian Terbaik Keluarga di Sekitar Johor

Anda sedang merancang percutian hebat untuk masa akan datang? Pastikan anda memilih yang terbaik. Apa yang kami maksudkan dengan terbaik ialah perkhidmatannya yang terbaik, tempat yang mengagumkan dan harga yang berpatutan. Mujurlah Johor Bahru mempunyai pelbagai homestay untuk anda menetap sama ada bersama dengan kawan-kawan atau dengan keluarga anda.

Cuba lihat senarai di bawah:

1. JB Guesthouse

8 Homestay Percutian Terbaik Keluarga di Sekitar Johor

8 Homestay Percutian Terbaik Keluarga di Sekitar Johor

JB Guesthouse merupakan rumah bandar dua tingkat dengan lima buah bilik serba lengkap bersama bilik mandi dan dapur kecil.
No telefon: +6012-713 8930/ +6012-722 8930/ +607-331 9801

2. JB Lovely Homestay

8 Homestay Percutian Terbaik Keluarga di Sekitar Johor

8 Homestay Percutian Terbaik Keluarga di Sekitar Johor

Satu lagi perkara yang baik tentang homestay ini ialah, selain daripada hiasan dalamannya yang cantik dan ruangnya yang selesa, lokasinya juga bersesuaian untuk para tetamu. Tempat ini juga memudahkan anda untuk menuju ke lapangan terbang, Premium Outlet, Puteri Harbor, Pusat Bandar dan Stesen Bas Utama. Rumah ini dilengkapi dengan TV, dua balkoninya dan juga kemudahan BBQ.
No telefon: +607-331 0334/ +6012-643 0503

3 .Homestay Villa Le Jollax

8 Homestay Percutian Terbaik Keluarga di Sekitar Johor

8 Homestay Percutian Terbaik Keluarga di Sekitar Johor

Terletak di Senai, Villa Le Jollax ini direka mewah dengan sejumlah lima buah bilik. Tempat ini sangatlah sunyi dan dikelilingi dengan kehijauan yang akan menceriakan hari anda. Jika anda berhasrat untuk menyambut hari lahir, ulang tahun, atau apa jua majlis istimewa, anda boleh menyewa tempat ini yang boleh memuatkan dalam 30-50 orang. Anda boleh mengadakan parti berhampiran dengan kolam renang dan sudah pastinya ahli keluarga serta kawan rapat anda akan seronok menikmatinya!
No telefon: 012-786 8800/ 012-734 5000

4. Eco B & B

8 Homestay Percutian Terbaik Keluarga di Sekitar Johor

8 Homestay Percutian Terbaik Keluarga di Sekitar Johor

8 Homestay Percutian Terbaik Keluarga di Sekitar Johor

Lihatlah ruangnya yang ceria dan menarik! Nampak selesa juga kan. Eco B & B merupakan sebuah homestay mesra alam sekitar yang menyediakan susunan dan reka bentuk perabut yang selamat untuk alam sekitar. Turut disediakan juga ialah bilik yang luas yang bersambung dengan bilik air.
No telefon: +607-244 6499

5. TKL Hotel and Homestay

8 Homestay Percutian Terbaik Keluarga di Sekitar Johor

8 Homestay Percutian Terbaik Keluarga di Sekitar Johor

8 Homestay Percutian Terbaik Keluarga di Sekitar Johor

Jadikan percutian anda satu memori yang tak dapat dilupakan dengan menetap di TKL Hotel and Homestay. Rasai pengalaman menetap di tempat yang sangat selesa dengan ruang yang cantik dan terdapat pelbagai kemudahan. Anda juga boleh memilih bilik yang anda inginkan daripada bilik Superior, bilik Deluxe, bilik Famili dan juga bilik VIP.
No telefon: +607338 4999

6. Bukit Indah Guest House

8 Homestay Percutian Terbaik Keluarga di Sekitar Johor

Dengan tamannya yang menyegarkan dan kolam di luar bangunan, Bukit Indah Guest House sememangnya layak dimasukkan ke dalam senarai ini. Para tetamu boleh menikmati penginapan mereka yang dilengkapi dengan pendingin hawa, sauna dan juga pusat kesihatan. Di sana juga terdapat sebuah dapur yang dilengkapi dengan peti sejuk dan bar mini.
Lokasi: 46, Jalan Indah 10/11, Taman Bukit Indah, Bukit Indah, 79100 Johor Bahru, Malaysia

7. Johor Legoland Homestay

8 Homestay Percutian Terbaik Keluarga di Sekitar Johor

Menuju ke Taman Tema Legoland? Untuk menjadikan lawatan anda lebih menakjubkan, apa kata daftar masuk ke Johor Legoland Homestay! Tempat ini merupakan apartmen yang lengkap dengan perabut, pendingin hawa 3-4 buah bilik, 2 buah bilik air, TV LCD, taman permainan kanak-kanak di luar dan juga kolam renang. Anda berada dalam keadaan selamat di sini kerana terdapat perkhidmatan keselamatan 24 jam.
No telefon: +6017-642 9033/ +6016-781 3820

8. JR Homestay

8 Homestay Percutian Terbaik Keluarga di Sekitar Johor

8 Homestay Percutian Terbaik Keluarga di Sekitar Johor

Kesemua ahli keluarga anda sudah pastinya akan berasa seronok menetap di JR Homestay. Mengapa? Ini disebabkan rumah tersebut merupakan rumah teres dua tingkat yang dilengkapi dengan ruang tamu berpendingin hawa, ruang makan, 4 buah bilik tidur yang juga mempunyai pendingin hawa, 3 buah bilik air, dan juga perkhidmatan pengawasan CCTV 24 jam.
Lokasi: Precinct 10, Taman Setia Indah, Johor Bahru

No telefon: +6593204254/ +6584982393/ +60149233216

8 Hotel Terbaik Berhampiran Senai Airport

8 Hotel Terbaik Berhampiran Senai Airport

Jika anda sedang mencari tempat yang menarik di mana anda boleh bermalam dengan selesa sementara menunggu penerbangan anda, hotel-hotel dan resort-resort yang berhampiran Airport Senai Johor ini menjanjikan pengalaman bermalam yang terbaik sebelum anda meninggalkan Johor!

1. U & ME Hotel Senai

8 Hotel Terbaik Berhampiran Senai Airport

Menjanjikan kemudaham yang mencukupi dan selesa, hotel bajet ini terletak hanya 10.2 kilometer dari Lapangan Terbang Senai, sememangnya sebuah tempat yang terbaik untuk anda tinggal bermalam! Terdapat enam jenis bilik yang anda boleh pilih dan hotel ini juga dikelilingi dengan pelbagai restoran.

Lokasi: 48 & 49, Jalan Sri Putra 1, Bandar Putra 81000 Kulaijaya, Johor, Malaysia
No telefon: +607-662 6668

2. Rina Balinese Resort

8 Hotel Terbaik Berhampiran Senai Airport

Bagi pengembara yang mencari tempat yang menenangkan untuk bermalam berhampiran dengan Lapangan Terbang Senai Johor, resort yang terletak 12.4 kilometer dari lapangan terbang inilah tempatnya! Tempat ini bukan sahaja menawarkan bilik yang selesa sahaja bahkan turut menawarkan perkhidmatan urutan yang melegakan badan, minda dan jiwa anda!

Lokasi: Lot 2515, Jalan Seelong Jaya 6, Kampung Seelong Jaya, Jalan Seelong, 81400 Senai, Johor, Malaysia
No telefon: +6016-716 1168

3. Avantgarde Hotel

8 Hotel Terbaik Berhampiran Senai Airport

Keselesaan ditambah juga dengan kemudahan yang bersih melambangkan Avantgarde, sebuah hotel yang terletak 16.8 kilometer dari Lapangan Terbang Senai. Selain daripada lokasinya yang berhampiran lapangan terbang, hotel ini juga terletak berhadapan dengan sebuah taman rekreasi! Bukan itu sahaja, Legoland Malaysia dan Hello Kitty Town juga terletak tidak jauh dari hotel ini.

Lokasi: 72, 74, 76 & 78, Jalan Sutera Tanjung 8/4, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor, Malaysia
No telefon: +607-557 3999

4. IOI Palm Villa & Resort

8 Hotel Terbaik Berhampiran Senai Airport

Resort ini merupakan tempat yang terbaik bagi pengembara yang hanya membawa beg galas yang mahu berehat dan bersukan kerana ianya menawarkan pelbagai kemudahan kelab dan padang golf dengan 27 buah lubang! Perjalanan hanya mengambil masa lima minit sahaja dari lapangan terbang. Bukankah ini satu destinasi yang sempurna untuk anda?

Lokasi: IOI Palm Villa Golf & Country Resort, Property Village Berhad (282021-U), PTD 44500, Jalan Indah Utama, Bandar Putra, 81000 Kulaijaya, Johor, Malaysia
No telefon: +607-599 9099

5. Pulai Spring Resort

8 Hotel Terbaik Berhampiran Senai Airport

Sebuah lagi destinasi untuk berehat dan bersukan yang terletak 17.8 kilometer dari Lapangan Terbang Senai. Resort ini terkenal dengan kemudahan golf bertaraf dunia dan kemudahan rekreasi yang lain yang menjadikannya tempat terbaik untuk anda menghabiskan masa!

Lokasi: KM20, Jalan Pontian Lama, 81110, Johor, Malaysia
No telefon: +607-521 2121

6. Le Grandeur Palm Resort Johor

8 Hotel Terbaik Berhampiran Senai Airport

Jika terdapat tempat yang berhampiran Lapangan Terbang Senai yang dipenuhi dengan pelancong dari Singapura, tidak lain tidak bukan, Le Grandeur Palm Resort Johor inilah tempatnya! Resort ini terletak hanya 2.4 kilometer sahaja dari lapangan terbang. Terdapat pelbagai kemudahan mewah yang disediakan antaranya termasuklah padang golf, spa, jelajah kampung, aktiviti sukan dan lain-lain!

Lokasi: Jalan Persiaran Golf, Off Jalan Jumbo, 81250 Senai, Johor, Malaysia
No telefon: +607-599 6000

7. Castello Hotel Johor

8 Hotel Terbaik Berhampiran Senai Airport

Castello Hotel Johor merupakan sebuah tempat yang penuh kemewahan untuk anda habiskan masa dengan harga yang berpatutan. Terletak 10.6 kilometer dari Lapangan Terbang Senai, hotel ini menawarkan pengalaman menginap di tempat yang selesa yang tidak akan dapat dilupakan!

Lokasi: 93 & 94, Jalan Kenanga 29/7, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor, Malaysia
No telefon: +607-662 5319

8. Mood Hotel Johor

8 Hotel Terbaik Berhampiran Senai Airport

Hotel yang baru sahaja dibina di kawasan perniagaan, hiburan dan tempat membeli-belah ini terletak hanya 16.7 kilometer dari Lapangan Terbang Senai. Hotel ini mempunyai bilik yang sangat luas serta dipenuhi kelengkapan.

Lokasi: 2, Jalan Sutera Tanjung 8/3, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor, Malaysia
No telefon: +607-558 6606

Eco Bed & Breakfast – Homestay Johor yang mesra alam

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Kita boleh lihat sebab mengapa para pelancong mahupun mereka yang hanya mahu menghabiskan hujung minggu gemar untuk tinggal di homestay bed & breakfast. Selain daripada sesuai untuk anda bergambar bagi Instagram, homestay selalunya mempunyai aura selesa yang menjadikan percutian lebih bermakna.
Di Johor Bahru terdapat pelbagai homestay dengan pelbagai gaya, reka bentuk dan konsep. Salah satu daripada homestay yang terbaik di sana ialah Eco Bed & Breakfast. Mari kami tunjukkan kawasan sekitarnya kepada anda.

Hiasan dalamannya yang berwarna putih membuatkan seluruh tempat ini nampak cantik dan ceria

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Warna putih melambangkan kesucian dan kebersihan. Tidak hairanlah jika homestay ini bejaya membuatkan tetamunya jatuh cinta dengan setiap sudut tempat ini.Hiasan dalaman berwarna putih yang cantik ini menjadikan seluruh kawasannya menarik dan menyegarkan!

Bingkai katil yang menarik menambah lagi kecantikan ruangnya

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Satu perkara terbaik yang kami suka tentang homestay ini ialah reka bentuk seluruh tempat ini selain daripada bilik-biliknya yang selesa. Siapa sahaja yang tidak mahu berehat-rehat dan tidur di bilik secantik ini? Yang terbaiknya, Eco Bed & Breakfast tahu bagaimana untuk membuatkan tetamunya rasa kagum dengan ruangnya yang terhias indah. Katil-katilnya ringkas sahaja tetapi masih lagi menarik. Terdapat juga katil dengan bingkai yang comel, katil buaian, dan katil berbentuk bulat yang membantu anda berehat!

Tempat ini sememangnya mesra alam sekitar!

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Eco B & B merupakan homestay mesra alam sekitar yang menyediakan perabut dengan reka bentuk dan susunan yang mesra alam sekitar. Misi Eco B & B ialah untuk membangkitkan kesedaran terhadap alam sekitar dalam diri setiap pelancong.

Penuhkan perut anda dengan sarapan pagi gaya Barat yang lazat

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Seperti mana namanya, homestay ini membolehkan anda berehat-rehat mendapatkan tidur malam yang lena di atas katilnya yang selesa dan bangun pada waktu pagi dengan bau sarapan organik yang sangat sedap.

Lihat keindahan taman di belakang rumah dengan pemandangan yang menenangkan

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

MENARIK….kan? Siapa sahaja yang tidak mahu menikmatinya? Kesemuanya yang anda mahukan anda di sini: bersih, selesa, tenang, cantik, berpatutan dan juga mesra alam sekitar! Cukup kesemuanya.

Eco Bed & Breakfast - Homestay Johor yang mesra alam

Untuk mendapatkan percutian yang terbaik dan tidak dapat dilupakan, kunjungilah Eco Bed & Breakfast!

Eco Bed & Breakfast

Lokasi: No. 42, Jalan Setia Tropika 9/6, Taman Setia Tropika, Kempas, 81200 Johor Bahru

Tempat Terbaik Mengadakan Majlis Perkahwinan di Taman di Johor

.Tempat Terbaik Mengadakan Majlis Perkahwinan di Taman di Johor

Anda merancang untuk mengikat tali perkahwinan anda tidak lama lagi? Majlis perkahwinan merupakan upacara yang suci dan berlaku sekali seumur hidup, tak salah jika anda mahukan yang terbaik! Kebiasaannya, majlis perkahwinan diadakan di dalam restoran, bagi anda pula, apa kata keluar daripada kebiasaan dan adakan parti di taman-taman cantik di Johor ini!

1. RO Memories

Tempat Terbaik Mengadakan Majlis Perkahwinan di Taman di Johor

Tempat Terbaik Mengadakan Majlis Perkahwinan di Taman di Johor

RO Memories menawarkan perkhidmatan merancang majlis perkahwinan termasuklah pendaftaran perkahwinan, kad-kad jemputan, rancangan perkahwinan, fotografi dan banyak lagi! Majlis perkahwinan akan dirancang untuk diadakan di Spring Garden yang direka oleh pasukan profesional RO Memories! Siapa kata persiapan perkahwinan sesuatu yang menekankan apabila anda boleh memilih RO Memories?

Lokasi: Lot 121859 Jalan Roda 2, Jalan Skudai 81300 Skudai Johor
No telefon: 010-8291717
E-mel: romemories927@gmail.com
Facebook: https://facebook.com/ROMemories

2. Ponderosa Golf & Country Club

Tempat Terbaik Mengadakan Majlis Perkahwinan di Taman di Johor

Tempat Terbaik Mengadakan Majlis Perkahwinan di Taman di Johor

Bayangkan diri anda berjalan di majlis perkahwinan di taman yang penuh dengan rumput hijau dan berbumbungkan langit biru. Ponderosa Golf & Country Club menawarkannya untuk anda! Perkhidmatan mereka termasuklah audio, kek kahwin, undangan jemputan dan pelbagai lagi.

Lokasi: No. 3, Jalan Ponderosa 1, Taman Ponderosa, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia
No telefon: 07-354 9999
Laman web rasmi: http://www.ponderosagolf.com/
E-mel: enquiry@ponderosagolf.com

3. JB Lovely Homestay

Tempat Terbaik Mengadakan Majlis Perkahwinan di Taman di Johor

Tempat Terbaik Mengadakan Majlis Perkahwinan di Taman di Johor

Realisasikan impian anda untuk mengadakan majlis perkahwinan di JB Lovely Homestay! Tempat ini mempunyai kelengkapan penuh dan sangat luas. Lebih ramai pasangan yang memilih untuk mengadakan perkahwinan mereka di JB Lovely Homestay!

Lokasi: No. 44, Jalan Bukit Kempas 2, Taman Bukit Kempas, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia
No telefon: 07-333 5334
Facebook: https://www.facebook.com/jblovelyhomestay

4. Geneva Theme Banquet

Tempat Terbaik Mengadakan Majlis Perkahwinan di Taman di Johor

Geneva Theme Banquet menawarkan perkhidmatan merancang majlis perkahwinan dan tempat untuk mengadakannya. Tambahan pula, anda boleh memilih tempat yang anda mahu daripada empat pilihan iaitu Geneva Garden Banquet, The Green, Geneva Winery Banquet dan Chappelve. Geneva Winery Banquet bertemakan retro, manakala selebihnya merupakan perkahwinan bertemakan taman.

Tempat Terbaik Mengadakan Majlis Perkahwinan di Taman di Johor

Geneva Garden Banquet pula menawarkan tempat untuk mengadakan majlis perkahwinan yang terbaik dan romantik di luar bangunannya. Perkhidmatan mereka antaranya termasuklah pendaftaran ROM, muzik, bunyi-bunyian dan pelbagai lagi!

Tempat Terbaik Mengadakan Majlis Perkahwinan di Taman di Johor

The Green adalah merupakan sebuah gereja kecil kaca yang pertama dibina pada tahun 2015. Ianya dikelilingi dengan rumput-rumput hijau dan diperbuat daripada kaca. Tempat ini menggambarkan suatu upacara perkahwinan yang suci.

Tempat Terbaik Mengadakan Majlis Perkahwinan di Taman di Johor

The Chappelve pula mempunyai konsep taman luar bangunan. Warna utama tempat ini ialah warna putih dan dihiasi dengan bunga-bungaan dan pokok-pokok.

Geneva Theme Banquet

Lokasi: Lot PTD 93547, Jalan Harmonium 3, Off Jalan Kota Tinggi, Taman Desa Tebrau, 81800 Ulu Tiram, Johor
No telefon: 016-7786203/ 017-7746992/ 012-7129426
E-mel: genevagardenbanquet@gmail.com

Tempat Terbaik Mengadakan Majlis Perkahwinan di Taman di Johor

Geneva Wineryaga menawarkan dewan bankuet bertemakan retro elegan dan digabungkan dengan tong wain merah dan lampu kristal, yang akan menjadikan majlis perkahwinan anda majlis yang terbaik!

Lokasi: Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia
No telefon: 017-7746992

Majlis perkahwinan merupakan suatu upacara yang suci, pastikan ianya menjadi suatu pengalaman yang bermakna dan penuh kegembiraan! Jangan lupa untuk mempertimbangkan tempat-tempat mengagumkan di Johor ini!

10 tempat makan makanan sedap di Gunung Lambak, Kluang

10 tempat makan makanan sedap di Gunung Lambak, Kluang

Jika anda berasa letih dengan kerja dan kesibukan bandar, apa kata berhenti dan berehat seketika! Mungkin, apa yang anda perlukan ialah untuk ke satu tempat lain yang membolehkan anda menghirup udara segar dan bersedia untuk kembali semula mengharungi kehidupan.
Bayangkan betapa tenangnya rasa jika dapat berada di sebuah tempat yang cantik, jauh daripada kebisingan bandar dan kesesakan jalan raya. Ah, bahagianya!
Adakah ini yang anda fikirkan sekarang ini? Apa kata, anda pergi ke Kluang Gunung Lambak di mana anda boleh menikmati suasana yang tenang dan juga menjamu selera dengan makanan yang lazat.

Gunung Lambak

10 tempat makan makanan sedap di Gunung Lambak, Kluang

Hirup udara segar di Batam Selatan, yang dikatakan sebagai salah satu tarikan utama di Kluang yang wajib dikunjungi. Tempat ini terletak lebih kurang 5 kilometer dari timur bandar Lulu dan mempunyai puncak tertinggi dengan ketinggian 510 meter dari atas paras laut. Gunung Lambak terbahagi kepada Nanshan dan Beishan. Disebabkan laluan mendakinya yang telah dinaik taraf, para pendaki boleh memilih laluan mana yang mereka mahu; pendakian mengambil masa dalam 3-4 jam untuk sampai ke puncak. Tambahan pula, gunung ini terletak berdekatan dengan kawasan bandar di mana parasnya tidak terlalu tinggi dan laluan mendakinya yang jelas, menjadikan gunung ini sesuai untuk mereka yang baru pertama kali mendaki.

Kemuncak Beishan

10 tempat makan makanan sedap di Gunung Lambak, Kluang

Memandangkan Beishan – 505 meter dari atas paras laut – ini terletak bersebelahan dengan jalan raya, di belakang kolam sebuah resort, Jambatan Valentine dan jalan air gunung, para pendaki bukan sahaja melakukan pendakian biasa-biasa bahkan berpeluang juga untuk melihat pemandangan yang cantik!
Gunung Beishan mempunyai satu pokok gergasi berdaun kuning, yang dikatakan boleh dipanjat oleh beberapa belas orang serentak. Satu lagi lokasi istimewa di gunung ini ialah tangga semula jadi dan air terjun dua lapisan.

10 tempat makan makanan sedap di Gunung Lambak, Kluang

Walaupun Beishan dan Nanshan kedua-duanya mempunyai ketinggian yang sama, Nanshan lebih mencabar daripada Beishan. Terdapat laluan ke sana dari resort yang terletak di sebelah kolam.

Pelbagai haiwan dan tumbuh-tumbuhan

10 tempat makan makanan sedap di Gunung Lambak, Kluang

Disebabkan terdapat pelbagai haiwan dan tumbuh-tumbuhan di tempat ini, Batam Selatan kini termasuk dalam senarai kawasan hutan lindungan. Hutan ini dipenuhi dengan pelbagai jenis kayu-kayan tropika seperti Tongkat Ali, yang boleh ditemui di mana-mana tempat. Anda juga boleh melihat keindahan Lam Lam, sekoi liar, setanggi hiasan dan tumbuh-tumbuhan lain; anda juga boleh memetiknya! Bagi haiwan yang wujud pula, terdapat banyak monyet dan tupai!

Gunung Lambak
Lokasi: Taman Rekreasi Gunung Lambak, 86000 Kluang, Johor
No telefon: 07-776 0077

Lokasi Tempat Makan di Kluang

Sudah pasti anda akan mula kepenatan dan rasa lapar setelah mendaki gunung, kan? Nasib baik terdapat banyak tempat untuk anda berhenti singgah dan menikmati makanan yang sedap!

1. Kedai Kopi Landasan Kereta Api Kluang

10 tempat makan makanan sedap di Gunung Lambak, Kluang

Dengan pengalaman lebih 70 tahun menghidangkan kopi yang terbaik, kedai kopi yang terletak di Kluang ini turut menawarkan menu tengah hari klasik yang sedap! Cubalah roti bakar bersama dengan kopi atau teh yang pekat rasanya membuatkan pelanggan sentiasa datang balik ke sana.

Kluang Rail Coffee
Lokasi: Stesen KTM Kluang, Jalan Stesen, Kluang, Johor
Waktu: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 12.00 tengah hari, 2.30 petang – 6.00 petang; Ditutup pada hari Selasa

2. Nasi Ayam Hainan Central Café

10 tempat makan makanan sedap di Gunung Lambak, Kluang

Sebuah tempat yang menjual nasi ayam Hainan di Kluang ini telah lama menyediakan daging ayam yang dipotong bersama bawang putih dan lada sejak awal pembukaannya pada tahun 1965.

Central Café
Lokasi: 4, Jalan Sultanah, 86000 Kluang, Johor
Waktu: 8.00 pagi – 4.00 petang; Ditutup pada hari Khamis

3. Mi Daging Yeun Kee

10 tempat makan makanan sedap di Gunung Lambak, Kluang

Kedai menjual mi daging di Kluang ini telah diwarisi oleh tiga generasi namun orang ramai masih lagi menggelarnya sebagai tempat yang menyediakan mi paling sedap di pekan itu. Cubalah rasa!

Yeun Kee
Lokasi: 4, Jalan Murni 1, Taman Murni, Kluang, Johor
Waktu: Isnin-Jumaat, 10.00 pagi – 3.00 petang, 6.00 petang – 9.00 malam; Sabtu – Ahad, 10.00 pagi 9.00 malam
No telefon: 012-773 3088

4. Mi Kari Botak

10 tempat makan makanan sedap di Gunung Lambak, Kluang

Kari Botak telah beroperasi selama 60 tahun dan mempunyai reputasi yang mencukupi untuk menyediakan mi kari tradisional. Cubalah semangkuk mi kari mereka bersama sambal lada.

Gerai Makan Botak
Lokasi: 49, Bawah Jalan Paya 1/3, Kampung Paya N/V, 86000 Kluang
Waktu: 7.00 pagi – 2.30 petang

5. Sate

10 tempat makan makanan sedap di Gunung Lambak, Kluang

Ada sesiapa mahukan sate? Jamu selera anda dengan pelbagai pilihan makanan ringan dan pencuci mulut di Restoran Tan Ching Hing!

Sate Ah Fu 
Lokasi: PTB 1015, Jalan Sekolah Chong Hwa, 86000 Kluang, Johor
Waktu: Selasa – Ahad, 6.00 petang – 12.00 malam; Ditutup pada hari Isnin
No telefon: 014-918 1876

6. Mi daging

10 tempat makan makanan sedap di Gunung Lambak, Kluang

Mengidamkan mi daging? Terima kasih kepada Tangkak Beef kerana telah membuka cawangannya di Kluang! Kenyangkan perut anda dengan hidangan mi daging yang menyelerakan ini!

Tangkak Beef
Lokasi: No. 5, Jalan Langsat, 86000 Kluang, Johor
Waktu: 8.00 pagi – 6.00 petang
No telefon: 013-783 8871

7. Teh Cina

10 tempat makan makanan sedap di Gunung Lambak, Kluang

Kluang juga mempunyai sebuah gerai kecil ini yang menjual minuman buah Cina seperti longan, melon, dan teh herba manggis!

顶呱呱中国罗汉果
Lokasi: Jalan Dato Teoh Siew Khor, 86000 Kluang, Johor
Waktu: 12.00 tengah hari – 4.00 petang

8. Ais Kacang

10 tempat makan makanan sedap di Gunung Lambak, Kluang

Jika anda inginkan pencuci mulut yang manis dan berais, Shangrila Ais Kacanglah tempatnya. Kedai ais tradisional ini ada menjual ais kacang yang sememangya sesuai untuk anda nikmati!

Shangrila Ais Kacang
Lokasi: Jalan Panggung, Kampung Masjid, 86000 Kluang, Johor
Waktu: 10.00 pagi – 4.30 petang

9. 豪华茶餐室

10 tempat makan makanan sedap di Gunung Lambak, Kluang

Restoran ini telah dibuka sejak tahun 1982 di mana ianya telah beroperasi lebih daripada tiga dekad dan digelar sebagai teh yang direnih daripada daunnya yang paling mewah di Kluang – Kluang Lim Kopitiam!

Kluang Lim Kopitiam
Lokasi: 22-24, Jalan NG Pi Ton, Kluang Baru, 86000 Kluang, Johor
Waktu: Selasa – Ahad, 6.30 pagi – 6.00 petang; Ditutup pada hari Isnin
No telefon: 017-776 7618

10. Nasi ayam

10 tempat makan makanan sedap di Gunung Lambak, Kluang

Anda rasa kelaparan pada waktu tengah-tengah malam? Jangan risau! Di Kluang terdapat sebuah gerai makanan yang dapat mengenyangkan perut anda dengan nasi ayam mereka yang sedap!

Cari Makan Main (南马好吃好玩)
Lokasi: 167, Jalan Paya 3/2, Kampung Paya, 86000 Kluang, Johor
Waktu: 12.00 malam – habis dijual

Produk istimewa Kluang

Perjalanan anda ke Kluang tidak lengkap jika anda tidak membawa pulang produk istimewa tempat ini, kan?

1. Kuih bulan

10 tempat makan makanan sedap di Gunung Lambak, Kluang

Dikenali sebagai “bantal emas” oleh orang tempatan, kuih bulan yang comel ini sudah semestinya merupakan pilihan terbaik untuk diberikan kepada mereka yang tersayang di rumah!

Tong Huat Confectionery
Lokasi: 39, Jalan Hj Manap Nordin, Kluang Baru, Kluang, Johor
Waktu: Isnin-Sabtu, 9.00 pagi – 8.00 malam; Ahad, 9.00 pagi – 1.00 petang
No telefon: 07-773 7107

2. Serbuk kopi Kluang

10 tempat makan makanan sedap di Gunung Lambak, Kluang

Satu lagi produk yang terkenal di tempat ini sudah semestinya ialah serbuk kopinya; kesemua peminat kopi akan suka dengannya! Sedikit maklumat tentang produk ini, ianya telah menarik perhatian pelancong luar negara untuk melawat Kluang. Tambahan pula, ianya pernah disiarkan pada tahun 1960 di Chuluan TV sebagai kopi berjenama memandangkan Sultan Johor, Sultan Ismail turut meminatinya!

Kluang Coffee Powder
Lokasi: 76, Jalan Besar, 86000 Kluang, Johor
No telefon: 07-773 1943

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Bali, Indonesia merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal di dunia. Sebelum berasa sedih dengan harga tiket penerbangan yang mahal, mari kami tunjukkan kepada anda cara terbaik untuk mendapatkan cuti santai gaya Indonesia! Dekati alam sekitar sambil menikmati percutian santai di Rina Balinese Resort!

Resort dengan reka bentuk ringkas tetapi menarik seolah-olah anda sedang berada di Bali!

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Sewaktu melepasi pagar resort, anda akan disapa dengan loceng buluh tradisional dan loceng angin, yang membuatkan anda berasa seolah-olah berada di Bali, Indonesia. Resort ini dipenuhi dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan, menawarkan anda syurga tropika.

Kagum dengan biliknya yang cantik dan sangat selesa

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Rina Balinese Resort mempunyai 11 buah bilik yang dihias cantik dengan gaya Bali. Setiap bilik mempunyai ruang yang luas dan dilengkapi dengan katil, almari baju, kaunter bar kecil dan peti ais mini. Terdapat juga TV LCD, bilik mandi dengan cermin besar dan pengering rambut.

Puaskan diri dengan masakan Indonesia yang sangat sedap di kolam makannya

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Kolam makannya merupakan salah satu kemudahan terbaik di resort ini. Ianya merupakan tempat makan yang menarik di mana anda boleh menikmati hidangan masakan Indonesia di kolamnya.

Berendam di dalam kolam renang air telaga

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Memandangkan musim panas semakin hampir, rendam badan anda di dalam kolam renang yang sejuk ini untuk melawan haba panas.

Rehatkan minda, badan dan jiwa anda dengan urutan tradisional Bali beraroma, urutan kaki tradisional, dan mandian herba jakuzi

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Rina Balinese Resort: Nikmati Urutan Tradisional Bali di Johor

Rina Balinese Resort menawarkan urutan menenangkan yang akan menghilangkan tekanan anda. Terdapat juga urutan tradisional Bali beraroma, mandian wap herba dari kayu api, urutan kaki tradisional, skrub badan, rawatan kecantikan muka organik, mandian herba jakuzi, program kesihatan, lawatan ke kebun buah, memancing, berbasikal dan juga rekreasi alam semula jadi yang lain.
Resort ini sememangnya merupakan tempat yang terbaik untuk dilawati lebih-lebih lagi jika anda ingin menikmati keindahan Bali, Indonesia tetapi tiada duit yang mencukupi untuk membeli tiket kapal terbang. Sudah pasti akan merasai pengalaman yang tak dapat dilupakan!

Rina Balinese Resort
Lokasi: Lot 2525, Jalan Seelong Jaya 6, Kampung Seelong Jaya, 81400 Senai, Johor, Malaysia
Laman web rasmi: http://www.rbr.my
Jika anda berminat untuk bermalam di Rina Balinese Resort, sila isi borang ini: https://goo.gl/6I2sCm